Khamis, 29 April 2010
~KTMB - PERKENALKAN KOC BARU KHAS UNTUK WANITA~
(gambar hiasan)
Assalamualaikum!
Alhamdulillah. .. Jazakallahu khairan... Jutaan terima kasih diucapkan kepada K.T.M.B. atas kesedaran dan perlaksanaan kemudahan sebegini untuk kaum wanita. Rujuk koc-wanita. Syabas juga untuk KTMB kerana perihatin dan bertimbang-rasa kepada pengguna wanita yang rata-ratanya menjadi penyumbang utama kutipan bayaran tiket KTMB!
Berikut info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 27/04/2010 :
Koc Komuter khusus untuk wanita bermula esok
KUALA LUMPUR: Buat pertama kali Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang mulai esok.
Gerabak yang bertemakan "Wanita Sahaja Sepanjang Masa" boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter. Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.
"Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain," menurut kenyataan KTMB.
Statistik KTMB menunjukkan 60% pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.
Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang adalah koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.
Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki. - Bernama
Lagi info yang dipetik dari BHarianOnLine Selasa 28/04/2010 :
KTM perkenal koc khas untuk wanita
KUALA LUMPUR: Keretapi Tanah Melayu (KTM) Komuter memperkenalkan koc khas untuk wanita mulai hari ini (28/04/2010) bertujuan memberi lebih keselesaan dan menjamin keselamatan penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual dan bersesak dengan penumpang lelaki.
Gerabak berkenaan yang beroperasi sepanjang hari bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang berada di bahagian tengah komuter menggunakan tema ‘Wanita Saja Sepanjang Masa, Ladies Only At All Times’ dan dibezakan dengan pelekat khas berwarna merah jambu.
“Pelanggan akan dapat mengenali gerabak ini melalui pelekat khas dipamerkan di tingkap, pintu dan koc. Manakala di stesen, penumpang boleh mengenal pasti lokasi pemberhentian gerabak wanita melalui kain rentang dipamerkan di platform dan tiang yang diwarnakan merah jambu,” menurut kenyataan dikeluarkan KTM Bhd, semalam.
Menurut kenyataan itu, pengguna wanita yang mewakili 60% pengguna KTM Komuter tidak diwajibkan menggunakan gerabak khas itu dan boleh memilih menggunakan gerabak biasa.
P/S - Secara peribadinya..perkara sebegini sepatutnya dah dipraktikkan sejak dari awal lagi..walau bagaimanapun.."it's better late than never" iya tak!??
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan