Selasa, 24 Mei 2011

KEPADA RAKAN2 SAYA YG BERAGAMA ISLAM....SILA BACA DGN PENUH P'HAYATAN YEA...PENTING!!!DAN JGN LUPA TLG SEBARKAN YEA..

by Afendi Marine on Sunday, March 20, 2011 at 7:15pm
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!

Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.

Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:

1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.

2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .

3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.

4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.

5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.

6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.

7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.

8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.

9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.

10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.

11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.

12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.

Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!

Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.

Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)

SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DISARANKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...

Rabu, 11 Mei 2011

Harga Gula Naik Lagi..!!

Hmm..baru je selang berapa hari lalu harga minyak RON 97 dinaikkan, mulai Selasa baru-baru ini harga Gula pulak turut dinaikkan juga lagi sebanyak 0.20sen menjadikan harga gula sekarang menjadi RM 2.30 sekilo.
Atas alasan subsidi rasionalisasi, kerajaan dapat menjimatkan  RM 116.6 juta untuk kos subsidi. Menjadikan kenaikan kali ini adalah kali yang keempat sejak tahun 2010. Macam mana pulak dengan harga barang-barang yang lain pulak..nak naik lagi juga ke? Gaji tahun ni ada naik ke belum? Cuma anda sendiri yang ada jawapannya..
Tapi dari sudut positifnya  dari kenaikan harga gula ni pula, jika difikirkan..sedikit sebanyak akan menjadikan kita rakyat Malaysia akan mengambil alternatif untuk mengurangkan penggunaan gula dalam kehidupan seharian kita..iyatak? Yang tak sedapnya dari sudut negative nya pulak…dah menjadi resam di Negara kita ni..sudah tentu harga barang-barang lain di pasaran nanti akan turut naik juga akhirnya!
P/S:  Apa pendapat anda tentang kenaikan harga ni…tepuk dada..tanyalah selera..

Selasa, 10 Mei 2011

~PERHATIAN UNTUK SEMUA LELAKI/SUAMI~

Yang semua WANITA mahu.....


....seorang SUAMI yang sederhana...

...sebentuk cincin yang tak seberapa.....

....sebuah MAJLIS PERKAHWINAN yang seadanya....

....BULAN MADU..tak kisah laa di manapun takper...


....RUMAH KECIL tempat untuk anak-anak bermain-main....

...ANAK yang comel...

...SUAMI yang utamakan keluarga...

...juga KUAT BEKERJA....

...KERETA KECIL untuk keluar membeli-belah...

...dan SATU LAGI untuk bawa anak-anak keluar beriadah...

...sedikit KOLEKSI...

KASUT...untuk SETIAP ACARA dan MAJLIS...


...sedikit PAKAIAN yang biasa-biasa  jer.....

....SEDIKIT kosmetik...

...sedikit ALAT MEKAP...

...PERCUTIAN KELUAR NEGARA setahun sekali....

...dan lebih kerap dengan trip DOMESTIK....

...MAKAN MALAM BERDUA...

...HADIAH dan CENDERAHATI...
*
*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

...akhir sekali, sedikit JAMINAN MASA DEPAN...
WOW!! SEMESTINYA SATU IMPIAN YANG HEBAT! tAPI BAGAIMANA PULA KESUDAHANNYA KELAK!??

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

*

...BAKAL KESUDAHAN SI SUAMI IMPIAN YANG CUBA MEMENUHI IMPIAN DAN HARAPAN ISTERI IMPIAN..!!



HA HA HA HA HA
JANGAN MARA AAAAAH!!!!




















... Presents occasionally







.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.



.

















...finally, some securities.







Excellent wishes !!!! What about the Climax...



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



-



Final Stage of Husband after fulfilling those things!!

Khamis, 5 Mei 2011

~KAD DEBIT - Visa Maybank/Cara Aktifkan Secara On-Line~

Untuk memulakan perniagaan internet hanya dari rumah kini semakin mudah. Kalau dahulunya saya seorang student, yang belum ada kerjaya mungkin kad kredit adalah penghalang saya untuk buat bisnes internet. Kerana, untuk malakukan transaksi online (pembayaran antarabangsa) perlu ada kad kredit. Itu suatu masa dahulu.

Sekarang, TIADA ALASAN lagi yang kita tak ada kad kredit! Kerana dengan adanya kad debit Maybank (yang ada gambar cherry) amat memudahkan kita melakukan transaksi di internet.

Dulunya dikenali sebagai kad ATM Maybank Bankcard. Dan awal tahun 2009, sesiapa yang memiliki kat ATM Maybank Bankcard ini boleh terus tukar upgred Version iaitu Kad ATM siap Visa Debit. Senang cakap, kad ATM ni ada fungsi sama macam kad debit. Sebab ada logo visa.

Apakah Kegunaan Kad Debit?
Kad debit ni memudahkan kita untuk membeli belah dan juga menggantikan wang tunai kita daripada bawak banyak-banyak. Zaman dulu-dulu, memangla bawak duit berkepuk. Tapi, ini zaman sekarang, bawak kad sahaja. Tapi, kena ingat kad debit ini adalah kontra daripada kad kredit. Kalau kad kredit, swipe dulu, hujung bulan baru bayar bil. Lain pula kad debit, kena masukkan duit dulu (macam prepiad), dan kemudian barulah boleh swipe di mana-mana. Antara kegunaan kad debit ialah:

•Membeli belah di shopping complex.

•Beli minyak di petrol station.

•Pembelian atau pembayaran di internet.

Kalau tak silap saya, kalau nak byr minyak di petrol station, elok bayar di kaunter. Kalau kita swipe dia machine pam minyak, dia akan tolak RM200 dahulu, walaupun kita hanya isi minyak RM40 sahaja. Dan beberapa hari kemudian, baru dia masukkan semula baki RM160 tuu.. Sebab saya dah pernah kena benda ni.. hihi

Jika shopping, kita akan dapat treats point. Setiap pembelian RM3 akan dapat 1 mata treats point. best kan. Namun, kalau kita nak buat pembelian secara online pula (transaksi di internet), bukan boleh terus pakai je. Kena aktifkan dulu “Maybankcard Secure Online Shopping Registration” dan selepas itu, barulah boleh buat bisnes internet.

Langkah-langkah Aktifkan Visa Debit Maybank di Internet.
SYARAT #1: Pastikan kad Maybank ATM anda adalah version yang baru seperti berikut:

dan bukannya yang kuning-hitam tu. Kalau masih lagi yang lama, sila tukar di Maybank.


SYARAT #2: Pastikan sudah memiliki akaun Maybank2U. Jika belum boleh dapatkan di www.maybank2u.com.my
Apabila 2 syarat ini telah dipatuhi, barulah boleh aktifkan Visa Debit anda.

LANGKAH 1: Login di Maybank2U.

LANGKAH 2:

LANGKAH 3 : Lihat bahagian Utilities dan klik pada “Maybankcard Secure Online Shopping Registration”

LANGKAH 4 :buat password anda



LANGKAH 5: pastikan SUCCESSFUL (warna hijau)


Jika ada masalah boleh rujuk Pusat Khidmat Pelanggan Maybank 1300-88-6688.


TAHNIAH! Langkah pertama anda untuk memulakan Perniagaan Internet dari rumah telah berjaya. Sekarang anda juga boleh membeli belah menerusi internet atau sertai mana-mana Perniagaan Internet yang anda ingin.






Tafsir Ayat: Usah pandang remeh kepentingan ihsan dalam kehidupan

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

2011/05/05

ALLAH berfirman bermaksud: “Berbuat baiklah (kepada hamba Allah) seperti mana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmat-Nya yang melimpah-limpah).” (Surah al-Qasas, ayat 77)

Ihsan adalah tonggak yang menegakkan kerangka agama seiring iman dan Islam. Namun, umat Islam kini memandang remeh konsep ihsan ini sehingga tidak mengambil endah kepentingannya dalam kehidupan seharian.

Jika diteliti, ihsan sama pentingnya seperti iman dan Islam dalam menentukan hala tuju kehidupan Muslim sama ada bahagia di dunia dan akhirat atau sebaliknya. Ihsan bererti berbuat baik dan didefinisikan sebagai ajaran atau konsep mendukung etika kerja yang baik. Berdasarkan perspektif ini, ihsan dapat difahami sebagai produktiviti kerja secara optimum dengan hasil sumbangan terbaik dan berkualiti tinggi.


Konsep ihsan menjurus kepada dua matlamat utama. Pertama, ihsan dalam ibadat dan kedua, ihsan dalam muamalat. Ihsan dalam ibadat ialah beribadat kepada Allah dengan penuh khusyuk dan tawaduk di samping ikhlas seolah-olah ketika itu sedang berhadapan dengan Allah.

Jika perasaan itu ada, sudah tentu manusia gerun untuk melanggar larangan Allah.
Menurut Ibnu Hajar, sekiranya manusia tidak dapat melihat Allah, maka hendaklah dia meyakini Allah melihat dan mengawasinya. Justeru, setiap Muslim hendaklah menyempurnakan ibadat dengan sebaiknya bertepatan landasan digariskan Allah dan sunnah Rasulullah SAW.

Perlu diingat konsep ihsan bukan sekadar memelihara hubungan baik dengan Allah dalam urusan ibadat semata-mata kerana ihsan turut merangkumi setiap perlakuan sesama manusia sama ada bersangkutan perkara duniawi mahupun ukhrawi.

Setiap Muslim dituntut berihsan dalam urusan kehidupan seperti solat, puasa, zakat dan sebagainya, bahkan dalam urusan muamalat seperti kekeluargaan, kemasyarakatan, kebudayaan dan politik.

Dalam konteks ihsan dalam muamalat, Imam al-Asfahani memberi dua pengertian iaitu limpahan nikmat maslahah serta kepentingan pihak lain dan mempertingkatkan kualiti kerja itu sendiri. Pengertian yang pertama dapat dilihat dengan jelas melalui aktiviti kekeluargaan dan kemasyarakatan dalam komuniti Islam.











Ihsan juga dianjurkan terhadap haiwan. Imam Muslim meriwayatkan, “Saidatina Aisyah bersama Rasulullah SAW ketika perjalanan jauh, menunggang unta begitu susah hendak dikendalikan. Lalu Saidatina Aisyah memalingkan unta itu ke kanan dan ke kiri. Maka Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Wahai Aisyah! Kamu hendaklah menaruh kasihan belas (berihsan). Sesungguhnya apabila ihsan masuk ke dalam sesuatu, maka hendaklah ia menghiasinya. Dan apabila ihsan terkeluar daripada sesuatu, maka ia akan rosak.”

Termasuk juga dalam skop ihsan, iaitu mempertingkatkan kualiti kerja yang bergantung kepada dua syarat utama, ilmu pengetahuan menyeluruh dan ketrampilan kemahiran yang mantap. Tanpa kedua-duanya, tidak akan melahirkan satu perbuatan atau kerja benar-benar berkualiti ihsan.

Ihsan sebagai konsep menjurus ke arah hasil kerja optimum menuntut setiap Muslim kepada tiga perkara berikut:

Bekerja atau melakukan sesuatu kerja sebaik mungkin selaras sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah mencintai jika seseorang melakukan pekerjaan atau perbuatan dengan itqan (profesional dan terbaik).” (Hadis riwayat al-Baihaqi)

Menguasai ilmu pengetahuan dan mengetahui kemampuan diri berkaitan tugas sehingga menyempurnakan kerja tepat pada masanya. Ilmu dan kelayakan seseorang antara kriteria utama menjamin kejayaan kerja dilakukan.

Ikhlas dan benar dalam kerja dan amalannya. Dalam hal ini, ulama salaf, Fudhail ‘Iyadh ditanya makna ikhlas dan benar dalam amalannya. Beliau menjawab: Sesungguhnya amal benar tapi tidak dilakukan dengan ikhlas, tidak diterima Allah. Begitu juga jika dilakukan dengan ikhlas tapi dengan cara yang tidak benar tidak diterima.

P/S: ...semua yang baik itu adalah dari ALLAH...