Ahad, 28 Mac 2010

7 "Lubang BESAARRR PUNYA" Di Dunia..!"

Gambar lubang-lubang besar ini bukan saja menarik malah ada sesetengah amat menakutkan sekali! Kehebatan lubang-lubang ini sesekali mengingatkan kita akan betapa manusia sanggup merosakkan BUMI demi ini demi NAMA,HARTA & KEKAYAAN!

#1. Kimberly Big Hole-South Africa

Lombong Berlian galian tangan terbesar setakat ini, dengan kedalaman 1097meter pernah menghasilkan lebih 3 tan batu permata sehingga ditutup pada 1914.


#2. Glory Hole-Montecello Dam-California

Glory Hole berfungsi bila simpanan air melebihi had takungan,terbesar didunia untuk kategori empangan "spill away". Keluasaannya mampu menakung air sebanyak 14,400 cubic feet sesaat.


#3. Bingham Canyon Mine-Utah

Salah satu lombong galian manusia terbesar didunia, penggalian bermula sejak 1863 dan masih berjalan hingga kini, semakin membesar hingga mencapai ribuan batu jauh kedalam dan 2.5 batu lebarnya.


#4. Great Blue Hole-Belize

Fenomena Geografi hebat ini juga dikenali sebagai "Lubang Biru Hebat", terletak sejauh 60 batu dari Tanah Besar Belize. Terdapat banyak lubang2 besar lain didunia..namun tiada satu pun yg dapat menandingi kehebatan "Lubang Biru Hebat" ini...


#5. Mirny Diamond Mine-Siberia

Terkenal dgn lombong berlian terbesar didunia, kedalam 525 dgn diameter 1,200 meter, juga diistihar sebagai "NO FLY ZONE" kerana banyak helikopter pernah terhempas disana.


#6. Diavik Mine-Canada

Lombong ini cukup besar @ luas hingga dikawasan sekitarnya mampu dibina sebuah lapangan terbang dan landasan yang besar untuk kegunaan pesawat Boeing 737. Ia cukup hebat dengan pemandangan persekitarannya yang dikelilingi air laut yang tenang!


#7. Sink Hole In Guatemala.

Berlaku di Guatemala beberapa tahun lalu..mengakibatkan kerosakan yang massive..memusnahkan beberapa buah rumah kediaman dan mengorbankan 3 nyawa!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan