Khamis, 17 Jun 2010

~ ...JuST 3 WorDS... ~

Miss Anne seorang cikgu perempuan yang mengajar Bahasa Inggeris untuk murid-murid kelas Tahun 1.
Dia bagi assignment kat murid-murid suruh cari 3 ayat Inggeris dan kemukakan
pada hari Isnin nanti.

Ketika dalam perjalan pulang, Labu salah seorang anak murid cikgu itu
ternampak sepasang suami isteri keluar dari kereta dan sedang menjerit pada
satu sama lain. Dia terdengar lelaki tu menjerit "Shut up you !!". Apabila
sampai di rumah dia bertanya kepada bapanya, "shut up you" tu Bahasa Inggeris
ke? Bapa dia jawab, iye. Dapat dah satu perkataan, kata Labu di dalam hati.

Lepas mandi dan makan, dia tengok tv cerita Superman. Masa superman
nak terbang dia kata "Superman !!!" dia tanya bapa dia lagi, Superman tu
Bahasa Inggeris dan bapa dia kata yes. Dua perkataan dah, kata Labu.

Lepas tengok tv, dia ke perpustakaan, dia ternampak ada seorang lelaki
dan seorang perempuan sedang bertengkar berebut buku. Perempuan itu kata
"Ladies first" balik rumah dia tanya lagi dan bapa dia kata itu pun Bahasa
Inggeris. Ah, lega nya kata Labu.


Hari Isnin dia ke sekolah, cikgu tanya dia tentang perkataan baru.


Cikgu: OK boys, did you get the words?

Labu: Yes, teacher.

Cikgu: Good, what is your first word...Labu?

Labu: Shut up you !!!

Cikgu: What did you say? Are you mad? Who do you think you are?

Labu: Superman !!!

Cikgu: Bloody fool! Get out from this class

Labu: Ladies First!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan