AL-Qur’an di turunkan sebagai petunjuk tentang perkara-perkara yang tidak diketahui oleh manusia. Di antara kandungan Al-Qur’an, terdapat ayat yang menceritakan tentang LEBAH yang merupakan suatu keajaiban untuk menyelongkar khazanah yang terlalu bernilai. Kemajuan sains yang amat menakjubkan tidak berupaya merungkai rahsia khazanah lebah yang bekerja mengeluarkan madu sebagai UBAT BAGI MANUSIA.
Walaupun pakar-pakar dari barat tidak pernah memberi saranan khusus kaedah perubatan menggunakan madu yang di hasilkan dari lebah, namun lebah tetap mendapat perhatian dimana usaha menternak lebah madu di merata dunia terus digiatkan dari masa ke semasa. Tidaklah keterlaluan jika usaha mendalami isi kandungan Al-Qur’an dan memberi tumpuan yang berterusan untuk menjadi manusia yang sentiasa menghargai ayat-ayat Allah. Antara ayat-ayat Allah itu termasuklah ayat yang Allah S.W.T. MEWAHYUKAN kepada lebah untuk membuat tempat tinggalnya. Ayat tersebut bermaksud “Buatlah sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan tempat yang disediakan oleh manusia. Kemudian makanlah dari tiap-tiap jenis bunga-bungaan dan buah-buahan, serta tempuhilah jalan yang Tuhanmu yang telah dimudahkanNya kepadamu. Dari perut lebah itu keluarlah minuman madu yang bermacam-macam warnanya sebagai PENAWAR (ubat) bagi manusia. Demikianlah Allah member perumpamaan bagi mereka-mereka yang mahu berfikir”. (An-Nahl:69)
Al-Qur’an sebagai wahyu Ilahi yang tidakpernah ketinggalan zaman kerana fungsi Al-Qur’an itu sendiri adalah sebagai PETUNJUK yang sentiasa mengatasi zaman. Zaman boleh berlalu, boleh berubah namun Al-Qur’an tetap kehadapan, tidak berubah dan kekal sebagai mukjizat teragung dari dulu hingga kini dan untuk selamanya.
Walaupun Al-Qur’an menyebut tentang lebah pada sekitar 1400 tahun lampau, namun tidaklah diketahui dengan tepat sejak bila madu mula digunakan. Bagaimanapun, lebah telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir sejak 300 tahun SM. Firaun ketika itu, menggunakan lambang lebah yang dibuat dari rumput-rumput kering sebagai symbol pakaian rasmi kerajaannya.
Di Sepanyol, telah ditemui ukiran-ukiran berbentuk lebah di atas batu besar, yang dipercayai telah wujud sekitar 15000 sebelum Masihi. Madu telah digunakan sejak zaman berzaman sebagai bahan utama perubatan samada digunakan secara “madu sahaja” atau madu yang dicampur dengan bahan-bahan tertentu.
Tetapi apa yang penting disini ialah : Allah telah mengisytiharkan bahawa madu adalah PENAWAR kepada pelbagai penyakit dan juga ubat kepada manusia. Tidak ada sesuatu yang sama khasiatnya dengan madu ataupun hampir menyamai apatah lagi melebihinya. Justeru itu, marilah kita menjadi hamba yang sentiasa mensyukuri nikmatNya dengan mengambil segala manfaat dari kurniaanNya.
“Madu Adalah Anugerah Ilahi Yang Nikmatnya Tidak Terhingga Dan Wajiblah Disyukuri Oleh HambaNya Yang Mengaku Beriman”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan