Jumaat, 7 Mei 2010

~Khasiat Susu Kambing~


Kajian Saintifik Menunjukkan Kandungan pH Beralkali Bertindak Meneutralkan Asid Dalan Tubuh.

Khasiat susu kambing jarang dibicarakan apatah lagi pendedahan kebaikan susu lembu lebih meluas menyebabkan ramai tidak menyedari komposisi dalam kandungan susu kambing mempunyai banyak kebaikan bagi manusia dan kajian saintifik sudah membuktikannya.

Susu kambing lebih mudah hadam kerana ia mempunyai molekul protein dan lemak yang sangat halus dan lembut berbanding susu lembu malah baik untuk diet bayi serta orang dewasa yang mempunyai masalah penghadaman.

Lebih menakjubkan, susu kambing turut digunakan bagi rawatan ulser dan gastrik kerana zarahnya halus serta bersifat menyah asid.

Sifat susu kambing yang mudah hadam itu membolehkan laktosa melalui usus dengan lebih mudah.

Terdapat tujuh peratus kandungan laktosa dalam susu kambing lebih rendah berbanding susu lembu menyebabkan ia sesuai bagi kanak-kanak yang mengalami cirit-birit serta alahan kepada susu lembu serta susu tepung.

Sering kali individu mengalami sakit kepala, badan dan otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan tidak seimbang, keletihan serta tekanan darah tinggi disebabkan kandungan asid dalam tubuh seseorang itu.

Susu kambing mempunyai kandungan pH beralkali dan ia tidak akan menjana penambahan asid dalam darah serta usus malah bertindak meneutralkan asid dalam badan.

Kandungan asid lemak yang sedia ada dalam susu kambing bertindak mencegah kesan jangkitan kulat, membantu sistem pertahanan badan sekali gus meningkatkan tenaga manusia.

Istimewanya susu kambing berbanding susu lembu, ia tidak membentuk lendir dan mengakibatkan alahan kepada manusia.

Sistem imunisasi semulajadi yang terdapat dalam susu kambing seperti mineral selenium bertindak sebagai bahan bagi membantu ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida malah melawan virus dan mencegahnya dari terus membiak.

Bagi individu yang mengalami masalah sendi boleh mengamalkan pengambilan susu kambing HiGoat tinggi protein dan kalsium keran mengandungi Bio-organic Sodium baik bagi rawatan mnegurangkan inflamasi sendi dan sebagai elemen anti penuaan.

Secara semulajadi, susu kambing boleh mencegah pembiakan organisma berbahaya dalam badan manusia.

Kandungan kalsium dan potassium yang tinggi serta kandungan sodium yang rendah dalam susu kambing sangat penting untuk membentuk tekanan darah yang normal serta mengawal fungsi hati dengan lebih baik.

Bahan riboflavin yang terkandung dalam susu kambing dapat memberi tenaga malah boleh merawat simptom penyakit asma, eczema, colic, imsomnia dan demam kuning. Manakala kandungan kandungan silikon serta flourine yang tingi dapat mencegah diebetes malah turut mengandungi faktor anti barah.

Jadi memang tak dapat dinafikan lagi bahawa SUSU KAMBING BANYAK KHASIATNYA!
APA PENDAPAT ANDA?

Petikan artikel: Harian Metro 22/04/2010 Oleh Aniza Zainudin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan