One day a young lady was driving along with her father.
They came upon a storm, and the young lady asked her father, What should I do ?"
He said "keep driving".
Cars began to pull over to the side, the storm was Getting worse.
"What should I do." The young lady asked ?
"Keep driving," her father replied.
On up a few feet, she noticed that eighteen wheelers were also pulling over. She told her dad, "I must pull over, I can barely see ahead. It is Terrible, and everyone is pulling over!"
Her father told her, "Don't give up, just keep driving!"
Now the storm was terrible, but she never stopped driving, and soon she Could see a little more clearly. After a couple of miles she was again on Dry land, and the sun came out.
Her father said, "Now you can pull over and get out."
She said "But why now?"
He said "When you get out, look back at all the people that gave up and are Still in the storm, because you never gave up your storm is now over.
This is a testimony for anyone who is going through "hard times".
Just because everyone else, even the strongest, gives up. You don't have To ... if you keep going, soon your storm will be over and the sun will shine Upon your face again.
P/S: This story touched me! I hope it touched you, too !!!
Memaparkan catatan dengan label ~MotiVaSI~. Papar semua catatan

Ahad, 2 Januari 2011
Isnin, 15 November 2010
~ Isteri Juga Harus ROMANTIK ~
Assalamualaikum dan selamat sejahtera,
Semua wanita menginginkan pasangan yang menjadi pendamping hidup mereka seorang lelaki yang romantik. Sekiranya boleh seromantis watak lakonan Richard Gere dalam filem Pretty Women yang ditonton ramai. Sememangnya itulah lelaki yang didambakan ramai wanita.
Ramai lagi contoh lelaki yang romantik terhadap isteri dan ini termasuklah junjungan besar kita, Rasulullah SAW. Dalam banyak riwayat kisah rumahtangga Rasulullah, saya paling menyukai kisah romantik ini : Diriwayatkan oleh Imam Bukhari bahawa ketika Rasulullah SAW kembali dari peperangan Khaibar, baginda menikahi Shafiyyah binti Huyaiy r.a. Baginda SAW mengulurkan tirai di dekat unta yang akan ditunggangi untuk melindungi Shafiyyah r.a. dari pandangan orang. Kemudian baginda duduk bertumpu pada lutut di sisi unta tersebut, baginda persilakan Shafiyyah r.a. untuk naik ke atas unta dengan bertumpu pada lutut baginda.
Menurut kajian Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam buku ‘Petua Menjadi Pasangan Romantik’ terbitan Telaga Biru, kebanyakan lelaki cenderung kepada kegiatan seksual, manakala wanita pula cenderung kepada sikap romantik lelaki. Romantik memang sifat yang dikaitkan dengan lelaki biarpun tidak ramai yang memilikinya.
Sikap romantik seorang suami terhadap isteri adalah sifat yang digalakkan dalam Islam. Ia penyubur kasih sayang antara suami isteri. Sifat ini perlulah dikekalkan sepanjang masa walaupun ketika usia semakin tua. Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan harian. Sikap ini bukan sekadar perlu dilahirkan di bilik tidur, sebaliknya di mana-mana dan pada bila-bila masa selagi ia berada dalam batas kesopanan adab Islam.
Namun begitu, seperti mana wanita, seorang lelaki mahupun suami juga mengharapkan isteri mereka bersifat romantis. Sifat ini pastinya melengkapkan ciri seorang wanita yang penuh dengan kelembutan.
Jika romantis lelaki sering dikaitkan dengan pemberian bunga, makan malam istimewa dan sebagainya, bagaimana pula romantis seorang wanita pada kaca mata suami? Berikut diturunkan serba sedikit TIPS dan INFO untuk anda pembaca yang budiman...
1 – Berdandan cantik
Perkara pertama untuk menjadi isteri yang romantik pastinya adalah dengan memenangi pandangan mata suami agar dia melihat anda lebih cantik daripada wanita-wanita lain sekelilingnya.
Isteri hendaklah menjaga penampilan di hadapan suami dengan memakai pakaian yang menarik, berdandanlah cantik-cantik dan kenakan bau-bauan yang menyenangkan suami, kalau boleh setiap masa. Hatta sebelum tidur sekalipun anda harus tampil sedap mata memandang. Tinggalkan baju 'kelawar' anda kerana suami anda bukan 'Batman' mahupun Keluang Man...ha ha ha.. Kenakanlah baju tidur yang indah atau lebih elok yang seksi di matanya. Suami juga pasti sangat senang jika gaya pakaian dan dandanan anda sesuai dengan seleranya.
2 – Menghias bilik tidur
Isteri hendaklah bijak menghias bilik tidur untuk menwujudkan suasana yang romantik. Pasangkan lilin dan diiringi dengan muzik perlahan yang mampu menjadi halwa telinga yang sedap didengari. Apabila ini dapat dilakukan, suami akan sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan.
3 – Memberi pujian
Semua orang suka dipuji, tidak terkecuali golongan lelaki. Apalagi bila pujian itu bersangkutan dengan kegagahan dan keperkasaan dirinya. Maklumlah, lelaki sering kali berharap untuk menjadi hero, jadi pujian anda akan membuatkan suami merasa dirinya lebih dihargai.
4 – Luangkan masa bersama
Pada zaman serba maju ini, kebanyakan suami isteri sama-sama bekerja mencari nafkah untuk menyara kehidupan. Justeru masa untuk bersama tidak sentiasa ada. Oleh itu anda dan suami sentiasa sibuk, aturlah masa anda untuk melaungkan masa bersama dengannya.
Boleh jadi dengan mengajaknya makan tengah hari bersama, sekurang-kurangnya dua kali seminggu. Boleh juga mengatur jadual untuk berdua-duaan di waktu hujung minggu. Usaha anda untuk mencari masa bersama dengannya akan dilihat sebagai sesuatu yang romantis dan membahagiakan dirinya.
5 – Berikan sentuhan mesra
Sentuhan kecil, seperti mengelus tangannya semasa berjalan berdua atau mendakap suami ketika dirinya dalam keadaan sedih akan membuatkan lelaki anda rasa sangat diperhatikan. Begitu juga saat menontoh TV bersama, usaplah rambutnya atau biarkan suami berbaring di ribaan anda. Inilah yang akan menyerlahkan ciri-ciri romantik anda.
6 – Membiarkan dia bebas
Seperti juga dengan anda yang suka bersembang dengan rakan-rakan, suami anda juga punya keperluan ini. Dia juga punya keinginan untuk berkumpul dengan rakan-rakannya. Ini adalah sesuatu yang menyegarkan dirinya, tambahan lagi jika isteri memberi kepercayaan untuk dirinya bebas bertemu rakan. Dia akan berasa senang kerana dipercayai.
7 – Masak makanan yang enak
Pepatah Inggeris ada menyebut, ‘a way to win man’s heart is through his stomach’ atau pun cara memenangi hati lelaki adalah melalui perutnya. Perkara ini ada kebenarannya. Semua lelaki pastinya suka menikmati makanan yang enak, apatah lagi jika ia dimasak oleh isterinya sendiri, khusus untuk dirinya. Ini juga akan membuatkan dirinya sentiasa terkenangkan diri anda di saat berjauhan. Semakin tinggi kemahiran memasak, anda dijamin suami akan semakin sayang pada anda.
8 – Berkongsi rahsia
Ada satu perkara yang boleh membuatkan pasangan yakin bahawa anda mencintainya sepenuh hati. Caranya adalah dengan berkongsi rahsia anda dengan dirinya. Ceritakan rahsia yang tidak pernah anda luahkan pada sesiapa selain dirinya. Perkongsian rahsia ini menggambarkan betapa tingginya keyakinan anda terhadap dirinya.
9 – Berikan kejutan kecil
Semua orang sukakan kejutan. Seperti anda yang akan tersenyum seharian bila mendapat jambangan bunga daripada suami, begitu jugalah dengan dirinya dengan hadiah yang diidam-idamkannya.
Seorang lelaki sangat menyenangi isteri yang ada inisiatif dan kreatif dalam menyegarkan perhubungan. Dia akan merasakan anda wanita yang tidak terduga dan penuh dengan sesuatu yang baru.
10 – Menulis catatan cinta
Selalunya di waktu bercinta, ramai yang menulis surat cinta. Ada kalanya hingga berkajang-kajang panjangnya. Namun aktiviti ini akan terhenti setelah keduanya mendirikan rumahtangga. Oleh itu tidak salah anda sebagai isteri memulakan aktiviti ini kembali.
Kalau sebelum ini anda menulis surat namun seiring dengan perkembangan teknologi, tulis dan hantarkan SMS cinta buat dirinya. Saat membacanya, suami pasti tersenyum dan berasa bahagia. Dijamin ucapan-ucapan cinta yang anda tuliskan tidak akan dipadamkan daripada peti mesej di telefon bimbitnya.
Pada ketika-ketika tertentu, layangkan kad ucapan atau nota-nota pendek yang mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang.
11 – Meraikan hari istimewa
Sebagaimana suami romantik yang sentiasa meraikan hari istimewa anda, begitu juga halnya jika anda mahu dilihat punya sifat yang sama. Jangan sesekali melupakan hari penting dalam hidupnya. Berikan ucapan atau raikannya agar suami berasa anda pasangan hidup yang cukup perihatin terhadap dirinya.
Sekiranya timbul sebarang masalah dalam perhubungan suami isteri, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati.
Semoga bermanafaat untuk semua.
KREDIT: LAMAN SERI.

Khamis, 9 September 2010
~GAGAL..untuk berjaya...~
Jangan takut dengan kegagalan, penderitaan dan kesengsaraan. Selagi kita tidak berputus asa, maka kejayaan semakin menghampiri.Kegagalan adalah satu proses pembelajaran yang sangat penting. Setiap kali gagal kita dirangsang untuk berusaha lebih kuat dan semakin hampir dengan kejayaan. Kejayaan dan kegagalan sentiasa silih berganti. Hari ini kita gagal dan kecewa, esok kita mungkin berjaya dan gembira.
Kegagalan adalah permulaan kejayaan sekiranya kita tidak berputus asa, kerana sejarah membuktikan kegagalan sebanyak tiga kali akan berubah menjadi kejayaan. Kita tidak gagal selagi tidak berputus asa. Melalui kegagalan, kita dapat membuat pertimbangan mengenai kekuatan dan kelemahan diri. Selepas itu, barulah kita menemui formula baru untuk meraih kejayaan.
Ramai orang yang kaya raya menjadikan penderitaan hidupnya sebagai perantaraan untuk mengecapi kekayaan. Oleh itu jangan kita takut dengan penderitaan dan kesengsaraan kerana ia memberi kekuatan dalam kehidupan.
Pengalaman hidup gagal
Hidup adalah satu proses pembelajaran. Untuk gagal dua atau tiga kali adalah lumrah. Gagal selama-lamanya adalah takdir. Apakah kita terlalu tua untuk berjaya? Mungkin tidak. Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, beliau menyedari perlu melakukan sesuatu.
Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, berapa banyak pintukah yang perlu diketuknya sebelum mendapat pesanan pertama? Lebih 100 buah restoran menolak kerana tidak yakin dengan resipinya. Hari ini anda dapat lihat restoran KFC di hadapan rumah anda.
Berapa ramai di antara kita yang berhenti selepas tiga percubaan, 10 percubaan, 100 percubaan, kemudiannya berhenti dan berkata, “Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi gagal.”
Enggan mengalah adalah kuasa kejayaan. Sikap tidak berputus asa menjadikan orang yang gigih berusaha dapat mencapai kejayaan. Contohnya ialah tokoh-tokoh yang telah mencipta pelbagai peralatan moden yang dapat kita gunakan pada hari ini.
Alexander Graham Bell telah mencipta telefon. Walaupun ramai orang mentertawakannya, beliau tidak mempedulikan kritikan mereka. Akhirnya, telefon telah melalui revolusi yang sangat besar dalam sejarah hidup manusia.
Pada tahun 1956, Lars Magnus Ericsson memperkenalkan sistem telefon bimbit automatik penuh yang pertama di dunia, sekali gus menjadikannya sebagai penemuan terbaru yang merubah cara manusia berkomunikasi.
Dikenali sebagai Mobile Telephony A (MTA), beratnya adalah 40 kilogram dan dipasang dalam kenderaan. Pada tahun 1991, Ericsson melancarkan sistem telefon bimbit moden yang dikenali sebagai Nordic Mobile Telephony (NMT).
