Jumaat, 25 Mac 2011

Jangan main- main dengan masalah kewangan, boleh menyebabkan sakit jiwa

"..aduh..TENSION nyer..."
Keluar daripada masalahh kewangan dengan perniagaan no 1 di Malaysia


PAKAR Psikologi menjangkakan krisis ekonomi yang mendorong kepada pembuangan kerja dan pengangguran seperti yang berlaku kebelakangan ini bakal meningkatkan lagi risiko penyakit kemurungan di kalangan masyarakat iaitu antara cabang masalah kesihatan mental. Jangkaan berkenaan berpandukan kepada corak pertambahan masalah kemurungan ketika negara dilanda krisis ekonomi sekitar 1990-an, apabila masalah kemurungan atau tekanan dengan ciri kemurungan meningkat antara 10 hingga 20 peratus. Justeru, persediaan awal perlu dilakukan bagi menyedarkan masyarakat mengenai kemurungan termasuk petanda penyakit dan kepentingan mendapatkan rawatan.

Presiden Persekutuan Psikiatri dan Kesihatan Mental ASEAN (AFPMH), Prof Dr Mohamad Hussain Habil, berkata kemurungan yang tidak dirawat menyebabkan pesakit menderita sendirian, hilang keupayaan untuk hidup serta mendorong rasa untuk membunuh diri sebagai langkah keluar daripada masalah yang membelenggu.

"Malangnya tidak semua pesakit tahu mengenai penyakit dihadapi dan akhirnya gagal mendapatkan rawatan sewajarnya kerana tidak berjumpa pakar psikiatri. Hakikatnya dianggarkan 10 hingga 15 peratus pesakit yang mendapatkan rawatan di klinik biasa sebenarnya mengalami kemurungan.

Memandangkan doktor berkenaan gagal mengenal pasti penyakit sebenar, mereka tidak mendapat rawatan sempurna. Kebanyakan hanya datang berjumpa pakar psikiatri apabila keadaan mereka sudah teruk," katanya.

Beliau berkata, rawatan yang diberikan oleh doktor bukan pakar hanya boleh merawat gejala secara sementara seperti sakit badan atau sakit kepala yang lazim berlaku seiring dengan masalah kemurungan. Malah ia juga boleh menyebabkan pesakit ketagih kepada ubat seperti ubat tidur. Lebih malang, sesetengahnya sanggup mendapatkan rawatan bomoh apabila masih mengalami kemurungan.

"Stigma juga menghalang pesakit mendapat rawatan sempurna. Ramai menganggap seseorang itu gila kalau berjumpa pakar psikiatri walaupun sebenarnya banyak masalah mental yang tidak ada kaitan dengan gila.

Tidak kurang juga yang menganggap kemurungan sebagai masalah biasa. "Ada perbezaan antara kemurungan dengan kesedihan. Kemurungan menjadi satu penyakit apabila kesedihan yang dialami berpanjangan sehingga lebih dua minggu. Gejala lebih teruk apabila ada perasaan ingin membunuh diri. Kedua, masalah gangguan hidup seperti tidak boleh bekerja, tidak boleh melakukan aktiviti keluarga seperti menjaga anak atau memasak dan ketiga, menyebabkan kesengsaraan sehingga membabitkan anak-anak dan keluarga," katanya.

Kajian The Malaysian Burden of Disease and Injury pada 2000, melaporkan kemurungan sebagai penyebab kedua utama ketidakupayaan di kalangan wanita Malaysia dengan kira-kira 12.7 peratus terjejas dan pada tempat kedua dalam segmen lelaki yang mana 7.2 peratus hidup dalam keadaan tidak berupaya disebabkan penyakit itu. Menjelang 2020, kemurungan menjadi punca kedua kehilangan upaya, pekerjaan dan pembelajaran selepas penyakit jantung, diikuti dengan kemalangan jalan raya di tempat ketiga.

Dr Hussain ditemui pada bengkel media bertema, Hari Kesakitan dan Kemurungan Malaysia Pertama anjuran Eli Lily (M) Sdn Bhd bersama AFPMH dan Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA). Bengkel bertujuan menjelaskan kesan kemurungan di samping membincangkan kepentingan diagnosis awal dan betul itu turut dihadiri Presiden MPA, Dr Yen Teck Hoe dan tiga pakar psikologi Pusat Perubatan Universiti Malaya, Dr Ting Joe Hang, Dr Nor Zuraida Zainal dan Dr Jesjeet Singh Gill.

Dr Yen berkata, kemurungan disebabkan ketidakseimbangan dua bahan kimia dalam otak dan badan iaitu serotonin dan noradrenalin. Ia boleh berlaku kepada sesiapa saja tanpa mengira usia dan jantina, tetapi dengan petanda berbeza. Selain akibat tekanan seperti kehilangan kerja dan masalah kewangan, kemurungan juga boleh diwarisi daripada keturunan.

"Kemurungan tidak mengenal sesiapa, malah nama besar seperti Abraham Lincoln, Winston Churchill, Princess Diana, Brooke Shields dan Jim Carrey pernah mengalaminya. Brooke Shields misalnya, berjaya pulih daripada kemurungan selepas melahirkan bayinya. Ini menunjukkan tiada diskriminasi akibat kemurungan. Antara petanda yang perlu diperhatikan seperti hilang minat terhadap aktiviti yang sebelum ini menyeronokkan, sukar tidur, mudah marah, hilang tumpuan, menjadi lembab dan hilang atau pertambahan selera makan," katanya.

Kajian juga menunjukkan kemurungan lebih kerap terjadi di kalangan wanita berbanding lelaki dengan nisbah 2:1. Antara puncanya, perubahan tahap hormon ketika pusingan haid, kehamilan, selepas bersalin dan menopaus.

Wanita menunjukkan kemurungan dengan gejala seperti putus asa, manakala lelaki pula cenderung menerusi kemarahan dan panas baran.

Prof Dr Nor Zuraida Zainal, berkata ada hubung kait yang tinggi antara kemurungan dengan penyakit kronik seperti barah, jantung, strok dan parkinson. Penyakit kronik menyebabkan jiwa tertekan dan menjejaskan psikologi pesakit dan menyebabkan kemurungan.

"Kesakitan menyebabkan kemurungan dan kemurungan juga menyebabkan kesakitan. Kemurungan boleh memburukkan lagi penyakit dan menjejaskan fizikal yang mengganggu keberkesanan rawatan penyakit kronik. Pesakit dengan kemurungan lazimnya menunjukkan tanda seperti kehilangan atau pertambahan berat badan, lesu, insomnia atau sukar tidur. Mereka yang mengalami sakit pada badan seperti sakit pinggang atau belakang juga mungkin adalah petanda awal kemurungan. Kira-kira 50 peratus kemurungan dikenal pasti dengan petanda ini," katanya.









Tiada ulasan:

Catat Ulasan