Begitu banyak peluang yang ALLAH SWT berikan, yang Rasulullah SAW tunjukkan, untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina dan terburuk, kerananya. Semoga hadis-hadis cinta ini dapat membawa kita untuk sedikit demi sedikit memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang menerbangkan kita ke syurgaNya, insyaALLAH.
CINTA YANG MEMBERIKAN CAHAYA
Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba ALLAH itu ada satu golongan, mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada', tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka, tempat mereka di sisi ALLAH SWT. Kata para sahabat: "Khabarkan kepada kami siapa mereka?" Rasulullah SAW bersabda: "Mereka adalah satu kaum yang saling mencintai kerana ALLAH, bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan. Demi ALLAH, di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya. Ketika manusia takut, mereka tidak takut. Ketika manusia bersedih, mereka tidak bersedih. Dan mereka berkata, sesungguhnya wali-wali ALLAH tidak takut dan tidak sedih." - HR Abu Daud.
CINTA YANG MENGGUGURKAN DOSA
Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa kedua-duanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih di laut.- HR Tabrani.
CINTA YANG MEMBERIKAN KETEDUHAN
Sesungguhnya ALLAH SWT pada hari kiamat berfirman: Di manakah orang yang cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini Aku akan menaungi mereka pada hari yang tiada naungan melainkan naunganKu.- HR Muslim.
CINTA YANG BERBALAS CINTA
ALLAH SWT berfirman: Pasti akan mendapat cintaKu orang-orang yang cinta-mencintai kerana Aku, saling kunjung-mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku. - Hadis Qudsi.
KERANA CINTA, DICINTAINYA
Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di desa lain, lalu ALLAH SWT mengutus malaikat untuk mengekorinya. Tatkala malaikat menemaninya, malaikat berkata: "Kamu mahu ke mana?"
Ia menjawab: "Aku ingin mengujungi saudaraku di desa ini. "
Malaikat terus bertanya: " Apakah kamu akan memberikan sesuatu kepada saudaramu? "
Ia menjawab: "Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana ALLAH SWT. "
Malaikat berkata: " Sesungguhnya aku diutus ALLAH kepadamu, bahawa ALLAH mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut keranaNya." - HR Muslim.
TIGA CINTA YANG MANIS
Tiga perkara, yang barangsiapa memilikinya, ia dapat merasai manisnya iman, iaitu cinta kepada ALLAH dan Rasul melebihi cintanya kepada selain kedua-duanya, cinta kepada seseorang kerana ALLAH dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakan ke dalam api neraka. - HR Bukhari dan Muslim.
Dipetik daripada: La Tahzan.
P/S: ..semoga bermanfaat....
Jumaat, 15 April 2011
Rabu, 30 Mac 2011
Bankrup Di Usia Muda
Golongan Muda Muflis Kerana Kad Kredit
PETALING JAYA: Mereka muda dan mewah, tetapi lemah dalam pengurusan kewangan. Lebih buruk lagi apabila pada usia 30 tahun, mereka terpaksa menanggung hutang dan perlu mendapatkan bantuan profesional untuk mengeluarkan mereka daripada muflis.
Ketua Komunikasi dan Hal Ehwal Korporat Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Devinder Singh berkata, 15 peratus daripada lebih 39,600 individu yang menyertai program pengurusan kredit AKPK adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.
Beliau berkata, ramai golongan muda diisytiharkan muflis disebabkan oleh perbelanjaan berlebihan menerusi penggunaan kad kredit dan kegagalan mereka untuk mengikut peraturan asas dalam pengurusan kewangan yang bijak.
Tambahnya, individu terbabit tidak akan mengalami masalah hutang sekiranya jumlah pinjaman mereka tidak melebihi 40 peratus daripada perolehan kasar pendapatan bulanan.
"Orang ramai perlu mempelajari untuk membuat pengurusan kewangan dan berbelanja bersesuaian dengan kehidupan mereka.
"Jika mereka boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak 5 peratus seminggu, mereka boleh menjimatkan 20 peratus menjelang akhir bulan," kata Devinder yang menyifatkan cara berkenaan dapat membantu untuk membina kewangan asas yang kukuh.
Beliau mengulas laporan Bank Negara bahawa sebanyak 50 peratus daripada pemegang kad kredit yang diisytiharkan bankrap adalah mereka berusia di bawah 30 tahun.
Di bawah Akta Bankrap 1967, seseorang itu boleh diisytiharkan bankrap sekiranya mereka berhutang serendah RM30,000.
Devinder berkata, ramai individu gagal untuk menjelaskan pembayaran kerana pengurusan kewangan yang lemah dan tiada kawalan dalam penggunaan kad kredit.
"Mereka yang mempunyai masalah untuk menyelesaikan hutang-hutang perlu mencari bantuan awal sebelum sebarang faedah dikenakan ke atas mereka," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Penguna-Penguna Malaysia (Fomca), Datuk Pail Selvaraj turut menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan golongan muda yang diisytiharkan bankrap dan bersetuju bahawa kebanyakan mereka mengalami masalah berkenaan kerana tidak menguruskan penggunaan kad kredit dengan bijak.
"Apabila mereka diisytiharkan bankrap, kehidupan akan menjadi lebih sukar kerana nama mereka akan disenaraihitamkan di dalam data Sistem Rujukan Maklumat Kredit Pusat (CCRIS)," kata beliau yang menambah bahawa keadaan itu akan menggagalkan permohonan pembiayaan mereka secara automatik.
Paul berkata, kebanyakan golongan muda terperangkap dengan hutang kerana mereka hidup melebihi cara yang sepatutnya.
"Permulaannya, mereka begitu mudah terpengaruh terutama gaya hidup rakan-rakan.
"Namun mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan perbelanjaan dengan teratur sehingga menyebabkan kredit berlaku berterusan," katanya.
Beliau turut menyifatkan sikap mementingkan jenama di kalangan generasi muda menyebabkan mereka tidak mengambil peduli soal kemampuan dalam perbelanjaan.
"Mereka tidak mendapatkan kesannya ketika menggunakan kad kredit, tapi 'sakit'nya akan dirasai pada akhir bulan," tambahnya.
P/S: Elakkan dibelenggu muflis dengan perniagaan Internet..KLIK SINI
Selasa, 29 Mac 2011
Isnin, 28 Mac 2011
Halau jin pakai CD
Sumber: KOSMO online.
Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
“Ada rasa sakit kepala, dada, tulang belakang atau rusuk selepas waktu Asar?” soalnya pada pesakit lelaki berusia lewat 40-an itu.
Tebak Ahmad lagi setelah jawapan negatif diberikan, selalukah mendapat mimpi dipatuk ular, jatuh dari tempat tinggi atau berada di lokasi sunyi dan kotor?
Juga negatif jawapan pesakitnya, Ahmad menggunakan pula pendekatan refleksologi untuk mengesan gangguan jin dengan cara memicit telapak tangan, lengan, ibu jari kaki dan pelipat lutut.
Oleh kerana kesemua lokasi yang ditekan tidak meninggalkan sensasi mencucuk seolah-olah renjatan elektrik, pesakit tadi disahkan bebas daripada gangguan jin atau sihir.
“Mungkin rasa sakit-sakit dan lenguh badan ini disebabkan kecederaan lampau,” ujarnya menyampaikan resolusi.
Pengalaman selama lima tahun Ahmad dan keberkesanan rawatan terapi al-Quran membuatkan Ahmad dipercayai pesakit.
Menurutnya, terapi yang berteraskan Rukyah Assyariah iaitu ayat tertentu daripada al-Quran dan doa yang selari dengan syariat ini bukan bidang baru dalam perubatan Islam.
Memperoleh ilmu daripada gurunya di Kedah, Ustaz Abdul Malik Lazim, Ahmad berkata membacakan ayat-ayat Rukyah kepada pesakit adalah kaedah yang paling afdal dalam menyingkirkan jin daripada tubuh seseorang.
Panas
“Semasa dibacakan 20 ayat Rukyah, pesakit diminta memejamkan mata dan mendengar dengan tenang tetapi tidak dibenarkan mengikut bacaan tadi bagi memastikan ayat tersebut ‘masuk’ ke dalam badan."
“Selepas itu, hembus ubun-ubun pesakit begitu juga dua botol air mineral bersaiz besar yang disediakan pesakit setiap kali datang berubat,” katanya.
Tambah Ahmad, sebotol air tersebut perlu diminum pesakit selama tujuh hari manakala sebotol lagi dibuat mandi.
