Ahad, 31 Oktober 2010

Pemandu bas terbalik tiada lesen

KUALA LUMPUR - Sukar untuk dibayangkan pemandu bas persiaran yang terlibat dalam kemalangan mengorbankan tujuh nyawa di Kilometer 36, Lebuh Raya Karak dekat Genting Sempah di sini kelmarin tiada lesen memandu.


Namun, itulah hakikat yang disahkan oleh Ketua Jabatan Trafik dan Ketenteraman Awam Selangor, Supritendan Che Hussin Omar.

Sebelum kemalangan kira-kira pukul 7.40 malam itu, dia dipercayai telah memandu sejauh lebih 400 kilometer dari Baling, Kedah ke Genting Highlands.
Menurut beliau, berikutan kemalangan itu lelaki berkenaan yang berusia lingkungan 40-an kini ditahan reman selama empat hari bagi membantu siasatan.

"Berdasarkan keterangan daripada penumpang, lelaki tersebut didakwa memandu bas ketika kejadian dan kita menahannya untuk siasatan lanjut.
"Setakat ini dia masih lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana kakinya patah," katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Penduduk dikerah tinggal kediaman

SEORANG penduduk menggunakan payung bagi mengelak debu gunung berapi di Mentawai, semalam.
Tentera kawal rumah diselaputi debu putih

GUNUNG MERAPI: Tentera Indonesia semalam mengerahkan penduduk kampung supaya meninggalkan rumah mereka di tebing gunung berapi, yang meletup lagi, menyebabkan seorang mangsa maut dan lapangan terbang kecil ditutup.
SUMARDI, 12, mangsa yang terselamat mendapat rawatan di Sikakap, kepulauan Mentawai, semalam.

Kira-kira 36 orang sudah meninggal dunia setakat ini berhampiran Gunung Merapi sejak ia meletus Selasa lalu. Anggota tentera mengawal rumah yang diselaputi debu putih semalam dan televisyen tempatan menunjukkan seorang wanita yang enggan mematuhi arahan berpindah, dibawa keluar dengan pengusung ketika dia menjerit dan meraung sebagai bantahan. Beratus-ratus kilometer di kepulauan Mentawai, Sumatera Barat, mangsa tsunami di pulau terpencil menanti makanan dan perbekalan lain ketika ribut kuat menghalang penyampaian bantuan. Sesetengah mereka yang tercedera akibat hempasan ombak besar itu – termasuk seorang budak perempuan berusia 12 tahun dengan luka parah di dada – menderita kerana ketiadaan ubat penahan sakit yang mencukupi, kemungkinan meninggal dunia jika mereka tidak dipindahkan, kata doktor di sebuah hospital.

Kedua-dua bencana itu, yang melanda awal minggu ini di dua kawasan bertentangan di negara yang aktif gempa bumi itu, mengakibatkan sekurang-kurangnya 449 orang terkorban dan beratus-ratus lagi hilang.

Sekurang-kurangnya 23,000 orang kehilangan rumah di zon tsunami, kata Suryadi, seorang pegawai di Pusat Krisis. Ombak yang menyapu kampung terbabit apabila ia melanda Isnin lalu, dicetuskan oleh gempa berukuran 7.7 magnitud.

Agensi kerajaan terpaksa menghentikan bantuan menggunakan bot dan helikopter yang membawa mi segera, sardin dan tikar ke kawasan paling jauh di kepulauan Mentawai kerana cuaca buruk dan laut bergelora.

Pekerja penyelamat berharap dapat menggugurkan bantuan ke kawasan terbabit menggunakan pesawat dan empat helikopter semalam, tetapi angin ribut menghalang mereka, kata Ade Edward, seorang pegawai agensi pengurusan bencana wilayah.

Katanya, kapal tentera laut yang dalam pelayaran ke kawasan dilanda bencana itu dihalang oleh ombak setinggi enam meter dan terkandas di pelabuhan Padang di Sumatra.
Doktor semalam berkata mereka memerlukan bekalan perubatan bagi membantu kira-kira 150 mangsa terselamat yang cedera di sebuah hospital di Sikakap, pekan utama di pulau Pagai Utara. – AP


Kuat kuasa Sistem e-Tukar Milik 2011

PUTRAJAYA: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan menguatkuasakan Sistem e-Tukar Milik Sementara yang membolehkan pemilik kenderaan persendirian menukar milik sementara kenderaan yang dijual kepada syarikat kenderaan terpakai pada akhir tahun depan.


Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, berkata transaksi pertukaran hak milik kenderaan perlu didaftarkan dengan JPJ dan dikenakan bayaran RM10 bagi membolehkan pemindahan nama kepada pemilik sementara

“Pemilik kenderaan dan syarikat kenderaan terpakai perlu mengisi borang yang ditandatangani oleh pihak syarikat, manakala slip akan diberikan kepada JPJ untuk tindakan lanjut. “Syarikat kenderaan terpakai akan menjadi pemilik sementara kenderaan itu bermula dari tarikh borang itu ditandatangani sehingga kenderaan itu dijual kepada pelanggan baru,” katanya pada sidang media, di sini semalam.

Beliau berkata, bagaimanapun sistem berkenaan tidak dikuatkuasakan kepada pemilik kenderaan komersial, motosikal dan jual beli kenderaan secara terus kepada pemilik baru.

Kong berkata, perkara itu diluluskan oleh Kabinet selepas JPJ menerima banyak aduan daripada orang ramai yang menghadapi pelbagai masalah walaupun selepas kenderaan masing-masing sudah dijual atau ditukar beli dengan syarikat kereta terpakai.
Beliau berkata, keadaan itu menyebabkan pemilik asal terpaksa menanggung liabiliti dan risiko seperti menerima notis saman daripada pihak penguat kuasa, notis mengarahkan penyelesaian baki hutang dari bank selain jenayah atau kemalangan. Berita Harian Online.

P/S: ...dah memang patut dari dulu lagi..

INFO: Apa ada sebenarnya pada tarikh 26..??

Assalamualaikum,
Ada satu artikel yang mana saya kira cukup menarik untuk diongsikan bersama tetapi agak menakutkan yang saya telah terima melalui E-mail dari seorang rakan dari seberang.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berAKAL" - Al-Imran 190


Bencana Tahun 1500-2000:
26 Jan 1531 gempa bumi di Lisbon, Portugal, 30.000 orang tewas
26 Jan 1700 gempa di Laut Pasifik, dari Vancouver Island, Southwest Canada off British Columbia hingga Northern California, Pacific Northwest,USA. Dikenal sebagai megathrust earthquake.26 Jul 1805 gempa bumi di Naples, Calabria, Italy, 26.000 orang terkorban
26 Aug 1883 Gunung Krakatau meletus, 36.000 orang diperkirakan tewas
26 Dec 1861 gempa bumi di Egion, Yunani
26 Mar 1872 gempa bumi di Owens Valley, USA
26 Aug 1896 gempa bumi di Skeid, Land, Islandia
26 Nov 1902 gempa bumi di Bohemia, sekarang Czech Republic
26 Nov 1930 gempa bumi di Izu
26 Sep 1932 gempa bumi di Ierissos, Yunani
26 Dec 1932 gempa bumi di Kansu, Cina, 70.000 orang tewas
26 Okt 1935 gempa bumi di Colombia
26 Dec 1939 gempa bumi di Erzincan, Turki, 41.000 orang tewas
26 Nov 1943 gempa di Tosya Ladik, Turki
26 Dec 1949 gempa bumi di Imaichi, Jepun
26 Mei 1957 gempa di Bolu Abant, Turki
26 Mar 1963, gempa bumi di Wakasa Bay, Jepang
26 Jul 1963 gempa bumi di Skopje, Yugoslavia, 1.000 orang tewas
26 Mei 1964 gempa bumi di S. Sandwich Island
26 Jul 1967 gempa bumi di Pulumur, Turki
26 Sep 1970 gempa bumi di Bahia Solano, Colombia
26 Jul 1971 gempa bumi di Solomon Island
26 Apr 1972 gempa bumi di Ezine, Turki
26 Mei 1975 gempa bumi di N. Atlantic
26 Mar 1977 gempa bumi di Palu, Turki
26 Dec 1979 gempa bumi di Carlisle, Inggris
26 Apr 1981 gempa bumi di Westmorland, USA
26 Mei 1983 gempa bumi di Nihonkai, Chubu, Jepang
26 Jan 1985 gempa bumi di Mendoza, Argentina
26 Jan 1986 gempa bumi di Tres Pinos, USA
26 Apr 1992 gempa bumi di Cape Mendocino, California, USA
26 Okt 1997 gempa bumi di Italia

Tahun 2000 - kini
Tsunami di Aceh tanggal 26 Desember'04, Gempa Jogja 26 Mei 2006, Tasik gempa 26 Jun 2010, Tsunami Mentawai 26 Oktober 2010, Merapi Meletus 26 Oktober 2010.

Ada apa dengan 26.? Trnyata..dlm alquran, jus 26 surat asy-syu'ara yg didalamnya pngertian tntg azab Allah... Subhanallah

P/S: ...RENUNG-RENUNGKANLAH SEJENAK....kredit buat sahabat- Tg. Hardi.

Jumaat, 29 Oktober 2010

~ Usahlah KEDEKUT Memberi ILMU ~

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, “Sesiapa yang ditanya tentang ilmu lalu dia menyembunyikannya akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang dari api neraka pada Hari Kiamat.” (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)


Huraian :

1. Islam sangat menghargai ilmu dan ulama (ilmuwan), sehingga kedudukan ilmu dan ulama sangat tinggi dan mulia dalam parameter Islam. Allah SWT telah berfirman yang bermaksud, “Hai orang-orang yang beriman, apabila dikatakan kepadamu, “Berlapang-lapanglah dalam majlis”, maka lapangkanlah, nescaya Allah akan memberi kelapangan untukmu. Dan apabila dikatakan, “Berdirilah kamu, maka berdirilah, nescaya Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa darjat.” Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Mujaadalah [058], ayat 11)

2. Kerana kedudukan ilmu yang sedemikian tingginya, maka Islam mewajibkan umatnya untuk mempelajari ilmu, sehingga diharapkan mereka bekerja berdasarkan ilmunya, bukan sekadar mengikuti seseorang tanpa tujuan

3. Berjihad dalam ilmu maksudnya ialah bersungguh-sungguh membentuk masyarakat dari segi ilmu pengetahuan dan peradaban yang berguna serta memberikan gambaran yang betul tentangnya tanpa merasa iri hati atau tamak kerana orang yang memberikan ilmu berupa petunjuk akan dikurniakan balasan pahala dan kebaikan sama seperti orang yang mengamal ilmu tersebut.

P/S: Renung-renungkan!







~ Mayat Berlipat Dalam BEG ~


KEJAM...mayat gadis belasan tahun ditemui dalam beg pakaian di tepi parit, Jalan Ukay Perdana, semalam.

AMPANG: Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dibunuh ditemui dalam beg pakaian berwarna hitam dengan tubuh dan kakinya dilipat bersama-sama sejumlah pakaian, semalam.


 Beg berisi mayat itu ditemui pekerja bengkel berhampiran kawasan semak di tepi parit tidak jauh dari tanah rizab Jabatan Bomba dan Penyelamat di Jalan Ukay Perdana, Hulu Klang, kira-kira jam 3.30 petang.

Kejadian menyayat hati itu hampir mengulangi insiden sama pada 17 September 2007 lalu apabila mayat Nurin Jazlin Jazimin, 8, turut ditemui mati dibunuh dalam beg pakaian sebelum dibuang di Petaling Jaya.
Ketua Polis Ampang, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hassan yang ditemui di lokasi kejadian turut tidak menolak kemungkinan mangsa diculik sebelum dibunuh kejam.

Walaupun tiada sebarang laporan polis berhubung kehilangan remaja perempuan di daerah Ampang, beliau percaya kemungkinan mangsa dibawa dari luar daerah ini sebelum mayatnya dibuang di kawasan berkenaan.“Oleh itu orang ramai yang kehilangan ahli keluarga diminta segera membuat laporan polis,” katanya.

Difahamkan, pekerja bengkel terbabit menemui beg berisi mayat itu ketika dia melalui kawasan berkenaan yang terletak tidak jauh dari Rumah Bakti Hulu Klang.


Pekerja terbabit dikatakan menunggang motosikal melintasi jambatan berhampiran sebelum melihat satu beg hitam mencurigakan dibuang di kawasan itu.
Sifat ingin tahu menyebabkan lelaki terbabit cuba mengangkat beg berkenaan, namun mendapati ia terlalu berat dan menyangka beg berkenaan mengandungi wang tunai.

Bagaimanapun, apabila dibuka, dia ternampak kaki manusia terjulur dalam beg berkenaan, menyebabkan dia bertempiaran lari dan membuat laporan polis.
Abdul Jalil berkata, bertindak atas laporan diterima sepasukan anggota unit ronda (MPV) dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang segera dihantar ke lokasi kejadian.

“Pemerhatian awal mendapati mangsa remaja perempuan berusia lingkungan 12 hingga 13 tahun. Ketika ditemui mangsa memakai gaun biru dan ditutupi baju lusuh yang turut disumbatkan ke dalam beg itu.
“Pemeriksaan turut mendapati terdapat kesan darah pada pakaian dipakai mangsa,” katanya. Menurutnya, mangsa yang berkulit sawo matang dan berambut lurus paras bahu dipercayai baru dibunuh dan dibuang ke kawasan itu.
“Besar kemungkinan remaja perempuan itu rakyat tempatan, namun siasatan lebih terperinci masih dilakukan. Polis percaya mangsa dibunuh dalam tempoh kurang 24 jam berikutan tubuhnya masih dalam keadaan baik,” katanya.

Menurut Abdul Jalil, siasatan awal unit forensik polis mendapati terdapat kesan lebam pada leher mangsa, namun belum dipastikan sama ada ia kesan cekik atau jerutan.
“Selain itu polis turut menemui satu beg tangan mengandungi nama lelaki, mungkin warga Indonesia berserta nombor telefon. Polis akan menjejak lelaki itu untuk mengetahui kaitannya dengan mangsa,” katanya.Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Ditanya sama ada mangsa turut diperkosa sebelum dibunuh, Abdul Jalil berkata, pihaknya belum dapat memastikannya sehinggalah bedah siasat dijalankan.
“Tiada sebarang dokumen atau pengenalan diri ditemui pada tubuh mangsa. keadaan ini sedikit sebanyak menyukarkan polis untuk menyiasat identiti mangsa berkenaan,” katanya.







Isnin, 25 Oktober 2010

~ Video Iklan Lucu ~



P/S: Baik sungguh SAHABAT kita nie...tapi sayang..tak kena tempat..ha ha ha...







Ahad, 24 Oktober 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & dITARIK BALIK SIJIL HALAL OLEH JAKIM

 Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita. Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
■1) McDonald
■2) A&W
■3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
■1) Victoria Station
■2) Kam Lun Ta
■3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
■1) San Francisco Steakhouse
■2) Chicken Rice Shop
■3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIMkecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome CafĂ©, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini. Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.
SUMBER: Idrus Hashim







Sabtu, 23 Oktober 2010

Pasangan TUNANG Termuda Di Dunia


HALA melihat cincin di jarinya yang disarungkan Khalid.
 DUBAI: Dua kanak-kanak Syria yang berusia tiga dan lima tahun mungkin menjadi pasangan termuda di dunia yang ditunangkan atas persetujuan masing-masing. Ibu bapa Hala, 3, dan tunangnya Khalid, 5, mendakwa kanak-kanak terbabit bersetuju untuk dijodohkan.


Kisah mereka disiarkan laman web tempatan Syria, Akes Alser dan menjadi perbualan rakyat. Kedua-dua keluarga kanak-kanak itu yang menetap di Homs, kira-kira 180 kilometer di utara Damsyik turut menerima ucapan tahniah daripada orang ramai.

Bapa Khalid, Juma memberitahu Gulf News, anaknya itu waris tunggal daripada perkahwinannya sejak lebih 25 tahun lalu.
“Saya dan isteri mendapat Khalid selepas 20 tahun berkahwin melalui kehamilan yang rumit. Sekiranya dia anak lelaki, saya berjanji akan mengikat tali pertunangan untuknya ketika dia berusia lima tahun dan akan mengahwinkannya dengan perempuan pilihannya pada usianya mencecah 15 tahun,” kata Juma.

“Hari berlalu hinggalah Khalid terpikat dengan seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun yang ditemuinya ketika lawatan keluarga ke bandar pinggir laut di Lattakia,” tambah Juma.
Menurut Juma, perkahwinan kedua-duanya mungkin akan menjejaskan persekolahan mereka.
“Saya akan menanggung perbelanjaan pendidikan mereka hingga ke peringkat universiti,” tutur Juma.


Khalid dikatakan merindui kekasihnya itu selepas pulang semula ke Homs. Dia juga enggan pergi ke kelas bimbingan kanak-kanak sekiranya Hala tidak pergi bersamanya.

“Khalid memberitahu saya dan ibunya dia mahu tinggal bersama Hala atau membawa gadis cilik itu ke rumah mereka di Homs. Bakal pengantin perempuan itu nampaknya memang sangat luhur,” kata Juma.


“Kami tidak tahu apa yang perlu dilakukan hinggalah isteri saya menelefon ibu Hala dan meminta pandangannya. Ibu Hala berkata, anaknya juga mengalami tanda-tanda kesepian dan mereka amat gembira jika anak mereka ditunangkan.”

“Detik itu saya teringat janji yang saya buat sebelum Khalid lahir dan memutuskan untuk membeli cincin untuk mereka. Kami pergi semula ke Lattakia dan meraikan pertunangan anak kami,” kata Juma lagi.
-Agensi







~ TEH - Kunci Untuk Ketenangan ~


Sumber: KOSMO! Online.
ADAKAH anda sentiasa memikirkan cara yang menyenangkan untuk menjaga kesihatan? Berita baik ini pasti anda nanti-nantikan.


Anda hanya perlukan secawan teh setiap hari untuk menjana kecerdasan mental dan menjamin kesejahteraan fizikal.
Perkara ini telah dibuktikan oleh pakar teh terkenal di dunia yang membentangkan hasil kajian terbaru mereka mengenai hubung kait antara pengambilan teh dan kesihatan.

Kajian itu menumpukan manfaat tianin (theanine: analog asid glutamik atau asid amino dalam teh) dan flavonoid (vitamin P atau sitrin atau kelas metabolit sekunder tumbuhan).
Hasilnya menunjukkan manfaat yang menarik, khususnya kelebihan teh dalam memperbaiki mood, meningkatkan tumpuan dan kecerdasan di samping menurunkan risiko strok iskemia.

Cara hidup
"Teh sudah menjadi sebahagian daripada cara hidup masyarakat Malaysia. Kita menikmati minuman ini dalam pelbagai cara, sama ada teh kosong, teh susu atau teh hijau.

"Kami ingin memberi jaminan kepada pengguna kami bahawa mereka sentiasa menghirup secawan minuman yang berkhasiat," kata Quah Seng Khie, Pengurus Jenama Peruncitan Makanan, Unilever (M) Holdings Sdn. Bhd.

Tambahnya, manfaat kesihatan yang dikaitkan dengan pengambilan teh telah menjadi tumpuan penyelidikan saintifik yang dijalankan secara meluas.

"Simposium ini memberi peluang kepada pakar teh untuk berkongsi kemunculan kaedah sains baru dan menggalakkan perbincangan mengenai kebaikan teh kepada fizikal," ujarnya.

Hasil penyelidikan yang dibentangkan oleh Dr. Georgie Russell daripada R&D Unilever dan Institut Teh Lipton menunjukkan bahawa pengambilan teh mempengaruhi mood secara positif.

"Kajian kami menunjukkan bahawa mood sering dianggap kualiti subjektif dan boleh diukur dengan berkesan.

"Ini adalah satu perkembangan yang menarik, ia membolehkan kita mengukur kesan rangsangan luar ke atas mood kita. Sebagai contoh, kami dapat mengesahkan bahawa teh susu memberi kesan positif ke atas mood.

"Kesan positif ke atas mood bukan sahaja membuatkan kita rasa ceria, tetapi beberapa kajian menyarankan bahawa teh dikaitkan dengan manfaat seperti peningkatan kreativiti dan sokongan kepada sistem imunisasi," kata Russell.

Lebih tumpuan
Selain kesan psikologi, Dr. Eveline De-Bruin membentangkan bukti baru yang menunjukkan bahawa pengambilan teh boleh membantu anda memberi lebih tumpuan dan membaiki kecerdasan subjektif. Mekanisme kajian inilah yang menjadi tumpuan perbincangan semua saintis.

Kajian memperlihatkan mekanisme di sebalik kesan ini yang menunjukkan bahawa selepas mengambil satu dos kuat tianin dan kafein, dua bahan aktif yang terdapat secara semula jadi dalam teh, rangkaian perhatian otak diaktifkan secara lebih cekap.
"Kajian ini menunjukkan tindak balas bahan aktif dalam teh, tianin dan kafein mengoptimumkan pengaktifan bahagian otak yang bertanggungjawab terhadap tumpuan kita seharian," Eveline De-Bruin.

Kurangkan risiko strok
Dr. Lenore Arab, Profesor di David Geffen School of Medicine di UCLA, mendedahkan hasil penyelidikan telah mengesahkan bahawa pengambilan teh setiap hari berpotensi menurunkan risiko strok iskemia sebanyak 21 peratus.

Strok adalah punca kematian ketiga paling tinggi di Malaysia. Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia menganggarkan terdapat kira-kira 40,000 penghidap strok di Malaysia.

Strok juga merupakan penyebab utama kehilangan upaya fizikal. Strok iskemia, berlaku apabila saluran darah tersekat, meliputi kira-kira 83 peratus daripada semua kes strok yang dilaporkan.

Dr. Sheila Wiseman dari Institut Teh Lipton, menyokong dakwaan ini dengan hasil kajian yang berbeza. Beliau menjelaskan bahawa flavonoid teh membantu menenangkan saluran darah.

"Hanya 100 miligram flavanoid teh sehari iaitu bersamaan dengan kurang daripada satu cawah teh sehari dapat membantu membaiki kapasiti keanjalan saluran darah. Ini bermakna kesan positif pengambilan teh ke atas fungsi vaskular mungkin relevan bagi kebanyakan orang di dunia yang hanya minum satu atau dua cawan teh sehari," ujarnya.







~ BaGaiMaNa DenGAn SaraPaN AnDA Hari Ini? ~

Bercakap pasal BERSARAPAN ni...memang perlu untuk kita mengambil sarapan pagi...tiap2 hari..untuk selama hidup kita..iya tak? Tapi kalau asyik bersarapan dengan MENU yang sama jer tiap-tiap hari..boleh jadi boring laa pulak..kan? Apa kata kalau kita pelbagaikan hidangan menu sarapan macam yang dibuat oleh SAHABAT saya nie...kalau sanggup laa..he he he...

Sarapan TAHUN PERTAMA perkahwinan SAHABAT saya...Indahnya Alam Perkahwinan..

Sarapan TAHUN KEDUA perkahwinan SAHABAT saya...alahai bertuahnya kau MAT..

Sarapan TAHUN KETIGA perkahwinan SAHABAT saya...omak aih, bertuahnya badan...

Sarapan selepas TAHUN KE EMPAT perkahwinan SAHABAT saya...ooiiik...!!???

Sarapan selepas Tahun Ke Lima perkahwinan SAHABAT saya....alamaaakk!!!

Sarapan selepas SEPULUH TAHUN perkahwinan SAHABAT saya...menu baru ke MAT??


Sarapan selepas 20 TAHUN perkahwinan SAHABAT saya...kalau ditaruk MADU bagus ni MAT!!

Errrr...berapa lama korang dah berkahwin nie..MAT??
P/S: untuk hiburan sahaja..he he he..







Jumaat, 22 Oktober 2010

~ Suhaimi MiOR HaSSaN, AnnA RaFFaLLi & AltimEt - Kalau Berpacaran (LIVE) ~

Salam..
Haaaa...lagu nie amat sesuai untuk orang2 yang tengah asyik dilamun cinta...baru belajar nak bercinta...tengah putus cinta..sedang memburu cinta..atau yang sewaktu dengannya....so dengarlaa lagu nie..he he he............



P/S:  Layaaaaanz!!!!!!







Khamis, 21 Oktober 2010

~ Al-kiSah MeNaNTU Da MeRTuA ~

Al-Kisahnyer laa....si Kamal ni baru sahaja berkahwin. Kerana tidak mempunyai rumah, dia terpaksa menumpang di rumah bapa mertuanya. Malangnya, ada sesuatu yang tidak kena. Kamal ni kuat sangat makan. Bapa mertuanya selalu merungut. Beras 20 kg, tak sampai seminggu dah habis. Selalu tak macam ini. Sejak Kamal duduk di rumahnya… cepat sangat barang barang dapur habis.


Kamal betul – betul menghabiskan borehhh… Kebaikan Kamal pula ialah, dia ni alim sikit. Tak pernah tinggal sembahyang. Malangnya bapa mertuanya tak pulak begitu… Waktu maghrib seronok depan tv tengok Roda Impian… lepas tu sambung tengok berita… lepas tu makan… lepas tu tidur..esok bangun pukul 8… pergi kedai kopi… bersembang, sampai tengahari.

Balik makan, kemudian tidur… petang pergi kedai kopi lagi… main dam, berborak mengalahkan orang politik. Kerana sama-sama ada kekurangan ni lah yang menyebabkan si menantu tak berani menasihati bapa mertua, dan bapa mertua tak berani memarahi anak menantu yang kuat makan.

Tetapi dia terus mencari idea… macam mana nak kenakan si Kamal ni.. Bengang betul dia… dah lah tak kerja… melantak kuat pulak tu… Suatu hari dia dapat idea… nak kenakan Kamal.. “Kamal, mari kita main dam haji… ” katanya kepada Kamal… “Boleh juga… ” kata Kamal tanpa mensyaki sesuatu. Bila sahaja bermain, dia sengaja membiarkan buah damnya dimakan oleh Kamal… Dia hulur, Kamal makan, hulur lagi… Kamal makan lagi… hulur lagi makan lagi, dan lagi… dan lagi… . ” Eh ko ni Kamal… kuat betul makan laa… . agak-agaklaa… ” katanya tersenyum.. “Alamak bapak mertua aku ni perli aku ni … mentang-mentang aku kuat makan” fikirnya dalam hati… tapi tak apa… Mereka bermain set kedua…

Bapa mertuanya hulur… dia tak makan… hulur lagi, tak makan juga… kena tangkap… tak macam set pertama… dia dah bijak sikit… Bila tak makan, mestilah kena tangkap… (sesiapa tak tahu main dam haji tentu tak faham cerita ini… )… kemudian bapa mertuanya dapat melangkah hingga ke haji… Apa lagi… . “Ehh orang tak pernah sembahyang pun boleh pergi haji ke… ? Merah padam muka bapa mertuanya… dia nak perli anak menantunya, tetapi dia yang terkena… .

Selepas dari itu, Kamal tak lagi kuat makan dan bapa mertuanya dah jadi alim… tak tinggal sembahyang lagi… sekarang ni ada kat mekah kerjakan umrah… Nak pergi haji belum ada seru… katanya laa…
Kredit To: BEST KILLER.

P/S: ...sekadar hiburan   :)







~ SEMOGA JADI IKTIBAR ~

Saya sangat mengkagumi kerjaya sebagai guru sekolah. Sebuah kisah yang saya paparkan ini saya ulangi dari kisah benar seorang guru beberapa tahun yang lalu.

Ceritanya:

"Saya mengajar di sekolah rendah di tengah2 bandaraya Kuala Lumpur . Saya mengajar sesi petang. Salah seorang murid saya setiap hari datang lambat ke sekolah. Kasut dan bajunya selalu kotor. Setiap kali saya bertanya tentang baju dan kasutnya dia hanya berdiam diri.

Saya masih bersabar dengan keadaan pakainnya, tetapi kesabaran saya tercabar dengan sikapnya yang setiap hari datang lambat. Pada mulanya saya hanya memberi nasihat. Dia hanya menundukkan kepala tanpa berkata2 kecuali anggukkan yang seolah2 dipaksa. Kali kedua saya memberi amaran, dia masih juga mengangguk tetapi masih juga datang lambat keesokannya. Kali ketiga saya terpaksa menjalankan janji saya untuk memukulnya kalau masih lambat. Anehnya dia hanya menyerahkan punggungnya untukdirotan . Airmata saja yang jatuh tanpa sepatah kata dari mulutnya.

Keesokan harinya dia masih juga lambat, dan saya memukulnya lagi. Namun ia masih tetap datang kesekolah dan masih tetap lambat.

Suatu hari saya bercadang untuk mengintipnya ke rumahnya. Setelah mendapatkan alamatnya, saya meneruskan niat saya. Dia tinggal di sebuah kawasan setinggan t ida k berapa jauh dari sekolah. Keadaan rumahnya sangat daif. Saya nampak murid saya itu sedang berdiri di depan rumahnya dalam keadaan gelisah. Seorang wanita yang mungkin ibunya juga kelihatan gelisah..

Lebih kurang pukul 1.30 seorang anak lelaki sedang berlari2 sekuat hati menuju ke rumah itu. Sambil berlari dia membuka baju sekolahnya. Sampai di depan rumah baju dan kasutnya diserahkan pula kepada murid saya yang terus bergegas memakainya. Sebelum pakaian sekolah sempurna dipakai, dia sudah berlari ke arah sekolah.

Saya kembali ke sekolah dengan penuh penyesalan. Saya memanggil anak itu sambil menahan airmata yang mula tergenang.
"Maafkan cikgu. Tadi cikgu pergi ke rumah kamu dan memerhatikan kamu dari jauh. Siapa yang berlari memberikan kamu baju tadi?"
Dia terkejut dan wajahnya berubah.

"Itu abang saya. Kami kongsi baju dan kasut sebab tak ada baju lain. Itu saja baju dan kasut yang ada. Maafkan saya, cikgu." Jawabnya
"Kenapa kamu tak beritahu cikgu dan kenapa kamu biarkan saja cikgu pukul kamu?"

" Mak pesan, jangan meminta2 pada orang, jangan ceritakan kemiskinan kita pada orang. Kalau cikgu nak pukul serahkan saja punggung kamu."
Sambil menahan airmata yang mula berguguran saya memeluk anak itu, "Maafkan cikgu, ......."
Kejadian itu cukup menginsafkan saya. Selepas itu saya cuba membantunya setakat yang mampu.

Cerita2 begini membantu melembutkan hati yang keras. Kata seorang guru, sekiranya hati kita mula keras lembutkanlah dengan perkara2 berikut;
i. Solat sunat
ii. puasa sunat
iii. berzikir
iv. bersedekah
v. mengusap rambut anak yatim
vi. mendengar cerita2 kesusahan orang lain
vii. membantu orang susah

P/S: ..jangan kita mengeluh kerana merasa susah..kerana sebenarnya ada orang yang LEBIH SUSAH daripada kita...







~ 9 PENYEBAB HATI TIDAK BAHAGIA ~

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :
1. Pemarah paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

2 . Pendendam tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

3. Hasad dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

4. Bakhil - sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh..)

7. Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

8. Riak terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada..

9. Cinta dunia - tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya.. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah... Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan
-Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan Kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH.
-Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya.
Artikel Oleh: Wan Jhr.

P/S:  So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia buruklahh padahnya.
Wallahualam"







~ Download Percuma - E-BOOK ~

Baik untuk bacaan semua....

Klik LINK di bawah untuk muat turun..









Rabu, 20 Oktober 2010

~ Pondok Menunggu BAS Seantero Dunia ~

Kalau kita rasa Pondok2 Menunggu Bas ditempat kita dah cukup hebat..cuba tengok gambarr kat bawah nie..

Boleh pulak main buaian sementara tunggu bas sampai...

Kalau kat tempat kita dah jadi umah setinggan dah...

Boleh tanam pokok cili lagi kat atas bumbung....

Tak tau nak cakap camner lagi dah....

Sesuai untuk peminat fanatik bolasepak....

Boleh pasang air cond nie.. 

Unik bebeno...

Lapar laa pulak teman nengok pondok nie...

Lepas nie dia orang bikin design buah durian pulak...

Stainless steel lagi...tak lama lagi tinggal kerusi je laa...abis kena jual kat kedai besi buruk..he he he..

Kalau yang nak gi Sekolah boleh tunggu bas kat sini...

Bagi yang terlepas Bas boleh laa tidur kat sini dulu...

Macam kereta api laa pulak...

P/S: Macam-macam ada....







~ Khasiat Daun Saderi ~

Banyak Khasiatnya..
Daun Saderi (Seleri) atau daun sup merupakan sejenis sayur yang berbatang lembut yang kaya dengan zat besi, fosforus, natrium, kalium, karotena, vitamin A, B-Kompleks dan C dan magnesium. Daun ini dikenali sebagai Apium graveolens dan berasal dari keluarga Dulce umbelliferae.


Daun saderi merupakan penawar bagi menurunkan tekanan darah tinggi. Terdapat belbagai cara untuk menggunakan seleri sebagai ubat untuk mengubati tekanan darah tinggi dan cara yang paling berkesan adalah dengan memasukan sedikit daun seleri yang dipotong kecil-kecil dan ditumbuk halus bersama-sama dengan sedikit air dan gula. Untuk keberkesanan yang lebih baik ia hendaklah diminum 3 kali sekali.

Selain itu, seleri juga dapat mengubati keracunan yang berpunca daripada jangkitan bakteria. Antaranya adalah seperti terpijak paku berkarat, jangkitan kuman di bahagian luka atau dalam saluran kencing dan kes melecur teruk menyebabkan keracuanan darah dikenali sebagai sepsis atau septicemia.Kandungan garam galian dalam seleri memulihkan sifat alkalin dalam darah dan membantu menghentikan pembiakan kuman.

P/S: ...teringat pulak zaman budak-budak dulu...selalu kena marah dengan Mak sebab kerap asingkan daun2 ini semasa menikmati hidangan sup...he he he..





Ahad, 17 Oktober 2010

~ BAS MAUT ~

Oleh Hazirah Che Sab

berita Harian Online
2010/10/17

Sikap manusia punca jalan raya jadi pusara


SELANG beberapa bulan, akan ada kemalangan ngeri di negara kita terutama membabitkan bas dan terbaru, 12 nyawa melayang hingga menimbulkan semula persoalan bagaimana tragedi itu berlaku. Sememangnya banyak cadangan dan pandangan yang disuarakan apabila ia terjadi tetapi ia selalunya tidak ke mana.
Ini semua perlu kajian menyeluruh dan cari punca sebenar hingga ke akar umbi, bukan ‘mencari kesalahan’ semata-mata. Bayangkan, purata 18 kematian di jalan raya setiap hari di bumi Malaysia ini.

Selain kelajuan dan mengantuk yang menjadi faktor utama kemalangan berlaku, ada beberapa faktor lain yang perlu diambil kira jika ingin melihat tragedi ngeri itu tidak berulang sekurang-kurangnya dalam tempoh waktu terdekat.

Perunding Pengangkutan Awam yang juga Pensyarah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Abdul Rahim Md Nor, berkata keadaan jalan raya tidak boleh dikaitkan sebagai faktor kerana tahap lebuh raya di Malaysia setaraf dengan di Britain.
“Pemandu memandu melebihi had laju kerana mengejar trip. Jika kita boleh padamkan keinginan itu, saya yakin kemalangan boleh dielakkan. Ia boleh dibuat dengan cara kerajaan menetapkan gaji minimum untuk pemandu bas.

“Sebagai contoh, jika gaji minimum untuk pemandu ditetapkan pada kadar RM1,500 sebulan, mereka tidak akan gila mengejar trip kerana ada atau tidak trip, mereka tetap akan menerima gaji itu. Apa yang berlaku sekarang ialah gaji asas pemandu terlalu rendah dan mereka perlu menampungnya dengan trip.
“Apabila terlalu mengejar trip, mereka tidak cukup tidur dan keletihan. Dalam keadaan itu, kemalangan amat mudah berlaku,” katanya.

Katanya, pemandu bas di negara ini jauh ketinggalan dari segi pengetahuan dan ilmu berbanding pemandu negara maju yang amat memahami kerjaya mereka. Pemandu di negara maju mempunyai pengetahuan meluas mengenai tugas mereka melalui pembacaan dan mengambil tanggungjawab sepenuhnya keselamatan penumpang.
“Kajian menunjukkan 18 orang meninggal dunia setiap hari di Malaysia akibat kemalangan. Namun jika kita bertanya kepada pemandu bas, berapa ramai yang tahu data itu? Dalam 10 orang, saya rasa susah nak jumpa seorang yang tahu perangkaan itu.

“Lain halnya dengan pemandu di luar negara. Mereka membaca dan pengetahuan mereka luas yang menjadikan mereka begitu faham kerjaya mereka. Mereka tidak gopoh dan bersistematik. Lain dengan kita di negara membangun dan negara dunia ketiga. Tamadun kita belum sampai ke tahap mereka yang menjadikan kita kurang berpengetahuan dan agak gopoh.
“Bayangkan jika pemandu kita tahu mengenai data 18 kematian sehari setiap hari akibat kemalangan, saya percaya mereka akan lebih berhati-hati dan bertanggungjawab,” katanya.

Beliau juga mencadangkan diperkenalkan satu kempen supaya orang di sekeliling berperanan dalam mendidik pemandu supaya lebih bertanggungjawab.
“Orang yang paling dekat dengan pemandu ialah isteri, anak dan penumpang. Mungkin ada baiknya jika ada iklan isteri mengingatkan suami mengenai data 18 kematian sehari dan meminta supaya suami mematuhi had laju.

“Begitu juga perlu ada satu mekanisme mendekatkan penumpang dengan pemandu supaya penumpang boleh menegur pemandu jika pemanduannya mendatangkan bahaya nyawa orang lain. Kita kena wujudkan budaya tidak takutkan pemandu bas, cuba wujudkan hubungan mesra pemandu dengan penumpang.
“Selama ini mungkin ada penumpang yang takut dengan cara pemanduan tetapi tidak ada saluran untuk menegur. Penumpang boleh menjadi pencegah kepada pemanduan melebihi had kelajuan,” katanya.

Beliau juga berkata, kemalangan membabitkan bas sehingga mengorbankan banyak nyawa tidak boleh dielakkan sama sekali kerana ia berlaku disebabkan sikap manusia.
“Ini bukan masalah takdir semata-mata atau sebagainya. Ini adalah sikap manusia yang menjanjikan tragedi itu tetap berlaku tetapi jika kita boleh menjarakkan kejadian itu misalnya jika dulu enam bulan sekali menjadi setahun sekali dan kemudian mungkin lima tahun sekali, saya rasa itu sudah baik,” katanya.








Malaysia antara negara catat kes tertinggi


DI negara miskin dan membangun, kematian disebabkan kemalangan jalan raya adalah disebabkan oleh permukaan jalan raya yang teruk, keadaan kenderaan yang sudah uzur, pemandu mabuk dan tidak bertanggungjawab.
Keadaan ini tidak wujud di negara maju. Malaysia, negara membangun tetapi sedang menuju menjadi sebuah negara maju menjelang 2020. Keadaan jalan raya di negara kita bertaraf ‘kelas dunia’ tetapi perangkaan menunjukkan 18 kematian sehari disebabkan kemalangan jalan raya.

Tahun lalu, laporan pertubuhan International Transport Forum berpejabat di Paris, menyenaraikan Malaysia antara 33 negara mencatatkan kematian nahas jalan raya tertinggi iaitu 23.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduknya. Jalan raya di Britain, sebaliknya disifatkan sebagai paling selamat dengan purata 3.8 kematian bagi setiap 100,000 penduduk. Tiga negara yang mencatatkan rekod nahas yang kian buruk adalah Argentina, Kemboja dan Malaysia dengan peningkatan 12 peratus kes kematian jalan raya pada 2000 berbanding 2009.

Kajian itu hanya mengulangi peringatan menerusi penyelidikan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 1999 yang menganggarkan antara 750,000 hingga 880,000 kematian nahas jalan raya, majoritinya atau 85 peratus membabitkan negara membangun.
Di Nigeria misalnya, kajian kematian akibat kemalangan menunjukkan penyebab utama ialah sikap manusia itu sendiri. Contoh paling jelas ialah pemandu yang mabuk. Manusia juga cuai untuk memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan baik malah selalunya gagal mematuhi peraturan keselamatan.

Di sesetengah negara, kanak-kanak tidak dibenarkan duduk di depan, begitu juga menjadi satu kesalahan penumpang tidak memakai tali pinggang keselamatan. Namun peraturan itu tidak dilaksanakan di negara membangun.
Keadaan jalan juga menjadi penyumbang kepada kemalangan jalan raya di seluruh dunia. Jalan raya di pedalaman selalunya membahayakan. Dalam konteks negara membangun, keadaan jalan raya adalah faktor utama kemalangan.

Banyak jalan menjadi perangkap maut dengan lubang digali di sepanjang jalan. Jalan raya juga dihalang oleh kenderaan rosak atau sampah yang dibuang agensi kerajaan.
Papan tanda juga tidak banyak membantu. Projek yang terbengkalai selalunya menyebabkan jalan raya tidak dibina dengan baik dan akhirnya membahayakan manusia.

Di negara maju, agensi yang bertanggungjawab tidak menutup lubang atau kemudahan pengairan akan dipertanggungjawabkan di atas sebarang bentuk kemalangan. Di negara membangun, kerajaan bertanggungjawab memastikan kenderaan yang dijadikan pengangkutan awam memenuhi piawaian minimum dan bertanggungjawab sepenuhnya bagi pembinaan dan keselamatan jalan raya.
Kajian antarabangsa juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi dinaunginya seperti WHO, Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan serta Bank Dunia perlu menubuhkan badan khas mengawasi peranan kerajaan dalam menangani kemalangan jalan raya dalam usaha membendung peningkatan kemalangan jalan raya di negara membangun.

Antara nahas bas di luar negara setakat tahun ini:
Nigeria: Tiang elektrik patah di Port Harcourt, menimpa dua bas menyebabkan 11 maut terkena kejutan elektrik pada 13 Februari
India: Sebuah bas yang membawa rombongan tetamu majlis perkahwinan terjunam ke dalam gaung di India yang membunuh 22 orang pada 17 Februari.
Peru: Dua bas bertembung di Lebuh Raya Panamerican membunuh 38 orang pada 22 Februari.
Nepal: Sebuah bas yang penuh sesak terjunam ke dalam sungai di Kathmandu mengorbankan 24 orang pada 18 Mac.
Pakistan: Sebuah bas terjunam ke dalam sungai di Haramosh Peak membunuh 12 orang pada 16 April.
China: Trak bertembung dengan bas di wilayah Liaoning yang mengorbankan 32 orang pada 23 Mei.
Korea Selatan: Sebuah bas terjatuh daripada jambatan membunuh 12 orang berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon pada 3 Julai.
Albania: Empat belas maut apabila sebuah bas terjatuh daripada cerun berhampiran bandar raya Durres pada 18 Julai.
Ukraine: 40 maut apabila bas yang melintasi melanggar lampu merah dilanggar kereta api pada 12 Oktober.
P/S: ..hmm..Malaysia BOLEH!!!

~ Amalan tabur bunga atas kubur harus ~


Gambar Hiasan
 Bersama Ustaz Zahazan Mohamed

Berita Harian Online
2010/10/17
Tiada tegahan ziarah pusara asalkan iktikad untuk mendoakan si mati


Soalan: APAKAH pandangan ustaz mengenai adab menziarahi pusara? Bagaimana dengan perbuatan menabur bunga dan daun pandan di pusara dan bagaimana dengan bacaan ayat suci yang sepatutnya? Bagaimana pula dengan mereka yang tidak tahu di mana pusara ibu atau bapa kerana kematian berlaku ketika anak masih kecil? Apakah memadai dengan sedekahkan ayat suci al-Quran?

Jawapan: Imam al-Bukhari meriwayatkan, daripada Ibn Abbas, bahawa Nabi Muhammad SAW melalui dua kubur. Lalu Baginda bersabda: “Sesungguhnya kedua-duanya sedang di azab dan tidaklah kedua-duanya di azab kerana dosa besar. Adapun yang ini di azab kerana tidak menjaga (kebersihan) daripada kencing manakala yang ini pula kerana suka mengadu domba.” Lalu Nabi SAW meminta pelepah dan mematahkannya (menjadi) dua bahagian. Kemudian Baginda memacakkan di atas (kubur) ini satu dan di atas (kubur) ini satu.



Kalangan sahabat Nabi bertanya: “Wahai Rasulullah, mengapa engkau melakukan hal ini?” Baginda menjawab: “Mudah-mudahan diringankan azab itu daripada kedua-duanya selama pelepah kurma itu belum kering.”


Hadis kedua pula riwayat Muslim daripada Jabir, Rasulullah SAW melalui dua kubur dan Baginda dengan mukjizatnya berkata, kedua-duanya penghuni kubur ini sedang diseksa...lalu Baginda meminta pelepah tamar yang masih basah dan mematahkan menjadi dua bahagian dan memacakkan pada setiap kubur, lalu bersabda,” Aku berharap syafaatku dapat meringankan azab kedua-duanya, selama pelepahnya masih basah.”

Daripada kisah hadis itu, sebenarnya kalangan ulama berselisih pendapat atau pandangan mengenai hukum meletakkan pelepah di atas kubur. Pandangan segolongan ulama yang menegah menyatakan perbuatan itu disyariatkan khusus untuk Nabi Muhammad SAW.


Keberkatan ada pada Nabi SAW saja. Syaikh Ahmad Syakir (dalam syarah Sunan al-Tirmizi) berpendapat amalan menabur bunga dan meletak kalungan bunga ini diambil dari amalan masyarakat Kristian.


Pandangan ulama yang mengharuskan pula mengatakan perbuatan itu diharuskan kepada semua orang Islam. Syeikh Atiyah Saqar (iaitu seorang Mufti Lajnah Fatwa al-Azhar) berkata: “Ini adalah masalah antara golongan mengharuskan dan golongan yang menegah. Saya melihat tiada tegahan pada perkara ini selagi mana ia beriktikad (menyakini) bahawa yang memberi manfaat dan mudarat itu hanyalah Allah SWT. Apa yang kita hadiahkan kepada si mati seperti doa, sedekah dan lain-lain lagi adalah ‘min babil asbab’ semata-mata mengharapkan rahmat Allah SWT.


Justeru, perbuatan menaburkan bunga sebagai menggantikan pelepah dan ranting basah adalah harus. Bagaimanapun, jika bunga itu dibeli dengan harga mahal semata-mata untuk melakukan perbuatan itu, dibimbangi ia akan jatuh kepada haram disebabkan membazir.


Selain itu ketika menziarahi pusara, anda juga harus membaca al-Fatihah dan surah Yasin. Nabi SAW menganjurkan kita agar membaca surah Yasin bagi masyarakat Muslimin (yang akan atau sudah) meninggal dunia. Wallahua’lam.







~ Gaji minimum swasta diselaras Jun ~

Kerajaan teliti kaedah sesuai pelaksanaan selepas penubuhan majlis khas


Sumber: Berita Harian Online.
SUNGAI PETANI: Penyelarasan gaji minimum sektor swasta akan dimulakan pada Jun atau Julai 2011 selepas kerajaan meneliti kaedah sesuai pelaksanaannya menerusi penubuhan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan (MPGK) yang bakal dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam, berkata had minimum gaji kakitangan swasta akan diputuskan selepas mendapat kelulusan Kabinet dan akan dibincangkan secara terperinci dari segi kaedah dan kesesuaiannya.
“Kita akan tubuhkan Majlis Penetapan Gaji Kebangsaan. Namun sebelum itu, satu akta akan digubal dan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang.


“Kalau semua berjalan lancar, kita putuskan pelaksanaannya pada Jun atau Julai tahun depan,” katanya selepas Majlis Konvokesyen Ketiga Universiti Aimst, di sini, semalam.

Hadir sama, Presiden MIC yang juga Canselor Aimst, Datuk Seri S Samy Vellu. Lebih 300 graduan menerima diploma dan ijazah masing-masing dalam bidang Sains, Perubatan dan Kejuruteraan.

Mengulas lanjut pembentangan Bajet 2011 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kelmarin, Subramaniam berkata, kira-kira 83 peratus daripada 150,000 pengawal keselamatan akan mendapat manfaat.

Katanya, pelarasan gaji minimum bagi pengawal keselamatan antara RM500 hingga RM800 itu mampu memberi impak positif ke atas usaha kementerian bagi mengurangkan tahap kebergantungan kepada pekerja asing dalam sektor itu pada masa depan.

“Pelarasan ini mengikut empat kumpulan iaitu di kawasan A kenaikan gaji pokok kepada RM800 bagi Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dan Johor Selatan; kumpulan B kenaikan RM600 bagi negeri Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Pahang, Terengganu, Sarawak dan Johor Utara. Bagi kumpulan C kenaikan RM550 bagi negeri Sabah, Wilayah Persekutuan Labuan serta kumpulan D kenaikan RM500 bagi negeri, Kedah, Kelantan dan Perlis.

“Ini keputusan yang amat baik kepada sektor ini dan sangat membantu dalam meningkatkan pendapatan pengawal keselamatan yang sebelum ini bergaji rendah. Ia juga sekali gus menunjukkan kerajaan peka dan amat prihatin terhadap tuntutan sektor ini yang turut memainkan peranan dalam pembangunan negara,” katanya.
P/S: ..persoalannya...macam mana pulak dgn Pengawal Keselamatan In-House dalam industri perhotelan dan yang sewaktu nya..entitle jugak ke???







~ BARU - Handphone Blackkberry Torch 98000 ~

PENGELUAR telefon pintar yang terkenal dengan jenama BlackBerry, Research In Motion (RIM) kini menambah gear apabila memperkenalkan Torch 9800 baru yang menggabungkan papan kekunci QWERTY dan fungsi sesentuh buat pertama kali.


Berbekalkan sistem operasi BlackBerry 6 baru yang membolehkan antaramuka lancar bekerja dengan skrin sentuh dan fungsi pad pengesan termasuk memudahkan urusan rangkaian sosial dan saluran RSS.
Pada masa sama, aspek visual dititikberatkan apabila ia dilengkapi kamera lima megapiksel dengan keupayaan 'flash' serta penstabil imej ditambah 11 mod foto dan rakaman video yang sesuai untuk rakaman spontan.

Telefon pintar baru ini menyediakan akses bersepadu untuk BlackBerry Messenger (BBM), Facebook, Twitter, MySpace dan pelbagai pesanan segera ditambah pengalaman multimedia yang dipertingkatkan.
Selain itu, ciri carian setempat juga membenarkan pengguna mencari kandungan pada telefon pintar serta melanjutkan pencarian untuk Internet.

>Spesifikasi

PRODUK: BlackBerry Torch 9800

HARGA: belum diumumkan
OS: BlackBerry 6
RANGKAIAN: Tri-band 3G (2100/1900/850/800MHz), Quad-band GSM/GPRS/EDGE (850/900/1800/1900MHz)
PEMPROSESAN: 624MHz dengan 512MB memori flash

PAPARAN: 3.2 inci (skrin sesentuh), 35 butang QWERTY
STORAN: 4GB kad memori microSD
MASA BERBUAL: 5.5 jam
MASA BERSEDIA: 18 hari
FORMAT VIDEO: MPEG4, H.263, H.264, WMV3
FORMAT AUDIO: MP3, AMR-NB, AAC-LC, AAC+, eAAC+, WMA,WMV, Flac, Ogg Vorbis
SAMBUNGAN: WIFI 802.11 b/g/n, bluetooth 2.1
DIMENSI:111 x 148 x 62mm
BERAT: 161.1g







~ Film Trailer - Reign Of Assassin ~



MELIHAT barisan pelakonnya, filem Reign of Assassins yang diarah Su Chao-pin dengan pemantauan pengarah tersohor, John Woo disangka sebuah naskhah yang padat dengan aksi dan babak pertarungan tanpa henti.


Reign of Assassins mengisahkan seorang pembunuh upahan wanita yang hebat dengan teknik membunuhnya terpaksa berdepan satu tugas yang melangkaui imaginasinya. Mana tidaknya, Drizzle terpaksa mendapatkan semula sebahagian mayat seorang sami, Bodhi yang dipercayai mempunyai satu kuasa hebat. Drizzle yang patuh pada kumpulannya, The Black Stone akur dengan perintah itu.
Namun selepas mengetahui agenda di sebalik yang bertentangan dengan prinsipnya, Drizzle melarikan diri daripada kumpulannya. Drizzle mengubah penampilan dan wajahnya serta menggunakan pengenalan baru sebagai Zeng Jing bagi memulakan kehidupan baru.

Kemudian dia jatuh cinta dengan Jiang Ahsheng. Tidak lama selepas mengahwininya, baru dia sedar rupa-rupanya suaminya adalah anak kepada lelaki yang pernah dibunuhnya. Perkahwinan itu dirancang kerana Jiang Ahsheng turut menyimpan agenda bagi membalas dendam atas perbuatan Zeng Jing membunuh ayahnya.
Kemelut itu berlarutan hingga menyebabkan pertarungan tiga penjuru. Zeng Jing terpaksa berdepan kumpulannya yang tidak henti-henti memburu serta suaminya yang ingin membunuhnya.

Namun menariknya filem ini adalah episod drama romantik yang diselit selari. Lakonan Michelle Yeoh tidak perlu disangkal tatkala mengatur langkah aksi seni pertahankan diri. Malah ekspresi wajahnya dalam melakonkan babak romantik dan permainan emosi wajar dipuji.
Debaran tetap ada kerana pengarahnya bijak memancing perhatian penonton, terutama detik cemas selepas segala rahsia terbongkar. Malah pengarahnya juga bijak mengundang rasa sedih dan sayu apabila perasaan bersalah, rasa sayang dan kekeliruan Zeng Jing diterjemah dengan kemas.

Pendek kata, Reign of Assassins adalah naskhah yang patut ditonton untuk melihat sisi lain dalam sebuah filem bercorak aksi romantik.
Bukan saja pada plot ceritanya menarik dan punya kekuatan, malah lakonan setiap barisan pelakonnya menghidupkan lagi keindahan keseluruhan plot ceritanya.

DATA

FILEM: Reign of Assassins
ARAHAN: Su Chao-Pin dan John Woo
PELAKON: Michelle Yeoh, Barbie Hsu, Jung Woo-Sung, Kelly Lin dan Shawn Yue
GENRE: Aksi Romantik
TAYANGAN: 14 Oktober 2010 (Sedang Ditayangkan)

P/S: ..Satu lagi karya hebat John Woo...sesuai untuk peminat filem epik dan pertarungan seni bela diri..







Kadangkala tindakan kecil kita boleh mengubah kehidupan seseorang….


Assalamualaikum semua..

Hari ini saya mahu kongsikan satu cerita yang menarik perhatian saya. Kisah ini dipetik dari sumber internet yang megisahkan kadang kala dimana tindakan yang kita anggap “kecil” sebenarnya amat bermakna untuk seseorang..

Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik yang lain .

Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat dingin dan hujan mulai turun.
Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah bersedia”

Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”. “Ayah bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah”
“Anakku! Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat”
“Ayah bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan turun”
Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan cuaca sebegini”

Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi ayah?”
Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama kamu!”
“Terima kasih Ayah” Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu.

Anak kecil itu pun menyerahkan risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpanya. Begitu juga dia akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada penghuninya.
Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan Syurga” ada pada tangannya. Dia berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai jika masihada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun gagal.

Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu.Apabila sampai sahaja anak itu dirumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali. Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan. Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu dibuka.

Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan 50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh bantu?”
Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi.
“Terima kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya ” Ada sesiapa nak menyatakan sesuatu”

Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan ini yang kenal saya. Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda, sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim. Suami saya meninggal beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air mata mulai bergenang di kelopak matanya.

“Pada Jumaat minggu lepas saya mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar, pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab. Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan sekali lagi”.
“Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang tekan loceng ini setelah sekian lama. Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke pintu”

“Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu. Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya dengar”.
“Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat . Akhirnya kerusi dan tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka. Aku tak perlukan itu lagi”.

“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di dalam neraka”
Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering. Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR!

Imam lantas turun dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya.
Jumaat ini dikira Jumaat yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya. Seorang anak yang seumpama malaikat.

Biarkanlah air mata itu menitis. Air mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang
Panjangkanlah risalah ini. Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
insyaALLAH... amiinnnn.







Sabtu, 16 Oktober 2010

~ MuTIARA KaTA ~


" Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan..."







~ JIN DaN HaNTU Dalam MasYAraKaT MeLaYU ~


Gambar Hiasan
Nama-nama jin dan hantu di dalam masyarakat melayu tidak tercatat di dalam al Quran dan hadith bukan bermaksud kewujudan mereka ditolak.Sebagaimana nama melayu,jawa,minang dan bangsa-bangsa lain tidak terdapat di dalam al Quran dan hadith,namun tiada seorang pun yang menolak kewujudannnya.Tidak di ketahui secara tepat samada jin yang memberi nama-nama tersebut atau manusia yang menggelar mereka dengan nama-nama tersebut.Antara jenis-jenis jin atau hantu dalam masyarakat melayu ialah :

1. Bajang
Bajang adalah golongan jin yang dipelihara oleh manusia bertujuan memudaratkan musuh. Sesiapa yang ingin memilihara bajang sebagai kahdamnya hendaklah melakukan pemujaan terhadap jin melalui mayat bayi yang mati semasa lahir. Ia merupakan jin jantan yang sering kali menjelma sebagai kucing . Antara gangguan yang dilakukannya ialah menyerang kanak-kanak dan mampu menyebabkan penyakit misteri yang boleh membawa maut kepada mangsanya.
Tuan bajang hendaklah menyimpan bajang di dalam tabung buluh. Sejenis daun khusus akan digunakan sebagai penyumbat tabungan tersebut dan dikunci dengan tangkal. Bajang hanya dikeluarkan apabila pemiliknya ingin ‘menyerang’ musuhnya.Bajang yang dipelihara itu akan diberi makan telur dan juga susu. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Bajang yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Bajang biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. . Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, bajang akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Hantu bajang biasanya dibela oleh seseorang bagi menjaga keselamatan diri daripada serangan haiwan buas, menjaga ladang daripada serangan perosak tanaman, membuat kerja berat seperti membersihkan kawasan untuk berhuma dan bagi memusnahkan saingan.

2. Hantu Raya
Hantu Raya adalah golongan jin atau syaitan, yang dipelihara bagi tujuan membantu tuannya melakukan kerja dan juga bagi memudaratkan musuh. Ia dikawal oleh pemiliknya yang boleh menyuruhnya melakukan apa-apa juga jenis kerja berat dan juga boleh disuruh oleh tuannya bagi merasuk seseorang. Hantu raya mempunyai keupayaan menjelma sebagai manusia biasa atau haiwan lain, dan biasanya Hantu Raya akan menjelma sebagai tuannya.Tuan Hantu Raya yang dipelihara itu perlu memberi makan sebagaimana yang dipersetujui.
 Biasanya makanan yang disediakan dikenali sebagai acak / sajian mengandungi telur, ayam panggang, pulut kuning dan sebagainya. Sekiranya tidak dijaga dengan baik dan diberi makan, Hantu Raya yang kelaparan itu akan menyerang tuannya.Hantu Raya biasanya perlu diwarisi, dan sekiranya tidak diturunkan kepada waris, tuannya akan menjadi bangkai bernyawa. Tubuhnya mati dan berbau busuk, tetapi apabila hendak dikebumikan, ia akan bangkit seperti hidup. Selain itu, ia akan makan dengan lahapnya apabila diberi makan. Bahaya berdamping dengan Hantu Rayaa. Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islamb. Hantu Raya akan mengamuk sekiranya tidak dijaga dengan baik.c.
Tuannya sukar untuk mati sekiranya tidak ada orang hendak menerimanya.d. Hantu raya suka menyamar sebagai pemiliknya dan akan tidur bersama isteri tuannya jika tidak dikawalSalah satu kaedah tuan punya menurunkan hantu rayanya kepada warisnya adalah melalui keris yang diperturunkan dari generasi ke generasi.
Biasanya setitik darah tuannya dikehendaki untuk memastikan tuan yang baru dan akan menurut perintah tuannya.Ramai orang tua yang mengamalkan bahawa dengan mempunyai pendamping ini mereka merasa selamat dari ancaman musuh tetapi hantu raya atau jin ini ada kelemahannyaMenurut pengamal perubatan tradisional, gunakan lada kering, garam dan arang sahaja dalam proses menyingkirkan jin tersebut. Setiap batang lada patahkan tiga bahagian dengan bacaan Al-Fatihah setiap satu dan sebanyak 40 batang lada kering diperlukan (jadi 120 batang kecil). Bacakan ayat Kursi sebanyak 33 kali dan hembuskan keatas air. Renjis air ini ke atas garam dan arang tadi.Kemudian gunakan arang ini untuk menghidupkan api di atas dupa. Letakkan sedikit lada dan garam sedikit demi sedikit sehingga habis. Masa yang sesuai dari pukul 6.00 petang sehingga habis lada di bakar. Hantu raya akan lari atau mengakibatkan dia cedera disebabkan oleh gas lada ini. Biasanya ia akan membunuh tuannya kerana tuannya tidak dapat mengubatinya.Ayat Kursi adalah pantang jin dan lada serta garam adalah musuhnya. Gunakan sebaiknya kaedah ini sekiranya anda memasuki rumah yang lama tidak diduduki atau diganggu hantu raya atau anda mengalami sakit yang tiada puncanya. Asapkan badan atau bahagian yang sakit dengan asap lada ini. Insya ALLAH, doa anda dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.

3. Pelesit
Pelesit adalah dari golongan jin, yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memudaratkan musuh.. Hantu pelesit diberi makan darah dari jari tangan tuannya.Ia dikatakan mampu menjelma sebagai sejenis belalang pelesit, belalang kecil yang mempunyai kepala berbentuk tajam dan tirus, dan masuk ke rumah mangsa. Pelesit ini kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka. Selain itu hantu pelesit juga digunakan bagi mendapatkan wang. Ia disimpan dalam botol kecil dan diberi makan darah yang dititik daripada hujung jari tuannya setiap kali bulan mengambang.Hantu pelesit perlu diberi makanan menurut tempoh tertentu, biasanya dengan darah tuannya.. Sebelum tuannya mati hantu pelesit hendaklah diwarisi oleh keluarga tuannya sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu pelesit akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.
 Hantu pelesit akan menyebabkan tuannya susah untuk mati kerana tiada tuan baru untuk menjaga dia kelak, kecuali ada anak yang sanggup menjaga hantu itu. Dia akan menjaga tuannya sehingga dia dimusnahkan oleh tuannya sendiri.Pembela pelesit dikatakan tidak akan mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Tahi besi (sejenis besi lebihan dari proses peleburan besi) adalah antara benda yang ditakutinya. Menurut pandangan pengamal perubatan,rupa pelesit adalah seperti seorang tua yang amat hodoh berabut putih panjang.Cara ia berjalan mirip seekor penguin.Ia menumpang ke badan belalang hijau sebagai tunggangannya.Cara untuk mengenali rupa belalang pelesit adalah dengan melihat di atas kepalanya terdapat tanda merah.Apabila dicabut kepalanya akan nampak juraian rambut yang halus.

4. Toyol
Toyol adalah jin berbentuk kanak-kanak kecil dan turut mempunyai perangai seperti kanak-kanak kecil. Toyol biasanya dipelihara dengan tujuan membantu pemiliknya mendapatkan duit dengan mencuri daripada jiran-tetangga.Ia mampu menyelip dalam mana-mana bilik berkunci, dan mampu mencari wang tunai yang disorokkan di mana sahaja, kononnya termasuk yang disorok dicelah kitab suci.Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol.
 Secara umumnya toyol, mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil dan pemiliknya akan memberikannya makan darahnya sendiri setiap hari dan setiap bulan mengambang. Sekiranya gagal, toyol akan menghisap darah ahli keluarga terdekat pemiliknya.Bahaya memelihara toyolSekiranya tidak dijaga dengan baik, toyol akan membinasakan ahli keluarga terdekat pemilik toyol. Sekiranya toyol tidak lagi diperlukan, Tuan baru toyol menggantikan tuan lamanya diperlukan jika perkhidmatannya tidak diperlukan lagi, atau menghantar toyol itu balik ke tempat ia dibeli, atau dibuang, biasanya dihanyutkan dengan acak kedalam sungai.
Terdapat petua yang menyatakan sekiranya sejenis permainan (menggunakan ketam), diletakkan hampir dengan wang yang disimpan, toyol akan asyik bermain sehinggakan terlupa mengambil wang. Kacang hijau yang diletakkan ke dalam kantung juga dikatakan boleh melalaikan toyol.Toyol juga tidak akan mencuri keseluruhan jumlah wang, tetapi sekadar mengambil sebahagian daripada wang yang tersimpan. Pemilik toyol juga perlu memenuhi apa sahaja permintaan toyol peliharaannya, sekiranya gagal, toyol tersebut akan bertindak ganas.

5. Saka haiwan
Saka haiwan adalah jin berbentuk haiwan seperti saka buaya mampu mengawal buaya, dan orang yang mengawal saka ular mampu mengawal ular.Saka haiwan biasanya memerlukan mereka yang ingin mendampingi jin haiwan mengambil bahagian badan tertentu haiwan tersebut. Bahagian badan itu akan dipuja sehingga pengamalnya mendapat alamat bahawa jin haiwan tersebut telah bersatu dengannya. Pengamal tersebut biasanya perlu mematuhi beberapa syarat dan pantang larang yang dikenakan oleh jin yang didampinginya.Saka harimau biasa digunakan untuk menjaga diri,harta dan rumah.Di samping itu,tuan saka harimau akan memiliki kekuatan dan kehebatan pada pandangan manusia.Oleh sebab itulah ia digunakan dalam persilatan bagi manambah kekuatan pesilatan dengan bantuan saka harimau

6. Hantu Polong
Hantu Polong adalah sejenis jin belaan, biasanya lelaki, bertujuan untuk memudaratkan musuh. Hantu polong dipercayai diberi makan darah dari jari tuannya.Menurut kepercayaan orang Melayu, polong dihasilkan dengan meletak darah orang yang mati dibunuh kedalam botol bermulut panjang. Botol tersebut kemudiannya akan dipuja dan dibacakan jampi serapah dalam tempoh masa tertentu. Selepas tujuh hingga dua minggu akan kedengaran bunyi daripada dalam botol. Pemuja polong perlu menghiris sedikit jarinya dan memasukkan jarinya yang berdarah itu ke dalam botol untuk memberi polong makan. Pemberian makanan menyebabkan polong ini akan terikat kepada tuannya dan akan melakukan apa sahaja suruhan tuannya.Polong biasanya akan disimpan di dalam botol dan hanya dikeluarkan apabila hendak memusnahkan musuh. Mangsa polong biasanya boleh dikenali dengan kesan lebam pada mayat dan darah keluar melalui mulut.
 Hantu polong dikatakan akan dipelihara oleh lelaki untuk menyakiti musuh. Selain itu hantu polong juga digunakan bagi mendapatkan wang. Polong akan menyerang seseorang mangsa dan hanya keluar apabila tuannya datang membantu menghalaunya keluar, dengan itu mendapat bayaran kerana membantu mengubati mangsaHantu polong perlu diwariskan kepada seseorang penganti sebelum tuannya mati sebagai saka. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu polong akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Pengamal ilmu sihir hitam atau ilmu sesat ini adalah satu perbuatan syrik dalam ugama Islam. Polong boleh dipaksa bagi memberikan nama tuannya ketika merasuk mangsa. Biasanya biji lada hitam digunakan bagi menggentel bahagian badan mangsa dengan bacaan doa tertentu yang akan menyebabkan polong yang berada dalam badan mangsa kesakitan.

7. Hantu Penanggal
Penanggalan adalah golongan jin yang dipelihara oleh seseorang, biasanya wanita, bagi tujuan memelihara harta dan memudaratkan musuh. Hantu penanggalan dipercayai diberi makan darah daripada ibu yang baru melahirkan anak oleh tuannya. Hantu penanggalan dikatakan sejenis makhluk berkepala dengan urat perut yang bercahaya dan terbang mencari mangsa. Penanggalan akan terbang ke rumah yang dikenal pasti mempunyai wanita yang baru bersalin dan kemudiannya akan mengambil peluang untuk menyerang dan menghisap darah mangsa apabila mangsa leka.`Menurut perubatan melayu cara menghalang gangguan Penanggalan dikatakan dengan cara meletakkan daun berduri, seperti daun mengkuang, di bawah rumah ibu yang baru bersalin. Ini dikatakan kerana hantu Penanggalan takut menghampiri rumah yang berduri kerana bimbangkan tali perut mereka tersangkut pada duri tersebut. Mereka yang memelihara Penanggalan dikatakan mampu menanggalkan kepala dan urat perut mereka dan terbang mencari wanita bersalin bagi memberi makan kepada Penanggalan. Selepas mereka makan, dikatakan pengamal Penanggalan akan merendam urat perut mereka kedalam tempayan yang berisi cuka bagi mengecutkan perut sebelum masuk kembali kedalam badan asal mereka
Penanggalan dikatakan akan dipelihara oleh wanita bagi tujuan memelihara harta benda dan, membinasa musuh atau orang yang dibenci pemiliknya.. Sekiranya tuannya mati sebelum sempat mencari pengganti, hantu Penanggalan akan hidup liar dan mengganggu penduduk berdekatan.Pembela Penanggalan dikatakan sukar mempunyai zuriat kerana ilmunya yang panas akan membunuh janin atau anak kecil yang berdamping dengannya, sekiranya tidak dijaga dengan baik. Penanggalan mungkin merupakan cara penduduk zaman dahulu menjelaskan kadar kematian ibu bersalin yang tinggi dikampung-kampung. Secara tidak langsung, ini menunjukkan bahawa, kadar kematian ketika bersalin amat tinggi pada suatu masa dahulu.

8. Hantu bungkus
Hantu bungkus atau juga dikenali sebagai hantu punjut atau hantu pocong merujuk kepada sejenis makhluk yang berbentuk seperti mayat yang dibungkus dengan kain kafan.Hantu bungkus sering dikatakan mengusik orang yang lemah semangat, dan akan bergerak dengan meloncat seperti hantu cina, atau bergolek. Ia dikatakan mampu bergerak sepantas kereta, bergerak seiring dengan kereta yang dipandu oleh mangsa usikan mereka.Hantu bungkus tidak dipelihara dan terdapat secara bebas. Kemungkinan hantu bungkus adalah jelmaan jin yang menganggu manusia.Contoh-contoh hantu yang telah saya terangkan di atas sebenarnya adalah golongan jin yang hidup di sekitar masyarakat melayu.Jika anda anda kemusykilan mengenainya bertanyalah dengan mereka yang faham tentang masalah tersebut.Menerima atau menafikannya tanpa mendapatkan maklumat dari orang yang yang munasabah adalah tindakan yang tidak wajar.

sumber :
http://www.facebook.com/notes/idrus-hashim/jenis-jin-hantu-dalam-masyarakat-melayu/162664480426384