by Afendi Marine on Sunday, March 20, 2011 at 7:15pm
Dunia akhir zaman semakin menakutkan bila berkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni?? Patut laa ada yang kata tak nak ada anak. Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3]. Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?... Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kat anak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah, tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'....Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depa minta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, dia tidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam, mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid, begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumah ibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurat hendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain - mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan... Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agama kita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalah nikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah, sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi di Malaysia ? ...lagi 3 ana tak ingat, anta boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu. Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim', katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih, maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.
Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan Sunnah Rasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsir al-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut)
SAPA YANG BACA ARTIKAL NIE 'DISARANKAN' POST KEPADA SAUDARA MUSLIM LAINNYA... KERANA INI SEBAHAGIAN DARI JIHAD... SUPAYA SAUDARA MUSLIM KITA DAPAT TAHU TENTANG UNSUR-UNSUR MENGHANCURKAN ISLAM...
Memaparkan catatan dengan label ~Sepatah Dua Kata~. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label ~Sepatah Dua Kata~. Papar semua catatan
Selasa, 24 Mei 2011
Selasa, 29 Mac 2011
Ahad, 7 November 2010
...SALAM TAKZIAH...
.....SALAM TAKZIAH buat keluarga saudara kita MASAZREEN warga kerja PNB DARBY PARK yang telah pergi menyambut seruan ilahi..meninggalkan kita buat selama-lamanya petang tadi, AHAD, 7/11/2010, di UNIT RAWATAN RAPI , Hospital Serdang... semoga ROH nya ditempatkan bersama2 roh orang-orang yang beriman
"DARI ALLAH KITA DATANG..KEPADA ALLAH JUA KITA KEMBALI"
....ALFATIHAH........
Rabu, 15 September 2010
~Sebenarnya Aidil Fitri~
Sememangnya sejak akhir2 ini jika kita perhatikan, ramai diantara kita yang begitu ghairah menantikan berakhirnya bulan Ramadhan dan kedatangan bulan Syawal yang membawa bersama Hari Raya Aidil Fitri. Sekali gus membawa kebebasan untuk mereka kembali melakukan dosa dan mengingkari perintah Allah swt. Malah pada Hari Raya Aidil Fitri itu sendiri pun ada yang telah mula lupa diri dan berpesta hanya kerana untuk meraikannya. Kita harus ingat bahawa meraikan Hari Raya bukanlah dengan cara untuk terus berbuat dosa dan pembaziran, tapi sebaiknya adalah dengan mengingati Allah swt dan bersyukur kepada Nya atas segala limpah kurnia dan rahmat Nya ke atas kita semua. Mari kita lihat kepada makna sebenar dan kehebatan Aidil Fitri agar dapat sama-sama kita melaluinya dengan sempurna.
Aidil Fitri adalah hari untuk meraikan dan mengembirakan untuk semua umat2 Islam. Pada hari ini umumnya, seluruh umat Islam mendirikan Solat Sunat Aidil Fitri 2 rakaat, saling ziarah-menziarahi, saling bersalam-salaman, bermaaf-maafan, memuliakan tetamu dan bersedekah kepada fakir-miskin dan juga yang memerlukan. Islam menggalakkan kita mengeratkan pertalian siratul-rahim (ibu dan bapa terutamanya), melindungi fakir-miskin, membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban dan kesusahan anak2 yatim. Hulurkan bantuan sedaya mungkin dan tidak seharusnya mereka dilupakan terutamanya di hari mulia..Hari Raya Aidil Fitri. Kerana itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kita umat Islam supaya bersedekah dan berzakat fitrah sebelum menunaikan solat sunat Aidil Fitri dan tidak akan melupakan saudara seagama kita yang lain sekali gus membawa kegembiraan kepada mereka jua.
Tidak menjadi kesalahan untuk kita merayakan Aidil Fitri dengan penuh meriah. Tetapi sebelum itu cuba kita renungkan sejenak, berfikir malah bertanyalah kepada diri ita sendiri, “Adakah kita sudah melalui bulan Ramadhan dengan cukup kesempurnaan dan penuh kemuliaan seperti yang sepatutnya? Sudah cukupkah amalan kita dalam mengagungkan bulan Ramadhan seperti yang sepatutnya?” Terutamanya dalam 10 malam terakhir kita telah dianugerahkan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih mulia dan baik dari seribu bulan. Sudahkah kita memanfaatkannya sebaik mungkin? Jika tidak, ia sungguh amat merugikan…MASYAALAH.
Aidil Fitri bukanlah bermakna kita mesti berpakaian cantik, makan segala makanan yang enak dan bergembira berterusan semata-mata! Meraikan Aidil Fitri membawa simbol kepada kita dalam meningkatkan keimanan; menyedari salah dan silap; meninggalkan amalan yang buruk dan menggantikan dengan amalan yang baik; memperbaiki diri secara rohani dan jasmani . Aidil Fitri memang mesti dirayakan dan dalam kita merayakannya, Allah SWT juga mesti diingati. Baik dalam masa suka dan duka, Allah SWT semestinya tidak dilupakan! Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Mereka2 yang terawal akan dipanggil ke Syurga pada hari Akhirat kelak ialah mereka2 yang mengingati Allah SWT dimasa suka dan duka.”
Akhir kata, semoga kita semua di berikan segala Taufik dan Hidayah dalam merayakan Aidil Fitri tahun ini, Mohon dihindarkan juga kita dari segala dugaan dan dosa…terutamanya juga segala amalan kita didalam bulan Ramadhan yang lalu agar diterima sepenuhnya oleh Allah SWT. Amin!!
Eraininfinity
Jumaat, 3 September 2010
~P. Ramlee - Dendang Perantau (FULL SONG)~
Assalamualaikum.....
Dah tak sampai seminggu lagi masanya dah kita nak menyambut Aidil Fitri 2010..bagaikan tak sabar laa pulak rasa nak menyambutnya. Mana taknya..dah 3 tahun berturut2 tak balik beraya ke kampung sebab terpaksa bekerja..apa boleh buat..hu hu hu!!
So..tahun ini baru lah berpeluang balik beraya...Yeahooo...terbayang pulak wajah Emak di kampung..senyuman saudara-mara dan hilaian tawa kawan-kawan yang ada kat sana! Perrgh..I missed U all so much!! Alamak..terFEELING laa pulak..ini terlebih sudah!! He He He...
Apa-apapun jom kita layan dulu lagu raya ini..khas untuk semua.....moga terhibur! :)
Isnin, 30 Ogos 2010
~Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-53~
MERRDEKAAAA..MERRDEKAAAAAAAA..MERRDEKAAAAAAAAAAAAAAAAA....
Langgan:
Catatan (Atom)


