Selasa, 18 Januari 2011

~ PaY PAL?? ~

a) Apa itu Paypal?
Paypal ialah satu kemudahan yang boleh kita gunakan secara PERCUMA untuk menerima wang dan menghantar wang secara elektronik.

b) Menerima Wang:
Sekiranya anda mempunyai akaun Paypal, anda boleh menerima wang daripada seseorang dengan 2 cara iaitu samada:
i- mereka menghantar wang (Send Money) kepada alamat emel anda ATAU
ii- anda meletakkan butang pembayaran di dalam laman web anda (jika anda menjual produk) dan mereka membuat bayaran kepada anda.
Apabila pembayaran berlaku, duit tersebut akan terus masuk ke dalam akaun PayPal anda.

c) Menghantar Wang atau Membuat Pembelian di Internet:
Sekiranya anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh menghantar wang kepada seseorang melalui alamat emel beliau. Mana-mana alamat emel boleh menerima wang daripada PayPal.
        Cuma jika penerima tersebut masih belum mempunyai akaun PayPal, maka beliau perlu membuka akaun PayPal tatkala ingin menerima wang tersebut.
        Anda juga boleh membuat bayaran menggunakan PayPal sekiranya anda ingin membuat belian daripada mana-mana laman web yang menyediakan kemudahan bayaran PayPal. Bayaran tersebut akan ditolak daripada baki akaun PayPal anda (jika ada). Sekiranya akaun PayPal anda tiada baki duit @ duit baki tidak mencukupi, maka bayaran akan dicaj pada kad kredit anda. (Dalam kes ini, anda perlu mendaftarkan kad kredit anda di PayPal terlebih dahulu..)

d) Syarat-syarat nak buka akaun PayPal:
1- Sesiapa pun boleh buka (semua rakyat Malaysia hari ni sangat-sangat digalakkan memiliki akaun PayPal)
2- Caj bayaran untuk buka akaun PayPal – PERCUMA jer.
3- Perlu ada kad kredit ker? Untuk membuka akaun Paypal TAK PERLU ada kad kredit. Tetapi jika anda ingin membeli barang dari mana-mana laman web yang ada kemudahan bayaran guna PayPal dan baki dalam akaun PayPal anda tidak mencukupi atau duit dalam akaun Paypal belum ada lagi, maka anda perlu ada kad kredit dan anda perlu mendaftarkan kad kredit anda bagi PayPal membuat caj kepada kad kredit anda nanti.
Kredit To: Tuan Aridz.








Tiada ulasan:

Catat Ulasan