Memaparkan catatan dengan label ~Mesti Tonton~. Papar semua catatan

Ahad, 17 Oktober 2010
~ Film Trailer - Reign Of Assassin ~
MELIHAT barisan pelakonnya, filem Reign of Assassins yang diarah Su Chao-pin dengan pemantauan pengarah tersohor, John Woo disangka sebuah naskhah yang padat dengan aksi dan babak pertarungan tanpa henti.
Reign of Assassins mengisahkan seorang pembunuh upahan wanita yang hebat dengan teknik membunuhnya terpaksa berdepan satu tugas yang melangkaui imaginasinya. Mana tidaknya, Drizzle terpaksa mendapatkan semula sebahagian mayat seorang sami, Bodhi yang dipercayai mempunyai satu kuasa hebat. Drizzle yang patuh pada kumpulannya, The Black Stone akur dengan perintah itu.
Namun selepas mengetahui agenda di sebalik yang bertentangan dengan prinsipnya, Drizzle melarikan diri daripada kumpulannya. Drizzle mengubah penampilan dan wajahnya serta menggunakan pengenalan baru sebagai Zeng Jing bagi memulakan kehidupan baru.
Kemudian dia jatuh cinta dengan Jiang Ahsheng. Tidak lama selepas mengahwininya, baru dia sedar rupa-rupanya suaminya adalah anak kepada lelaki yang pernah dibunuhnya. Perkahwinan itu dirancang kerana Jiang Ahsheng turut menyimpan agenda bagi membalas dendam atas perbuatan Zeng Jing membunuh ayahnya.
Kemelut itu berlarutan hingga menyebabkan pertarungan tiga penjuru. Zeng Jing terpaksa berdepan kumpulannya yang tidak henti-henti memburu serta suaminya yang ingin membunuhnya.
Namun menariknya filem ini adalah episod drama romantik yang diselit selari. Lakonan Michelle Yeoh tidak perlu disangkal tatkala mengatur langkah aksi seni pertahankan diri. Malah ekspresi wajahnya dalam melakonkan babak romantik dan permainan emosi wajar dipuji.
Debaran tetap ada kerana pengarahnya bijak memancing perhatian penonton, terutama detik cemas selepas segala rahsia terbongkar. Malah pengarahnya juga bijak mengundang rasa sedih dan sayu apabila perasaan bersalah, rasa sayang dan kekeliruan Zeng Jing diterjemah dengan kemas.
Pendek kata, Reign of Assassins adalah naskhah yang patut ditonton untuk melihat sisi lain dalam sebuah filem bercorak aksi romantik.
Bukan saja pada plot ceritanya menarik dan punya kekuatan, malah lakonan setiap barisan pelakonnya menghidupkan lagi keindahan keseluruhan plot ceritanya.
DATA
FILEM: Reign of Assassins
ARAHAN: Su Chao-Pin dan John Woo
PELAKON: Michelle Yeoh, Barbie Hsu, Jung Woo-Sung, Kelly Lin dan Shawn Yue
GENRE: Aksi Romantik
TAYANGAN: 14 Oktober 2010 (Sedang Ditayangkan)
P/S: ..Satu lagi karya hebat John Woo...sesuai untuk peminat filem epik dan pertarungan seni bela diri..
Khamis, 23 September 2010
~MeSTI TONTON~ Devil - Official Trailer [HD]
SENTUHAN pengarah antarabangsa, M Night Shyamalan terhadap filem genre thriller sering menangkap minat ramai penonton.
Filem lalu seperti The Sixth Sense (1999) dan Unbreakable (2000) antara karya terbaik yang melonjak namanya di pentas Hollywood.
Bagi peminat filem genre sebegini, Shyamalan kembali dengan filem baru, Devil, mengangkat kisah lima individu terperangkap dalam lif. Memberi klimaks, keadaan menjadi panik apabila lampu terpadam hingga antara mereka menjadi mangsa bunuh secara tiba-tiba.
Menampilkan gandingan pelakon hebat seperti Geoffrey Arend, Bojana Novakovic, Bokeem Woodbine, Jenny O'Hara dan Logan Marshall-Green, Shyamalan berusaha membawa tarikan baru pada penyampaian plot yang dianggap klise pada genre sama yang pernah ditayangkan sebelum ini.
Jika dilihat pada kritikan yang diterima, filem arahan John Erick Dowdle ini masih mampu memberi kejutan pada penonton. Malah, ketakutan pada penonton dirasai apabila wujudnya pembunuhan dan siasatan mempercayai ada unsur syaitan yang mengganggu.
Melalui filem baru naskhah ke-11 yang ditulis Shyamalan berkata, idea menghasilkan filem ini hadir ketika mencari idea filem yang lalu. Lalu, apabila ada idea berbeza, dia berhasrat mengarah filem baru.
"Idea menghasilkan filem baru secara berkumpulan dan belajar daripada pengalaman orang lain memberikan pengalaman menarik yang dikongsi antara produser filem.
"Ada ketika, tiga idea hadir serentak tetapi ia tidak semestinya diterbitkan dalam versi trilogi. Ia mungkin boleh menjadi kisah bersiri pada masa akan datang.
"Seperti filem ini, ia suatu yang normal dikaitkan dengan elemen luar biasa atau ghaib. Kali ini, saya bekerjasama dengan Dowdle yang memberikan hasil cukup mengagumkan.
"Dalam menghasilkan filem ini, idea saya tidak hanya bergantung pada lif untuk menarik perhatian penonton. Saya tertarik dengan elemen fobia yang berlaku apabila kita berasa takut di sesuatu tempat.
"Menariknya, ketakutan bukan daripada individu itu tetapi tempat yang menjadikan suasana menjadi seram. Ketika penggambaran, memang banyak masa digunakan untuk pelakon berada di dalam lif.
"Penggambaran yang dilakukan dalam satu bangunan boleh menimbulkan perasaan klaustrofobia iaitu ketakutan berada di tempat sempit dan tertutup.
"Dowdle berjaya membawa filem ini dengan menggabungkan cara tersendiri. Mengikut idea asal saya, penyampaian filem ini lebih perlahan tetapi kerjasama ini menjadikan hasilnya begitu memuaskan hati," katanya.
Shyamalan berkata, pengalaman melihat pengarah lain mengendalikan filemnya memberikan suatu persepsi berbeza. Sebelum ini, dia sudah mengarah sembilan filem bermula Praying With Anger (1992) diikuti Wide Awake (1998), The Sixth Sense (1999), Unbreakable (2000), Signs (2002), The Village (2004), Lady In The Water (2006), The Happening (2008) dan The Last Airbender.
Namun, dia yang menulis skrip Stuart Little memberi kepercayaan kepada Rob Minkoff untuk mengarah.
Ahad, 5 September 2010
PHUA CHU KANG THE MOVIE Reg trailer : Sneaks from 6 Aug : Opens 12 Aug
Oleh FAIZAL SAHARUNI (KOSMO-ONLINE)
BAGI peminat setia susuk bernama Gurmit Singh atau lebih dikenali sebagai Phua Chu Kang, inilah masa terbaik untuk anda menyaksikan siri televisyen terkenal itu yang diangkat ke layar lebar.
Berbanding episod biasa yang ditonton sejak beberapa tahun lalu, filem tersebut menjanjikan lebih banyak humor dan ketawa. Selain aksi Phua Chu Kang, pemegang karakter lain juga pastinya bakal menggeletek hati audiens. Percayalah!
Phua Chu Kang The Movie
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: U
Genre: Komedi/Drama
Tayangan: 26 Ogos 2010
Durasi: 1 jam 39 minit
Pengedar: Ram Entertainment, Primeworks Studios
Pelakon: Charlie Tan, Gurmit Singh, Irene Ang, Lim Kay Siu dan Neo Swee Lin
Pengarah: Boris Boo
SEBAGAI seorang anak yang taat kepada keluarga, Phua Chu Kang berdepan dengan dilema apabila dipujuk oleh ibunya, Ah Ma lakonan Neo Swee Lin yang mahukan dia bersaing mendapatkan tender mengubahsuai rumah kebajikan orang tua, Heaven Can Wait. Organisasi itu sebenarnya dimiliki oleh seorang individu menjengkelkan, Lim Lau Pek (Henry Thua). Biarpun tidak mengetahui apa sebenarnya muslihat si ibu yang bersungguh-sungguh bagi mendapatkan projek itu, Phua Chu Kang bagaimanapun akur dengan permintaan Ah Ma apatah lagi selepas mendapat khabar pesaingnya Frankie Foo (Lim Kay Siu) juga berhajat mendapatkan kerja pengubahsuaian berkenaan.
P/S: ..don't play..play aah....

Sabtu, 4 September 2010
'Resident Evil: Afterlife' Trailer HD
Perjuangan Milla diteruskan
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff
2010/09/04
BERMULA dengan Resident Evil pada 2002, Milla Jovovich nampaknya bagai sudah terikat dengan francais berkenaan apabila tampil dalam tiga lagi filem sambungan, masing-masing Resident Evil: Apocalypse (2004), Resident Evil: Extinction (2007) dan Resident Evil: Afterlife, yang akan menemui penonton Malaysia pada 9 September ini.
Namun, aksi Milla tentu sekali berbeza dalam penampilan keempatnya sebagai wira berani mati apabila filem terbaru itu dibikin dengan menggunakan teknologi terbaru 3D.
"Saya benar-benar terpesona dengan apa yang saya saksikan setakat ini. Kami berhempas pulas ketika menghasilkan filem ini, jadi saya percaya penonton juga akan teruja apabila menyaksikannya nanti," katanya dalam satu temu bual baru-baru ini.
Wanita tinggi lampai yang juga model terkemuka dunia itu berkata, filem berkenaan yang dipersembahkan dalam bentuk 3D terkini membuatkan ia seperti betul-betul hidup.
"Tiada filem lain yang mampu menyaingi kehebatan visualnya kerana siri keempat Resident Evil akan membuatkan penonton berasa seperti berada di dalam filem itu sendiri.
Kami menggunakan teknologi 3D yang paling canggih dengan sebaik mungkin,"kata bintang berusia 34 tahun ini. Resident Evil: Afterlife akan menyaksikan Milla sekali lagi memegang peranan Alice, wanita berani yang berhasrat memusnahkan Umbrella Corporation, syarikat yang bertanggungjawab menukar manusia menjadi mayat hidup.
Pada ketika dia berusaha mencari mangsa yang terselamat, Alice mendapati dirinya terperangkap di kota Los Angeles yang kini dikuasai oleh beribu-ribu makhluk mengerikan itu, seterusnya berdepan cabaran tidak pernah dijangkakan.
"Saya sudah begitu terikat dengan watak Alice sekarang. Saya rasakan kami semua bagai satu keluarga. Filem ini sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya dengan segala latihannya, serta pengalaman ketika menjayakan pengembaraan terbabit. Ia sebuah kembara yang menyeronokkan," ujarnya. Selain daripada Milla, turut kembali beraksi ialah aktres Ali Larter yang melakonkan watak Claire Redfield, wanita yang terselamat daripada wabak menakutkan itu dalam filem sebelumnya.
"Alice dan Claire berkongsi ciri yang sama iaitu kedua-duanya adalah pejuang. Mereka akan cuba meneruskan kehidupan selama mana yang terdaya.
"Menjalani penggambaran filem terbaru ini memang memerlukan kami menjadi kotor, comot dan berdepan cabaran yang sungguh hebat. Namun begitu, kami cukup seronok kerana berpeluang melakukan sendiri babak ngerinya. Sebanyak mungkin kami cuba lakukannya sendiri. Ia sebuah filem yang memerlukan begitu banyak penggunaan fizikal, yang sebenarnya membuatkan kami berdua teruja," kata wanita yang turut dikenali menerusi siri Heroes ini.
Milla sememangnya bersetuju dengan pandangan aktres itu. Katanya, peluang diberikan pengarah untuknya melakukan babak melompat dan melakukan adegan gimnastik di udara umpama impian yang menjadi kenyataan.
"Pendek kata, filem ini menjanjikan sebuah hiburan yang penuh dengan aksi, paling gila, serta pengalaman hebat yang anda tidak pernah bayangkan daripada siri filem Resident Evil. Saya rasa, penonton akan sakit apabila menontonnya nanti," kata Milla lagi.
Diarahkan oleh Paul WS Anderson, filem ini turut dibintangi Kim Coates, Spencer Locke, Boris Kodjoe dan Shawn Roberts.
Dalam filem ini juga, buat kali pertama watak utama dalam permainan videonya, Chris Redfield, akan ditampilkan. Watak berkenaan dilakonkan bintang Prison Break, Wentworth Miller.
Penggambaran filem Resident Evil keempat ini berlangsung di Toronto pada September hingga Disember tahun lalu, menggunakan Sistem Kamera Campuran James Cameron. Filem yang dijangka sekali lagi meledakkan pawagam ini menelan belanja kira-kira RM187 juta untuk dihasilkan, dua kali ganda daripada peruntukan filem pertamanya.

Langgan:
Catatan (Atom)