Kemudian GSM global diperkenalkan pada tahun 2001, standard rangkaian 3G dilancarkan sebagai evolusi kepada GSM untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang menyediakan kelajuan sehingga 3.6 megabit sesaat.
Henry Ford telah mencipta kereta tetapi terlupa untuk meletakkan gear undur dalam kereta pertama yang dihasilkannya. Sebelum itu, beliau telah papa ketika berusia 40 tahun.
Editorial New York Times pada 10 Disember 1903 telah mempersoalkan keupayaan Wright Brothers mencipta kapal terbang. Mana mungkin sebuah jentera yang lebih berat daripada udara mampu terbang. Seminggu kemudian di Kitty Hawk, Wright Brothers tersenyum menaiki penerbangan pertama mereka.
Thomas Alva Edison pernah bermimpi lampu yang boleh menyala dengan menggunakan tenaga elektrik dan dengan usaha yang gigih, beliau melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Latar belakangnya? Thomas Edison seorang yang separa pekak dan hanya tiga bulan mempunyai pendidikan formal.
Sentiasa dan terus mencuba
Seorang pemuda dari kampung ingin mencuba nasib di bandar raya besar Tokyo, Jepun. Kelayakannya hanya sebagai buruh binaan untuk membuat bangunan dan kerja-kerja yang berkaitan. Satu malam pemuda ini berfikir panjang sambil meletakkan tangannya di atas dahi mengenangkan keadaan hidupnya.
Pemuda ini memasang azam dan impian untuk menjadi orang besar suatu hari nanti. Pagi dia bekerja, sementara pada waktu malam dia belajar dari peringkat menengah hingga berjaya ke universiti dan memperoleh ijazah yang diidamkannya.
Pemuda ini ingin melakukan sesuatu untuk negaranya. Lalu beliau menceburi bidang politik sebagai ahli biasa sebuah parti. Usaha dan setianya kepada parti telah menarik keyakinan ahli-ahli dalam parti untuk memberi penuh keyakinan kepada beliau menjadi presiden mereka.
Dalam satu pilihan raya yang disertai, partinya telah menang tetapi tidak dapat memerintah Jepun. Strategi seterusnya ialah mengumpulkan seluruh keyakinan dirinya untuk berjumpa dengan ketua parti-parti kecil dan meyakinkan mereka untuk bergabung. Usahanya berhasil. Akhirnya pemuda ini menjadi Perdana Menteri Jepun. Pemuda yang dimaksudkan ialah Kakuei Tanaka.
Pilih proaktif atau reaktif?
Anda juga boleh menjadikan impian hidup masa depan sebagai satu kenyataan. Malah lebih mudah kerana manusia di sekitar anda lebih bersifat terbuka dan sedia membantu. Tetapi anda harus memilih satu antara dua : proaktif dan reaktif.
Tindakan proaktif biasanya disusuli dengan sikap positif iaitu perasaan yakin boleh, sentiasa menilai dan membuat perbandingan seperti, “Orang lain buat, kenapa aku tidak boleh?”, sentiasa mencuba, menerima idea baru dan berfikiran terbuka.
Tindakan reaktif banyak dipengaruhi oleh sikap dan pemikiran reaktif seperti enggan menerima idea, selalu memberi alasan, takut kepada cabaran dan tidak bersedia berkorban untuk berjaya. Tidak ada sesiapa yang akan memberi tongkat sakti kepada anda kerana sememangnya ia tidak pernah wujud. Dunia menghargai orang yang menjadi pelaksana bukannya pemerhati, pemberi bukannya penerima.
Tanpa kerja keras dan keinginan untuk bangun kembali, tidak akan ada kejayaan. Ketabahan, keyakinan, kesungguhan, keberanian dan tidak takut gagal adalah resipi terbaik untuk anda kembali menyusun strategi dan membuktikan kepada dunia bahawa anda seorang yang hebat. Mental anda beribu-ribu kali ganda lebih hebat daripada fizikal anda. Oleh itu anda harus ingat anda orang yang hebat.
P/s: Semoga bermanafaat!
Langgan:
Catatan (Atom)