Selasa, 5 Oktober 2010

~ HD lima kali ganda lebih terang ~

Oleh HARYATI KARIM
KOSMO! Online.
TELEVISYEN besar, leper, nipis dan dilengkap dengan sistem definasi tinggi atau HD kini menjadi trend. Ucap selamat tinggal kepada televisyen definasi standard (SD) dan selamat datang kepada televisyen dengan sistem HD.
Buat penonton yang mempunyai pengalaman menonton televisyen dalam bentuk HD, sudah pasti mengerti kepuasan yang diperoleh berbanding dengan televisyen biasa.
Bercakap lebih lanjut mengenai HD, perintis sistem HD dalam isi rumah di Malaysia iaitu stesen televisyen berbayar Astro telah memperkenalkan sistem HD kepada pelanggannya menerusi Astro B.yond.

Mungkin ramai orang di luar sana menganggap, jika mereka mempunyai televisyen yang dilengkapi sistem HD maka setiap program yang ditonton secara automatik bertukar ke sistem HD. Sebenarnya itu adalah tanggapan yang salah.

"KEJAYAAN sistem HD tidak hanya terletak kepada kamera, tetapi juga merangkumi semua kepakaran dan aspek dalam pembikinan sesebuah produk. LEBIH besar angka yang tertera pada resolusi, maka lebih jelas visual yang akan diperoleh."

Menurut Ketua Pegawai Operasi Strategi, Kandungan dan Pemasaran Astro, Henry Tan, yang ditemui pada majlis pelancaran tiga saluran baru HD baru-baru ini, kebanyakan orang keliru dengan apa itu HD yang sebenarnya.
 “HD memberikan penonton kualiti visual dan bunyi yang lebih baik serta visual lima kali ganda lebih jelas berbanding televisyen biasa dalam bentuk SD.

“Walaupun mereka mempunyai televisyen dalam bentuk HD tetapi tidak mempunyai dekoder seperti Astro B.yond, mereka masih tidak merasai pengalaman menonton dalam bentuk HD yang sebenar kerana ia umpama menonton VCD dalam televisyen HD.

“Dekoder Astro B.yond adalah untuk menghantar kandungan program dalam bentuk definasi tinggi kerana hanya menerusi Astro B.yond rancangan-rancangan yang diterbitkan dibikin dalam sistem HD seratus peratus. Ini bermakna penonton memerlukan televisyen HD dan dekoder Astro B.yond serentak untuk menonton program televisyen dalam bentuk HD,” kata Henry.

Kos tinggi
Astro B.yond yang mula diperkenalkan sejak Disember tahun lalu mendapat sambutan positif daripada pelanggan Astro.
Meskipun begitu, ramai yang tidak tahu untuk membikin program dalam bentuk HD sepenuhnya ia satu proses yang rumit dan melibatkan kos yang agak tinggi.

Kata Naib Presiden Perniagaan Melayu Astro, Khairul Anwar Salleh, keseluruhan tenaga produksi harus diubah untuk menepati piawaian sistem HD.
Bukan hanya kamera HD tetapi juga gaya lampu, solekan dan dandanan dan segala aspek teknikal lain perlu diubah.

“Ramai yang ingat kalau pakai kamera HD, semua akan jadi HD, sebenarnya tidak. Sistem HD memerlukan kepakaran dalam bentuk HD. Gaya solekan perlu ditukar supaya menjadi lebih nipis dan menggunakan teknik dan alat solek khas, kalau tidak segala bedak yang tidak rata akan jelas kelihatan.

“Begitu juga dengan pakaian, harus diteliti sebaik mungkin. Tidak boleh ada sebarang cacat cela, begitu juga jika di televisyen SD sebarang calar yang kecil mungkin tidak kelihatan, tetapi di sistem HD semuanya jelas lima kali ganda. Ini bermakna semua benda yang ingin ditonjolkan dalam televisyen harus dalam keadaan baik.
“Jadi, tenaga produksi harus bekerja dua kali ganda berbanding menjalani penggambaran untuk sistem biasa iaitu SD,” ulas Khairul.
Tambah Henry, setakat hari ini, Astro telah mempunyai 12 saluran dalam bentuk HD dan akan ditambah dari semasa ke semasa.

Malah, pihaknya juga sudah mula memberi peluang kepada produksi tempatan untuk menghasilkan program dalam bentuk HD.

“Pihak kami sudah mula buka peluang kepada mereka yang mampu hasilkan drama atau program dalam bentuk HD. Seperti baru-baru ini ada beberapa judul untuk tayangan slot Suatu Ketika yang dibikin dalam HD kami tayangkan semula untuk penonton Astro B.yond,” katanya.

Sungguhpun, kos pembikinan sesuatu program HD agak mahal berbanding program biasa, tetapi pihak Astro sanggup melabur duit demi kualiti yang memuaskan.

“Kosnya agak mahal, kami juga membayar lebih mahal kepada produksi yang membikin program HD kerana kos pembikinannya bukan murah. Kami tidak ralat melabur duit asalkan pelanggan berpuas hati dan berharap selepas ini lebih banyak produksi tempatan mempunyai kemampuan untuk terbitkan program dalam bentuk HD,” tuturnya.

Mengatakan proses penerimaan sistem HD di Malaysia amat pantas berbanding negara Asia yang lain, Henry tidak menolak dalam jangka masa beberapa tahun akan datang kebanyakan televisyen di Malaysia sudah bertukar ke sistem HD.
“Dalam masa setahun, kami sudah mempunyai 500,000 pelanggan B.yond berbanding tiga juta pelanggan Astro. Kita kena lihat juga penjualan televisyen HD di Malaysia kini baru

P/S: ...I LOVE I.T. TECHNOLOGY

Tiada ulasan:

Catat Ulasan