Susu Kambing? Mengapa dengan Susu Kambing? Kenapa tidak susu lembu..susu kuda ataupun susu unta..!?? Sebenarnya seperti mana yg kebanyakan dari kita fahami, binatang KAMBING ini ada di sebut-sebut dalam Al-Qur'an dan Hadis Nabi kita Muhammad SAW. Malah sebelum baginda diangkat menjadi Rasul, Nabi SAW sendiri adalah pengembala kambing. Dan diantara minuman susu kegemaran Nabi SAW sendiri ialah susu kambing.
"..Dan binatang-binatang ternak itu. Ia juga menciptakannya untuk kamu, terdapat padanya benda-benda yang memanaskan tubuh dari sejuk dan beberapa faedah lain, dan daripadanya juga kamu makan."
Surah An-Nahl Ayat 5.
Begitulah Wahyu dari Allah SWT menceritakan tentang nikmat yg telah diberikan kepada kita, diantaranya iaitu binatang-binatang ternakan dan hasil-hasil daripadanya..termasuklah SUSU KAMBING itu sendiri!
APA KELEBIHAN SUSU KAMBING INI?
-Susu Terbaik Selepas Susu Ibu!
Ia tidak menyebabkan alahan. Membantu sistem imunisasi tubuh-badan. Bersifat alkali. Meningkatkan daya kepekaan tumpuan dan daya ingatan. Membantu sistem penghadaman. Menguatkan jisim tubuh yang sihat(tulang, otot, sendi, kulit dan tisu saraf), Tingkatkan tenaga batin dan Sesuai untuk awet muda.
FAKTA-FAKTA YG PERLU DIKETAHUI!
-Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein)penyebab utama kepada alahan.
-Kandungan Gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbnding susu lembu:-
*Protein 2.1 kali ganda
*zat besi 2.0 kali ganda
*Vitamin A 3.8 kali ganda
*Kalsium 2.2 kali ganda
*Potassium 2.1 kali ganda
*Garam Galian 2.0 kali ganda
-Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding susu lembu.
-Molekul Lemak dalam susu kambing juga lebih halus dan mudah dihadamkan.
-Pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
-Sama seperti susu ibu PH susu kambing beralkali berbanding susu lembu yang berasid.
FAKTA SEJARAH!
~NABI ADAM - Bemulanya Human Civilization (Tamadun Manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang yang pertama dalam sejarah manusia!
~NABI IBRAHIM - Merupakan penternak kambing yang agong, terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing-kambingnya. Berlakunya peristiwa SEDEKAH (kambing) terbesar dalam sejarah Islam.
~NABI ISA - Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israil-Bangsa Yahudi (satu bangsa yg dikenali cerdik) mengamalkan minuman susu kambing sehingga kini.
~NABI MUHAMMAD SAW - Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah SAW adalah juga susu kambing segar, iaitu langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas'ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu'aith)
~PERISTIWA ISRA' DAN MIKRAJ - Nabi Muhammad SAW telah disediakan dengan 3 jenis minuman oleh JIBRAIL iaitu Arak, Madu dan Susu Kambing ("minuman terbaik didunia selepas susu Ibu")
SIAPA YANG MEMERLUKAN SUSU KAMBING INI?
-IBU YANG MENGANDUNG/MENYUSUKAN ANAK:-
Khasiat Penting, Tenaga Pemulihan, Cegah Demam Kuning.
-PARA PELAJAR:-
Kecerdasan Minda, Peka & Penumpuan, Sistem Imunisasi Badan.
-AHLI SUKAN:-
Sumber Tenaga & Stamina Segera, Kekuatan Otot & Tulang.
-KANAK-KANAK:-
Cerdas Minda, Tumbesaran, Cirit-Birit, Alahan & Sistem Imunisasi Badan.
-WARGA TUA:-
Tenaga, Penyembuhan Luka, Masalah Sendi, Tulang Rapuh, Penyakit Lupa & Nyanyuk.
-PENDERITA PENYAKIT:-
Usus, Perut, Fungsi Sel Imunisasi, Pemulihan Selepas Pembedahan, HIV/AIDS & Sebagainya.
Oleh itu tidak di nafikan bahawa susu kambing adalah minuman susu yang terbaik berbanding dengan minuman-minuman yang lain.
Ramai yang telah menjadikan susu kambing minuman kesihatan mereka..Anda bagaimana?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan