Assalamualaikum warahmatullah dan salam sejahtera,
Tidak dapat kita nafikan, salah satu sifat semulajadi manusia ialah suka menyalahkan orang lain terlebih dahulu, sebelum mencari kesalahan sendiri. Ada sahaja yang tidak kena pada pandangan matanya.
Mungkin kesalahan itu kecil sahaja dan tidak disengajakan, tetapi bagi dirinya, kesalahan tetap kesalahan dan ianya perlu diambil tindakan. Seolah-olah manusia tidak pernah membuat kesalahan, termasuk dirinya sendiri. Ironisnya, bila kesalahan itu terkena pada batang hidungnya sendiri, dia pandai pula mencari alasan. Sekalipun alasan itu tidak kukuh, namun dia tetap berasa bahawa dirinya patut dikecualikan daripada peraturan yang sedia ada. Sebab, dia mempunyai kuasa dan peraturan adalah di bawah penguasaannya.
Inilah yang banyak berlaku dan akhirnya, berlakulah perasaan tidak puas hati di kalangan orang sekeliling atau orang bawahannya. Kebiasaannya, orang seperti inilah yang mempunyai umur yang panjang. Kenapa ya? Adakah umur yang panjang sebegini diberkati-Nya? Fikir-fikirlah sendiri.
Kalau hendakkan sesuatu, dia pasti berusaha sehingga berjaya memperolehinya. Tidak kira sama ada caranya boleh menyusahkan orang lain, asalkan segala cita-citanya tercapai. Puas hatinya. Manusia seperti ini hanya berpaksikan kepada kekuatan dirinya sendiri, bukan bekerja secara berpasukan. Yang mustahak, matlamatnya tercapai. Ðia berasa bangga dan percaya, untuk kekal di tangga yang teratas, dia perlu bersifat keras dan ‘kurang bertimbang rasa’. Jenis manusia seperti ini memang ada di luar sana, mungkin jumlahnya ramai juga, mana tahu tersesat di pejabat kita, mungkin juga saya atau ANÐA sendiri!
Kebiasaannya untuk mengisi keperluan hidup, manusia sering terlupa untuk memikirkan kebajikan orang lain. Ðia hanya memberi fokus kepada dirinya sendiri sahaja. Ini yang banyak berlaku dalam masyarakat kita. Kisah isteri dizalimi atau dianiaya suami, suami di‘queen-control’ oleh isteri, ibu mendera anak, bapa seperti ikan haruan yang memakan anak sendiri, anak derhaka, orang kaya menipu si miskin, orang bawahan ditindas orang atasan, Parti Perut mengutuk Parti Mulut dan 1001 macam lagi perlakuan tidak sihat yang seumpamanya banyak disiarkan dalam drama tempatan yang disiarkan di saluran tv kita.
Saya percaya anda pernah menonton filem Ibu Mertuaku, lakonan Allahyarhamhu Tan Sri P.Ramlee. Lihat bagaimana ibu mertuanya berkata kepada Kassim Selamat, “muka tidak tahu malu, habis harta anakku kau kikis... nyah engkau dari sini!” Sepatutnya sebagai orang tua berusia, budi bahasanya semakin tinggi tetapi nampaknya jauh menyimpang. Beliau ego, sombong dan penipu pula! (kubur orang lain dikhabarkannya sebagai kubur Sabariah demi menutup kesalahannya)
Persoalan di atas sengaja dikemukakan di sini, demi memberi keinsafan terhadap diri kita sendiri. Kita jarang memandang dan menghitung setiap kesalahan serta kelemahan diri kita sendiri. Kita sering berpendapat bahawa kita sahaja yang sentiasa betul, dan orang lain pula sentiasa salah. Ðalam forum atau e-grup pula, kita sering balah-berbalah, kutuk-mengutuk atau cantas-menyantas pendapat dengan orang lain, sehingga ada yang tegar menyerang peribadi lawannya akibat buruk sangka. Acap kali pula, kita sering ‘memaksa’ orang lain juga bersetuju dengan pendapat kita. Kita juga sering berasa selesa di atas sikap dan tindakan kita.
Setelah berlaku sesuatu (peristiwa) yang mampu memberi keinsafan kepada diri kita, barulah kita sedar, akhirnya. Mungkin di kala itu, nasi sudah menjadi bubur. Orang yang selama ini kita aniayai, sudah tiada lagi di dunia ini lagi. Mungkin di kala itu, usia semakin lanjut dan tenaga pula sudah semakin berkurangan. Sekurang-kurangnya, kita insaf di kala masih hidup lagi dan itu lebih baik dari tidak mempunyai keinsafan langsung (sehingga ke akhir hayat, nauzubillah).
Pernahkah anda membaca kisah-kisah keadilan Khalifah Saidina Umar r.a.? Diceritakan, suatu hari, Umar berdiri di atas mimbar Masjid Nabi sambil menyampaikan khutbah melarang (tidak menggalakkan) meninggikan mahar. Ðan datang seorang wanita muslimah berkata, “Adakah setelah Allah memberikan kami mahar, dan kau menghalangnya Umar?” Berkata kembali Umar, “Apakah ia?”….. Kemudian wanita itu membacakan firman Allah dari surah an-Nisaa’ ayat 20 yang bermaksud, “Ðan jika kamu ingin mengganti isterimu dengan isteri yang lain, sedang kamu telah memberikan kepada seorang daripada mereka harta yang banyak, maka janganlah kamu mengambil balik sedikit pun darinya. Apakah kamu akan mengambilnya kembali dengan jalan tuduhan yg dusta dan dengan menanggung dosa yang nyata?” Ðan terdiam Umar seketika, mengamati ayat itu, dan mendapati dia telah silap. Ðan Umar berkata kepada seluruh manusia yang mendengar khutbah itu, “Telah salah Umar, dan benarlah wanita ini.”
Kedudukannya sebagai pemimpin tertinggi pada masa itu tidak membuatkan Umar malu untuk mengakui kesilapannya. Saidina Umar r.a. juga sering menangis di waktu malam, apabila teringat segala kesalahan silamnya. Meskipun beliau adalah di antara 10 orang sahabat yang disebut oleh Rasulullah SAW dengan jaminan syurga, namun di hatinya sentiasa tersirat perasaan takut dan menyesal di atas setiap kesalahannya. Siapalah kita berbanding dengan beliau, jauh kambing panggang dari api!
Oleh itu saya suka menyeru diri saya sendiri dan para rakan2 yang sempat meluangkan masa membaca entry kali ini, supaya mengambil sikap ‘muhasabah diri’. Mari kita periksa diri kita terlebih dahulu sebelum bertindak menyalahkan orang lain. Mungkin kekecewaan yang selama ini kita deritai adalah berpunca dari sikap kita sendiri.
Tidak semua orang suka dikritik, dan begitu juga tidak semua orang pandai mengkritik. Silap haribulan, yang dikritik menyimpan dendam dan berusaha pula membalas dendamnya. Mengkritik sememangnya mudah, apatah lagi kesalahan orang tersebut berlaku di depan matanya. Cuba kalau dirinya berada di tempat yang sama, sudah tentu dia melompat. Justeru itu, meminta diri untuk dikritik adalah memerlukan kekuatan yang luar biasa dan anda seharusnya bersedia. Yang sebaik-baiknya adalah mengkaji kesilapan sendiri, itupun kalau mampu kita nampak, tetapi kebiasaannya kita jarang menyedari kesilapan sendiri.
Setelah mengenal pasti segala sifat jelek yang terdapat dalam diri kita, maka binalah azam untuk berubah. Sewajarnya kita berasa kecewa, sekiranya sikap kita masih tidak berubah. Bagaimanapun, segala-galanya haruslah dibuat dengan ikhlas dan berterusan. Percayalah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun dan Allah SWT sangat mencintai orang yang sedang berusaha ke arah membaiki dirinya sendiri.
“Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan keras, yang tidak derhaka pada Allah terhadap apa yang Ðia perintahkan kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (QS 66:6)
Renungilah kata-kata ini : “Pastikan bahawa setiap pergerakan kita adalah dibuat kerana Allah dan justeru itu menjadikan setiap saat kita bernafas adalah sentiasa dalam ibadat dan dalam rahmat Allah.” ~ Mohd Huzairi Zainuddin
Semoga kita semua tabah mengharungi ujian hidup dan berbahagia bersama seisi keluarga di bawah keredhaan-Nya. Amiin.
Rujukan asal : Mohd Huzairi bin Zainuddin
Kredit to: Bawang Goreng.
P/S: ...semoga bermanfaat....

Tiada ulasan:
Catat Ulasan