Ahmad menyifatkan semua gangguan jin sebagai satu bentuk sihir. Antara simptom terkena gangguan jin ialah pesakit akan kerap bersendirian, menangis, tubuh menggeletar, meracau, badan bertukar panas, terdapat seperti sesuatu bergerak di bawah lapisan kulit dan pitam.
Oleh sebab itulah, apabila anggota badan pesakit yang mendapat gangguan jin disentuh, lokasi jin melekat akan terasa panas dan menjadi keras.
Kekuatan serangan jin ke atas manusia berbeza-beza dan akan menjadi-jadi sekiranya kaedah menghalaunya berbaur syirik.
Jin berupaya masuk ke dalam badan seseorang menerusi liang roma atau anggota badan yang berongga.
“Tidak kiralah sama ada melalui rongga badan yang besar seperti hidung, telinga, mulut dan kemaluan, jin juga berupaya merasuk manusia menerusi liang peluh,” bicaranya.
Sehubungan itu, Ahmad menyarankan setiap premis ‘dipagar’ dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran bagi mengelakkan diganggu atau membuang sihir yang sedia ada.
“Laungkan azan di tengah-tengah premis atau rumah dengan menghadap ke arah kiblat dan renjiskan kawasan sekitar dengan air bacaan ayat Kursi,” katanya.
Ahmad turut mengesyorkan agar tiada gambar hidup digantung di dalam premis kerana gambar itu ibarat magnet yang menarik jin untuk singgah ke dalamnya.
“Simpanlah gambar di dalam album sahaja,” cadang Ahmad.
Dalam pada itu, terapi audio turut digunakan Ahmad dalam merawat pesakit yang terkena gangguan jin.
“Cakera padat (CD) yang mengandungi bacaan ayat-ayat Rukyah boleh dipasang setiap hari selama sebulan untuk mencegah daripada terkena sihir,” tegasnya.
Kereta
Amalan mendengar CD Rukyah di dalam kereta bagaimanapun tidak digalakkan kerana dikhuatiri membahayakan pemanduan.
“Jika badan kita kemungkinan mempunyai gangguan jin, ia akan menyebabkan seseorang mengantuk dan mengundang berlaku kemalangan,” katanya yang tidak menolak amalan memasang CD di dalam kereta bagi individu normal yang tidak diganggu jin.
Ahmad turut menjelaskan tiada halangan untuk seseorang merawat gangguan jin secara persendirian berbekalkan bacaan ayat-ayat Rukyah.
“Kes gangguan ringan bolehlah dibuat sendiri dengan cara memasang CD ayat-ayat Rukyah bersebelahan dengan tiga botol air mineral yang dibuka penutupnya.
“Setelah selesai, minum air tersebut sebanyak tiga kali setiap hari sehingga habis,” ujarnya.
Tambah Ahmad lagi, pelbagai manfaat diperoleh menerusi amalan membaca ayat-ayat Rukyah.
“Ayat-ayat Rukyah sifatnya menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri.
“Selain itu, ayat-ayat ini mampu mengurangkan pendarahan berpanjangan bagi wanita yang mengalami istihadah,” ungkapnya.
P/S: ..nak keluar pi cari CD Ayat-ayat Rukyah lepas nie...
Oleh KHAIRUL AMRI HASSAN
![]() |
| AHMAD menyifatkan ayat-ayat Rukyah sebagai menenangkan minda, penerang hati dan membersihkan aura diri. |
RUTIN harian Ahmad Husin, 35, seperti insan biasa lain. Usai bersarapan, pemegang diploma teknologi maklumat dari sebuah kolej tempatan ini bingkas bangun melayan pesakit yang bertandang ke premisnya yang terletak di hadapan Masjid Jumhuriyah, Taman Dato’ Haron, Petaling Jaya, Selangor.

Tidak Perlu Lapor POLIS Jika Hilang MYKAD
Sumber: KOSMO Online'
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.
"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.
"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini Isnin 28/03/2011.
P/S: ..hmm..okay jugak, iyatak?
PUCHONG - Jika sebelum ini orang ramai yang kehilangan MyKad atau pasport perlu membuat laporan polis namun kini mereka tidak perlu berbuat demikian.
Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, mereka yang kehilangan kedua-dua dokumen itu hanya perlu ke Jabatan Imigresen atau Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk membuat permohonan baru mulai 1 Mac lalu.
"Mengikut rekod sebanyak empat juta laporan polis telah dibuat sehingga hari ini.
"Kita tidak mahu lagi menyusahkan pihak polis dan mengambil inisiatif ini untuk membantu meringankan beban mereka," katanya selepas Majlis Penyerahan Pangkat Kehormat Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) di sini semalam.
Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini Isnin 28/03/2011.
P/S: ..hmm..okay jugak, iyatak?
Computer Vision SyndromE
Eye Become Discomfort When Work In Computer/Laptop
Computer Vision Syndrome describes a group of eye and vision related problems that result from prolonged computer use. Many individuals experience eye discomfort and vision problems when viewing a computer screen for extended periods. The level of discomfort appears to increase with the amount of computer use.
• Eye Strain
• Headaches
• Back/neck aches
• Blurred vision
• Double vision
• Dry eyes
• Irritated eyes
• Fatigue
Causes of Computer Vision Syndrome:
• Poor lighting
• Glare on the computer screen
• Improper viewing distances
• Poor seating posture
• Uncorrected vision problems
• A combination of these factors
1 Have your eye muscles tested once a year.
2 If you use contact lens, take care not to over wear the lenses.
3 Don’t be too close or too far from the monitor. Maintain a distance of 20-24(18-28) inches from the eye to display.
4 Adjust the monitor’s brightness, contrast and flicker rate as appropriate.
5 Use glasses with an anti-reflective coating.
6 Use indirect lighting and eliminate exterior light and reflections by closing drapes or blinds.
7 Take a break every 20 minutes and look outside your window or at a distant object for 20 seconds.
8 Make top of the monitor slightly farther from the eyes than the bottom of the monitor.
9 Make sure that use dark letters in a light background.
10 Blink at least 15 times per minute while working on the computer.
P/S: ..have U ever thought of this before...?

Computer Vision Syndrome (CVS) is "the complex of eye and vision problems related to near work which are experienced during, or related to, computer use." For the computer user, that translates to red, itchy, watery, irritated eyes, along with eye fatigue, difficulty focusing, and a variety of other problems.
Symptoms of Computer Vision Syndrome:
• Eye Strain
• Headaches
• Back/neck aches
• Blurred vision
• Double vision
• Dry eyes
• Irritated eyes
• Fatigue
Computer Vision Syndrome symptoms are usually temporary during times of visually intense computer tasks.
Causes of Computer Vision Syndrome:
• Poor lighting
• Glare on the computer screen
• Improper viewing distances
• Poor seating posture
• Uncorrected vision problems
• A combination of these factors
Preventing Computer Vision Syndrome:
1 Have your eye muscles tested once a year.
2 If you use contact lens, take care not to over wear the lenses.
3 Don’t be too close or too far from the monitor. Maintain a distance of 20-24(18-28) inches from the eye to display.
4 Adjust the monitor’s brightness, contrast and flicker rate as appropriate.
5 Use glasses with an anti-reflective coating.
6 Use indirect lighting and eliminate exterior light and reflections by closing drapes or blinds.
7 Take a break every 20 minutes and look outside your window or at a distant object for 20 seconds.
8 Make top of the monitor slightly farther from the eyes than the bottom of the monitor.
9 Make sure that use dark letters in a light background.
10 Blink at least 15 times per minute while working on the computer.
P/S: ..have U ever thought of this before...?
Labels:
~ HiDUP SiHAT~,
English Articles,
Info dan Tip
Ahad, 27 Mac 2011
SUKAN BADMINTON-Cara nak menyeronokkan lagi sukan ini
Permainan BADMINTON memang satu permainan yang menarik. Apatah lagi Pemain No.1 dunia kini disandang oleh Wira kita iaitu Dato' Lee Chong Wei..iya tak?
Tapi sekarang saya nak tunjukkan ada cara yang lebih MENARIK untuk kita semua bermain Badminton ini.
Kalau tak caya..cuba tengok video kat bawah sana nun...he he he..
Tapi sekarang saya nak tunjukkan ada cara yang lebih MENARIK untuk kita semua bermain Badminton ini.
Kalau tak caya..cuba tengok video kat bawah sana nun...he he he..
P/S: Haa..amacam? Ada "BRAN" kaa..hehe he.....
Langgan:
Catatan (Atom)