Ahad, 2 Januari 2011

~ LUCU-InsiDen KapalTerBang BerLepas ~

Sebuah pesawat komersial baru saja berlepas dari lapangan terbang Subang. Sebaik saja ia memasuki altitud penerbangan yang selesa, Kapten yang bertugas lantas membuat pengumuman melalui interkom sambil berkata.."Tuan2 dan Puan, ini Kapten anda bercakap, Selamat datang ke pesawat penerbangan 123, penerbangan tanpa henti dari Subang ke KLIA. Cuaca pada waktu ini adalah sangat baik dan semestinya penerbangan kita akan lebih lancar hingga sampai ke destinasi. Sekarang anda bolehlah berehat, tenangkan diri dan.....ALAMAK!!! OHH TIDAAAKKK!!!!!!!
Keadaan tiba-tiba menjadi sunyi-sepi.
 Kemudian, Kapten pesawat kembali membuat pengumuman menerusi interkom sambil berkata, "Tuan2 dan Puan2..saya mohon maaf sekiranya saya telah membuat anda semua terkejut sebentar tadi! Sebenarnya semasa saya sedang bercakap tadi, flight attendant sedang membawakan saya secawan kop lalu tertumpah keatas peha saya. Habis bahagian depan seluar saya basah!!"
Seorang dari penumpang pesawat berkata dengan selamber dan kuat.. ''Itu takper lagi...cuba dia tengok belakang seluar saya!!''









Tiada ulasan:

Catat Ulasan