Sabtu, 26 Mac 2011

Lokasi-Lokasi Yang "PALING.." Dalam Dunia

TEMPAT PALING SEJUK DIDUNIA

Antartika terdiri daripada enam benua paling besar di dunia yang kawasannya sangat luas iaitu sekitar 14 juta km² yang mana 98% bahagian besarnya diliputi oleh ais. Sejuk bebeno tempatnya....

TEMPAT PALING PANAS DIDUNIA


Tempat paling panas di dunia ialah Gurun Sahara. Gurun Sahara terletak di bahagian utara benua Afrika mempunyai keluasan 9 juta km² dan merupakan gurun pasir terluas di dunia.



TEMPAT PALING TINGGI DI DUNIA

Pegunungan Mount Everest atau biasanya disebut sebagai Sagamatha merupakan puncak tertinggi di dunia. Tingginya sekitar 8,850 meter atau 29,035 kaki dari aras laut. Nama Sir George Everest merupakan nama yang di pakai untuk puncak tersebut sebagai tanda penghormatan. Puncak ini membentang antara Sagarmatha Nepal hingga Tibet di China.


SUNGAI TERPANJANG DI DUNIA

Sungai Nill merupakan sungai paling panjang di dunia, sungai ini melalui 9 negara di benua Afrika. Aliran sungai Nil dibagi dua iaitu Sungai Nil Putih (The White Nile) dan Sungai Nil Biru (The Blue Nile). Pada awalnya sungai Nil Putih ini merupakan aliran dari danau victoria, Uganda kemudian mengalir sampai ke Sudan dan Mesir. Sedangkan Sungai Nil Biru bermula dari Danau Tana, Ethiopia dan mengalir hingga ke Zaire, Kenya,Rwanda,Tanzania dan Burundi. Sungai Nil ini mempunyai panjang sekitar 5,584 km atau 3,470 batu.



BATU KARANG TERBESAR DI DUNIA

Barrier Reef merupakan batu karang yang paling besar di dunia yang terdiri dari 3,000 jenis individu batuan karang kecil dan 900 yang berbentuk pulau-pulau kecil. Barrier Reef ini terletak di lautan Australia yang mempunyai panjang 2,600 km dan mempunyai luas sekitar 344,400 km².

GUNUNG BERAPI AKTIF PALING BAHAYA DI DUNIA

Gunung Kilauea merupakan gunung yang berada di kepulauan Hawaii. Apabila tiba masanya meletus gunung ini mengeluarkan 90% lavanya yang panas.


P/S: ...pssstt..poket teman yang "paling cepat kering" didunia ..selalunya..he he he..jangan bagi tau orang lain ok?  ha ha ha...









Tiada ulasan:

Catat Ulasan