Rabu, 15 September 2010

~Sebenarnya Aidil Fitri~



Sememangnya sejak akhir2 ini jika kita perhatikan, ramai diantara kita yang begitu ghairah menantikan berakhirnya bulan Ramadhan dan kedatangan bulan Syawal yang membawa bersama Hari Raya Aidil Fitri. Sekali gus membawa kebebasan untuk mereka kembali melakukan dosa dan mengingkari perintah Allah swt. Malah pada Hari Raya Aidil Fitri itu sendiri pun ada yang telah mula lupa diri dan berpesta hanya kerana untuk meraikannya. Kita harus ingat bahawa meraikan Hari Raya bukanlah dengan cara untuk terus berbuat dosa dan pembaziran, tapi sebaiknya adalah dengan mengingati Allah swt dan bersyukur kepada Nya atas segala limpah kurnia dan rahmat Nya ke atas kita semua. Mari kita lihat kepada makna sebenar dan kehebatan Aidil Fitri agar dapat sama-sama kita melaluinya dengan sempurna.


Aidil Fitri adalah hari untuk meraikan dan mengembirakan untuk semua umat2 Islam. Pada hari ini umumnya, seluruh umat Islam mendirikan Solat Sunat Aidil Fitri 2 rakaat, saling ziarah-menziarahi, saling bersalam-salaman, bermaaf-maafan, memuliakan tetamu dan bersedekah kepada fakir-miskin dan juga yang memerlukan. Islam menggalakkan kita mengeratkan pertalian siratul-rahim (ibu dan bapa terutamanya), melindungi fakir-miskin, membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban dan kesusahan anak2 yatim. Hulurkan bantuan sedaya mungkin dan tidak seharusnya mereka dilupakan terutamanya di hari mulia..Hari Raya Aidil Fitri. Kerana itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kita umat Islam supaya bersedekah dan berzakat fitrah sebelum menunaikan solat sunat Aidil Fitri dan tidak akan melupakan saudara seagama kita yang lain sekali gus membawa kegembiraan kepada mereka jua.

Tidak menjadi kesalahan untuk kita merayakan Aidil Fitri dengan penuh meriah. Tetapi sebelum itu cuba kita renungkan sejenak, berfikir malah bertanyalah kepada diri ita sendiri, “Adakah kita sudah melalui bulan Ramadhan dengan cukup kesempurnaan dan penuh kemuliaan seperti yang sepatutnya? Sudah cukupkah amalan kita dalam mengagungkan bulan Ramadhan seperti yang sepatutnya?” Terutamanya dalam 10 malam terakhir kita telah dianugerahkan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih mulia dan baik dari seribu bulan. Sudahkah kita memanfaatkannya sebaik mungkin? Jika tidak, ia sungguh amat merugikan…MASYAALAH.

Aidil Fitri bukanlah bermakna kita mesti berpakaian cantik, makan segala makanan yang enak dan bergembira berterusan semata-mata! Meraikan Aidil Fitri membawa simbol kepada kita dalam meningkatkan keimanan; menyedari salah dan silap; meninggalkan amalan yang buruk dan menggantikan dengan amalan yang baik; memperbaiki diri secara rohani dan jasmani . Aidil Fitri memang mesti dirayakan dan dalam kita merayakannya, Allah SWT juga mesti diingati. Baik dalam masa suka dan duka, Allah SWT semestinya tidak dilupakan! Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Mereka2 yang terawal akan dipanggil ke Syurga pada hari Akhirat kelak ialah mereka2 yang mengingati Allah SWT dimasa suka dan duka.”

Akhir kata, semoga kita semua di berikan segala Taufik dan Hidayah dalam merayakan Aidil Fitri tahun ini, Mohon dihindarkan juga kita dari segala dugaan dan dosa…terutamanya juga segala amalan kita didalam bulan Ramadhan yang lalu agar diterima sepenuhnya oleh Allah SWT. Amin!!

Eraininfinity





Tiada ulasan:

Catat Ulasan