Sumber - Berita Harian Online.
Inspira dilancar November
Model Inspira yang ditawarkan dengan dua kapasiti enjin iaitu 1.8 liter dan 2.0 liter itu didatangkan dalam empat warna iaitu merah, hitam, perak dan putih.
Pengarah Urusan Kumpulannya, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir, berkata harga jualan bagi model Inspira kelas bawah dianggarkan pada RM79,888 seunit dan tidak melebihi RM95,000 seunit bagi model peringkat tinggi.
“Pelancaran Inspira antara usaha meningkatkan keupayaan teknologi syarikat untuk muncul sebagai pengeluar kereta global,” katanya pada majlis pengumuman nama Inspira bagi model terbaru PROTON itu dan pelancaran tidak rasminya di Subang Jaya, semalam.
Syed Zainal berkata, Inspira juga menjadi model pertama Proton yang dilengkapi dengan teknologi MIVEC (Mitsubishi Innovative Valve timing Electronic Control system) yang dapat meningkatkan prestasi enjin pada setiap kelajuan.
PROTON katanya, menyasar menjual 1,600 unit sebulan bagi model sedan terbarunya itu.
Syed Zainal berkata, susulan daripada pelancaran Inspira, PROTON akan menghentikan pengeluaran model Waja.
Beliau berkata, pelancaran Inspira yang dibangunkan dengan kerjasama Mitsubishi Motor Corporation (MMC) itu juga sejajar dengan falsafah PROTON untuk terus memperkenalkan kereta berkualiti pada harga berpatutan.
Mengenai pemilihan nama Inspira, Syed Zainal berkata, ia berasal daripada perkataan ‘Inspirasi’ yang menepati inspirasi PROTON.
Inspira diilhamkan kakitangan bahagian kejuruteraan elektrik PROTON, Saiful Yazan Nasir.
P/S: Satu lagi keluaran hasil reka bentuk dan ciptaan anak tempatan yg boleh dibanggakan.....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan