Khamis, 20 Mei 2010

~Facebook Beri Amaran~

Petikan dari-KOSMO.Rabu.19Mei.2010
SINGAPURA-Sebuah syarikat keselamatan komputer semalam memberi amaran supaya para pengguna Facebook tidak menekan pautan untuk klip video iaitu sexiest video ever kerana ia dipercayai mengandungi virus!
Pihak SOPHOS menyatakan beribu-ribu pengguna telah diserang dengan pautan berbahaya yang didapati datang dari rakan sebuah akaun Facebook. Pautan tersebut tercatat: "Tanpa rasa ragu ini merupakan video paling seksi yang pernah anda lihat!" - AFP.

Jumaat, 7 Mei 2010

~Khasiat Susu Kambing~


Kajian Saintifik Menunjukkan Kandungan pH Beralkali Bertindak Meneutralkan Asid Dalan Tubuh.

Khasiat susu kambing jarang dibicarakan apatah lagi pendedahan kebaikan susu lembu lebih meluas menyebabkan ramai tidak menyedari komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan bagi manusia dan kajian saintifik sudah membuktikannya.

Susu kambing lebih mudah hadam kerana ia mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus dan lembut berbanding susu lembu malah baik untuk diet bayi serta orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Lebih menakjubkan, susu kambing turut digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik kerana zarahnya halus serta bersifat menyah asid.

Sifat susu kambing yang mudah hadam itu membolehkan laktosa melalui usus dengan lebih mudah.

Terdapat tujuh peratus kandungan laktosa dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu menyebabkan ia sesuai bagi kanak-kanak yang mengalami cirit-birit serta alahan kepada susu lembu serta susu tepung.

Sering kali individu mengalami sakit kepala, badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan serta tekanan darah tinggi disebabkan kandungan asid dalam tubuh seseorang itu.

Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali dan ia tidak akan menjana penambahan asid dalam darah serta usus malah bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan asid lemak yang sedia ada dalam susu kambing bertindak mencegah kesan jangkitan kulat, membantu sistem pertahanan badan sekali gus meningkatkan tenaga manusia.

Istimewanya susu kambing berbanding susu lembu, ia tidak membentuk lendir dan mengakibatkan alahan kepada manusia.

Sistem imunisasi semulajadi yang terdapat dalam susu kambing seperti mineral selenium bertindak sebagai bahan bagi membantu ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida malah melawan virus dan mencegahnya dari terus membiak.

Bagi individu yang mengalami masalah sendi boleh mengamalkan pengambilan susu kambing HiGoat tinggi protein dan kalsium keran mengandungi Bio-organic Sodium baik bagi rawatan mnegurangkan inflamasi sendi dan sebagai elemen anti penuaan.

Secara semulajadi, susu kambing boleh mencegah pembiakan organisma berbahaya dalam badan manusia.

Kandungan kalsium dan potassium yang tinggi serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting untuk membentuk tekanan darah yang normal serta mengawal fungsi hati dengan lebih baik.

Bahan riboflavin yang terkandung dalam susu kambing dapat memberi tenaga malah boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, imsomnia dan demam kuning. Manakala kandungan kandungan silikon serta flourine yang tingi dapat mencegah diebetes malah turut mengandungi faktor anti barah.

Jadi memang tak dapat dinafikan lagi bahawa SUSU KAMBING BANYAK KHASIATNYA!
APA PENDAPAT ANDA?

Petikan artikel: Harian Metro 22/04/2010 Oleh Aniza Zainudin.

Khamis, 6 Mei 2010

~Apabila Hendak Tidur~

Adalah Rasulullah saw. apabila masuk ke tempat tidurnya, Baginda membaca : bismikallahumma ahya wa amut (Dengan keberkatan nama-Mu ya Allah hidupku dan matiku), (Riwayat Bukhari)

Rasulullah saw. bersabda: Apabila seseorang dari kamu masuk ke tempat tidurnya, maka hendaklah dia mengucapkan: “Dengan namamu, wahai Tuhanku, kerana Engkaulah aku membaringkan tubuhku dan kerana Engkau pulalah aku mengangkatnya. Apabila Engkau menahan (mencabut) jiwaku, maka kasihanilah ia dan apabila Engkau melepaskannya (menghidupkan) maka jagalah ia sebagaimana Engkau menjaga hamba-hamba- Mu yang soleh“.

Sepertimana firman Allah:

Az-Zumar [42] Allah (Yang Menguasai Segala-galanya) , Dia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian Dia menahan jiwa orang yang Dia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum yang berfikir (untuk memahaminya) .

Dalam hadith yang lain pula setiap hari jiwa (roh) menyeru kepada tuannya supaya jangan melakukan penderhakaan (perkara yang dimurkai Allah) Allah kerana ia (roh) akan menanggung siksanya. Roh itu merayu pada tuannya, tetapi tidak didengari.

Petikan dari - http://nasbunnurain i.wordpress. com