Ahad, 27 Februari 2011

~ PAKCIK HANTU ~


Kalau nak tahu...kejadian ini berlaku sekitar tahun 2004 di musim tengkujuh. Dan kejadian ini terjadi di sebuah negeri di Pantai Timur, Malaysia.


Pada suatu malam, Ahmad Sulaiman(bukan nama sebenar) dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya. Dia pulang agak lewat waktu itu sekitar jam 12:30 malam. Perjalanan pulang pada malam itu dirasakan Ahmad amatlah jauh. Sedangkan bukan malam itu sahaja dia sering pulang lewat. Sudah berpuluh-puluh kali dia melalui jalan tersebut. Jalan yang perlu ditempuh oleh Ahmad adalah kawasan hutan yang belum diterokai oleh manusia lagi.

Hendak dipendekkan cerita, sedang Ahmad Sulaiman memandu kereta untuk pulang ke rumahnya. Ahmad Sulaiman ternampak satu lembaga seperti seorang lelaki tua yang sedang berjalan di dalam hujan yang terlalu lebat. Terdetik dihati Ahmad Sulaiman untuk menolong pakcik tersebut. lalu diberhentikan keretanya..
Ahmad Sulaiman: Pak cik.Kenapa jalan dalam hujan ni? Tak sejuk ke?
Pak cik : Pak cik tertinggal bas nak. Jadi pak cik jalan kaki balik rumah.
Ahmad Sulaiman : Rumah pak cik dekat mana?
Pak cik : Jauh nak. Rumah pak cik dekat dengan bandar sana tu.

Ahmad Sulaiman pun terfikir. Bandar tersebut dia akan lalu untuk balik ke rumahnya.
Ahmad Sulaiman: Naiklah pak cik.Saya pun lalu jalan tu. Saya tumpangkan pak cik.
Pak cik : Terima Kasih nak.

Sedang Ahmad Sulaiman dan pak cik tersebut berada di dalam kereta. Tiba- tiba Ahmad Sulaiman terhidu sesuatu yang amat BUSUK. Jantung Ahmad Sulaiman seakan hampir luruh.terfikirkan pak cik yang baru ditumpangkannya tadi..Tiba-tiba..
Pak cik : Ehem..maaf nak.pak cik tak tahan tadi. jadi pak cik terkentut......

P/S: ..fuuuuh..Hantu punya Pakcik..











Tiada ulasan:

Catat Ulasan