Ahad, 7 November 2010

~ BARU - NOKIA C3 Murah Dan Menawan ~








NOKIA terus komited memperkenalkan rangkaian produk terbaru dengan rekaan menarik khusus kepada pengguna yang gila bersembang dalam laman sosial seperti Facebook atau Twitter menerusi model C3.

Menariknya, skrin utama disepadukan dengan ciri yang membolehkan pengguna melihat komen, pos dan kemaskini status terus dari skrin pemula telefon pintar itu.

Telefon bimbit pintar terbaru, Nokia C3 yang menggunakan papan kekunci QWERTY permulaan menarik untuk bekerja dan bersosial serta menonton dan merakam video dengan menggunakan kamera dua megapiksel seterusnya terus memindah turun menggunakan GPRS atau WiFi.
Menerusi keupayaan Nokia C3, pengguna kini boleh mendengar dan menikmati muzik yang mereka minati berjam-jam tanpa henti lebih-lebih lagi apabila telefon ini menyokong hampir semua format muzik utama.

>Spesifikasi

PRODUK: Nokia C3
HARGA: RM520
SKRIN: 2.4 inci QVGA
KAMERA: 2MP
MEMORI: 55MB (dalaman), slot kad memori microSD
FORMAT VIDEO: H.263, H.264, AVI, MPEG-4, WMV
BATERI: BL-5J 1320 mAh
PENYAMBUNGAN: Blutooth 2.0, USB, jek AV 3.5mm,
WARNA: merah jambu, hitam, coklat
DIMENSI: 115.5 x 58.1 x 13.6 mm
BERAT: 114g

P/S: ...okay jugak nie untuk yang "budget kecil".......







2 ulasan: