Rabu, 15 September 2010

~Ring Tones Ayat Qur'an Hukumnya HARAM!?~

To:All Muslim Brothers



Fatwa: - Saudi Council of Muftis have given an unanimous Fatwa,"Ring tones on QURAAN AYAAT are Haraam because the AYAAT are not complete when we pick up the phone and the meanings of the AYAAT change when they are no completed.QURAAN is for HIDAYATH and are nor for "RING TONES".Please inform all our Muslim brothers and sisters as well be advised".

Don't say "MOSQUE",always say "MASJID".Because the Islamic Organizations have found as "MOSQUE" =" MOSQUITOES".

Don't write "MECCA".Always write correctly as "MAKKAH" because "MECCA =HOUSE OF WINES".

Don't write "MOHD".Always write completely as "MUHAMMAD" because "MOHD=THE DOG WITH BIG MOUTH".

Forward this to many MUSLIM as you can. =)
 
Semoga Bermanfaat!







~Gambar-Gambar MenariK~

Anda boleh buat macam ni tak..??

Ganasnya....taknak guna pensil laa lepas nie...hu hu hu..

"Alamak..lupa laa pulak nak bawak payung terjun tadi..aduss!."


alamak..bocor lagi...

tak payah beli bola lagi lepas nie...baik tanam je...

Nah amik aku..dusyhumm..dusyhumm.!!

~HA HA HA HA~








~Sebenarnya Aidil Fitri~



Sememangnya sejak akhir2 ini jika kita perhatikan, ramai diantara kita yang begitu ghairah menantikan berakhirnya bulan Ramadhan dan kedatangan bulan Syawal yang membawa bersama Hari Raya Aidil Fitri. Sekali gus membawa kebebasan untuk mereka kembali melakukan dosa dan mengingkari perintah Allah swt. Malah pada Hari Raya Aidil Fitri itu sendiri pun ada yang telah mula lupa diri dan berpesta hanya kerana untuk meraikannya. Kita harus ingat bahawa meraikan Hari Raya bukanlah dengan cara untuk terus berbuat dosa dan pembaziran, tapi sebaiknya adalah dengan mengingati Allah swt dan bersyukur kepada Nya atas segala limpah kurnia dan rahmat Nya ke atas kita semua. Mari kita lihat kepada makna sebenar dan kehebatan Aidil Fitri agar dapat sama-sama kita melaluinya dengan sempurna.


Aidil Fitri adalah hari untuk meraikan dan mengembirakan untuk semua umat2 Islam. Pada hari ini umumnya, seluruh umat Islam mendirikan Solat Sunat Aidil Fitri 2 rakaat, saling ziarah-menziarahi, saling bersalam-salaman, bermaaf-maafan, memuliakan tetamu dan bersedekah kepada fakir-miskin dan juga yang memerlukan. Islam menggalakkan kita mengeratkan pertalian siratul-rahim (ibu dan bapa terutamanya), melindungi fakir-miskin, membantu mereka yang memerlukan dan meringankan beban dan kesusahan anak2 yatim. Hulurkan bantuan sedaya mungkin dan tidak seharusnya mereka dilupakan terutamanya di hari mulia..Hari Raya Aidil Fitri. Kerana itulah sebabnya Rasulullah SAW menganjurkan kita umat Islam supaya bersedekah dan berzakat fitrah sebelum menunaikan solat sunat Aidil Fitri dan tidak akan melupakan saudara seagama kita yang lain sekali gus membawa kegembiraan kepada mereka jua.

Tidak menjadi kesalahan untuk kita merayakan Aidil Fitri dengan penuh meriah. Tetapi sebelum itu cuba kita renungkan sejenak, berfikir malah bertanyalah kepada diri ita sendiri, “Adakah kita sudah melalui bulan Ramadhan dengan cukup kesempurnaan dan penuh kemuliaan seperti yang sepatutnya? Sudah cukupkah amalan kita dalam mengagungkan bulan Ramadhan seperti yang sepatutnya?” Terutamanya dalam 10 malam terakhir kita telah dianugerahkan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih mulia dan baik dari seribu bulan. Sudahkah kita memanfaatkannya sebaik mungkin? Jika tidak, ia sungguh amat merugikan…MASYAALAH.

Aidil Fitri bukanlah bermakna kita mesti berpakaian cantik, makan segala makanan yang enak dan bergembira berterusan semata-mata! Meraikan Aidil Fitri membawa simbol kepada kita dalam meningkatkan keimanan; menyedari salah dan silap; meninggalkan amalan yang buruk dan menggantikan dengan amalan yang baik; memperbaiki diri secara rohani dan jasmani . Aidil Fitri memang mesti dirayakan dan dalam kita merayakannya, Allah SWT juga mesti diingati. Baik dalam masa suka dan duka, Allah SWT semestinya tidak dilupakan! Sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Mereka2 yang terawal akan dipanggil ke Syurga pada hari Akhirat kelak ialah mereka2 yang mengingati Allah SWT dimasa suka dan duka.”

Akhir kata, semoga kita semua di berikan segala Taufik dan Hidayah dalam merayakan Aidil Fitri tahun ini, Mohon dihindarkan juga kita dari segala dugaan dan dosa…terutamanya juga segala amalan kita didalam bulan Ramadhan yang lalu agar diterima sepenuhnya oleh Allah SWT. Amin!!

Eraininfinity





Selasa, 14 September 2010

~Mutiara Al-Qur'an~ 1 Hari 1 Juz (Juz 30/30 Ramadhan 1431)

Khatam Al-Quran dalam Sebulan
Pesanan Rasulullah s.a.w. kepada Abdullah bin Amru Al-Ash:
"Khatamkanlah Al-Quran setiap bulan."
(RS150; Bukhari, Muslim)


Juz 30, 30 Ramadan 1431

566. Dan Kami jadikan tidurmu untuk istirahat, dan Kami jadikan malam sebagai pakaian, dan Kami jadikan siang untuk mencari penghidupan. (An-Naba’, 78 : 9-11)

567. Itulah hari yang pasti terjadi. Maka barang siapa yang menghendaki, nescaya ia menempuh jalkembali kepada Tuhannya. (An-Naba’, 78 : 39)

568. Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggal (nya). (An-Naazi’aat, 79 : 40&41)

569. Tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya (dari dosa). atau dia (ingin) mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu memberi manfaat kepadanya? (‘Abasa, 80 : 3&4)

570. Al-Quran itu tiada lain hanyalah peringatan bagi semesta alam, (iaitu) bagi siapa di antara kamu yang mahu menempuh jalan yang lurus. Dan kamu tidak dapat menghendaki (menempuh jalan itu) kecuali apabila dikehendaki Allah, Tuhan semesta alam. (At-Takwiir, 81 : 27-29)

571. Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan yang mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. (Al-Infithaar, 82 : 10-12)

572. Sesungguhnya orang-orang yang berdosa, adalah mereka yang dahulunya (di dunia) menertawakan orang-orang yang beriman. Dan apabila orang-orang yang beriman lalu di hadapan mereka, mereka saling mengedip-ngedipkan matanya. (Al-Muthaffifiin, 83 : 29-30)

573. Hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju Tuhanmu, maka pasti kamu akan menemui-Nya. (Al-Insyiqaaq, 84 : 6)

574. Dan apabila Al-Quran dibacakan kepada mereka, mereka tidak bersujud. (Al-Insyiqaaq, 84 : 2
575. Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana orang-orang mukmin itu beriman kepada Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji. (Al-Buruuj, 85 : 8)

576. Bahkan yang didustakan mereka itu ialah Al-Quran yang mulia, yang (tersimpan) dalam Lauh Mahfuzh. (Al-Buruuj, 85 : 21&22)

577. Sesungguhnya Al-Quran itu benar-benar firman yang memisahkan antara yang hak dan yang batil, dan sekali-kali bukanlah dia senda gurau. (Ath-Thaariq, 86 : 13&14)

578. Dan Kami akan memberi kamu taufik kepada jalan yang mudah, oleh sebab itu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat, orang yang takut (kepada Allah) akan mendapat pelajaran, orang-orang yang celaka (kafir) akan menjauhinya. (Al-A’laa, 87 : 8-11)

579. Banyak muka pada hari itu berseri-seri, merasa senang kerana usahanya, dalam syurga yang tinggi, tidak kamu dengar di dalamnya perkataan yang tidak berguna. (Al-Ghaasyiyah, 88 : 8-11)

580. Adapun manusia apabila Tuhannya mengujinya lalu dimuliakan-Nya dan diberi-Nya kesenangan, maka dia berkata: "Tuhanku telah memuliakanku". Adapun bila Tuhannya mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata: "Tuhanku menghinakanku". (Al-Fajr, 89 : 15&16)

581. Dan kamu mencintai harta benda dengan kecintaan yang berlebihan. (Al-Fajr, 89 : 20)

582. Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredai-Nya. Maka masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku. (Al-Fajr, 89 : 27-30)

583. Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan. Maka tidakkah sebaiknya (dengan hartanya itu) ia menempuh jalan yang mendaki lagi sukar?. (Al-Balad, 90 : 10&11)

584. Dan dia termasuk orang-orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (Al-Balad, 90 : 17)

585. Dan jiwa serta penyempurnaannya (ciptaannya), maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu, dan sesungguhnya merugilah orang yang mengotorinya. (Asy-Syams, 91 : 7-10)

586. Sesungguhnya usaha kamu memang berbeda-beda. Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertakwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah. (Al-Lail, 92 : 4-7)

587. Dan terhadap nikmat Tuhanmu maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (dengan bersyukur). (Adh-Dhuhaa, 93 : 11)

588. Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap. (Alam Nasyrah, 94 : 5-8)

589. Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya (neraka), kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh; maka bagi mereka pahala yang tiada putus-putusnya. (At-Tiin, 95 : 4-6)

590. Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan, Dia telah menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dan Tuhanmulah Yang Maha Pemurah, Yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. (Al-‘Alaq, 96 : 1-5)

591. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Quran) pada malam kemuliaan. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. (Al-Qadr, 97 : 1-5)

592. Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang demikian itulah agama yang lurus. (Al-Bayyinah, 98 : 5)

593. Barang siapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarrah pun, nescaya dia akan melihat (balasan) nya pula. (Az-Zalzalah, 99 : 7&8)

594. Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya menaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran. (Al-Ashr, 103 : 1-3)

595. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang solat, (iaitu) orang-orang yang lalai dari solatnya, orang-orang yang berbuat ria. dan enggan (menolong dengan) barang berguna. (Al-Maa’uun, 107 : 4-7)

596. Untukmulah agamamu dan untukkulah agamaku". (Al-Kaafiruun, 109 : 6)

597. Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan. Dan kamu lihat manusia masuk agama Allah dengan berbondong-bondong, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penerima taubat. (An-Nashr, 110 : 1-3)

598. Katakanlah: "Dia-lah Allah, Yang Maha Esa, Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu. Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan, dan tidak ada seorang pun yang setara dengan Dia". (Al-Ikhlash, 112 : 1-4)

599. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan Yang Menguasai subuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan wanita-wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki". (Al-Falaq, 113 : 1-5)

600. Katakanlah: "Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. Raja manusia. Sembahan manusia. dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia. dari (golongan) jin dan manusia. (An-Naas, 114 : 1-6)

Khamis, 9 September 2010

~SUARA HADITHS~Sembahyang Hari Raya.


Daripada Abi Said al-Khudri, r.a. katanya: “Biasanya Nabi Muhammad SAW keluar ke tanah lapang pada hari raya Aidil Fitri dan Aidil Adha, maka perkara yang mula-mula dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan sembahyang (sembahyang hari raya) kemudian (setelah selesai sembahyang), Baginda bangun mengadap orang ramai (untuk berkhutbah) sedang mereka (jamaah) tetap duduk dalam saf masing-masing, lalu Baginda menasihati mereka dan berwasiat (supaya mereka sentiasa bertaqwa) serta menyuruh mereka (tetap taat mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala larangannya).”

(al-Bukhari)


Huraian :

1. Sembahyang hari raya Aidil Fitri (dan juga Aidil Adha) sunat dilakukan secara berjamaah sama ada di tanah lapang, di dalam masjid dan sebagainya.

2. Khutbah hari raya Aidil Fitri hendaklah dilakukan sesudah mengerjakan sembahyang, di mana para jamaah hendaklah tetap duduk dalam saf masing-masing dan mendengar pengajaran khutbah yang disampaikan oleh khatib.

Sumber: Jakim.

~Keikhlasan..bezakan Amalan & Ibadat~

Kesediaan jiwa tinggalkan hawa nafsu tanda ketaatan, kepatuhan



Kesediaan jiwa tinggalkan hawa nafsu tanda ketaatan, kepatuhan


IBADAT dalam Islam adalah kemuncak sifat kepatuhan dan ketundukan kepada Allah yang juga pengiktirafan keagungan Tuhan disembah. Menerusi ibadat, umat Islam dapat berhubung dan mendekatkan diri kepada Allah (hubungan menegak). Ibadat juga memberi kesan mendalam antara perhubungan manusia sesama manusia dan dengan makhluk lain (hubungan mendatar) di dunia ini.


Pengertian ibadat dalam al-Quran cukup luas, tidak terbatas kepada perkara difardukan saja, malah meliputi semua perkara dilakukan dengan ikhlas. Allah berfirman bermaksud: “Dan mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah dengan memurnikan (mengikhlaskan) ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama dengan lurus.” (Surah al-Bayyinah, ayat 5)

Ikhlas kunci bagi segala bentuk amalan dan penanda yang membezakan antara ibadat dengan adat. Jadi, sesuatu amalan dilakukan penuh keikhlasan dikategorikan sebagai ibadat, meskipun tidak mempunyai perintah secara langsung dalam al-Quran dan hadis.

Menurut al-Quran, kehidupan di dunia satu kesatuan yang wujud di dalamnya hanyalah semata-mata mengabdikan diri kepada Allah. Oleh itu, Islam menetapkan supaya seluruh cara hidup manusia dipelihara supaya menjadi ibadat dan sebagai tanda kepatuhan kepada Allah.

Hal ini dijelaskan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali menghendaki sebarang rezeki pemberian dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku. Sesungguhnya Allah (Dialah) saja Yang Memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya, dan Dialah saja) Yang Mempunyai Kekuasaan yang tidak terhingga, lagi Yang Maha Kukuh kekuasaan-Nya.” (Surah al-Zariyat, ayat 56-58)

Perlu dijelaskan setiap tindakan dilakukan seseorang Muslim dalam kehidupan berkait rapat dengan akidahnya untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.” (Surah al-An’am, ayat 162)

Oleh itu, kita mestilah memastikan segala ibadat dilakukan mempunyai hubungan secara langsung dengan Allah. Malah ia asuhan dan didikan mendekatkan diri kepada Allah serta mencintai-Nya.

Muslim yang berdiri di hadapan Allah untuk menunaikan solat fardu atau sunat dalam keadaan penuh suci lagi khusyuk, adalah didikan praktikal mencetuskan hubungan secara langsung dengan Allah serta memberi kesan mendalam terhadap jiwanya.

Seseorang Muslim sentiasa berada dalam keadaan berjuang melawan hawa nafsunya sehingga sampai ke tahap merasakan nikmat berhubungan serta mendekatkan diri kepada Allah. Maka, pada ketika itu solat baginya adalah pertemuan dinanti-nantikan dan di situlah ketenangan serta kerehatan.

Rasulullah SAW menemui ketenangan dalam solat. Biasanya apabila Baginda SAW ditimpa sesuatu masalah, maka Baginda akan segera mengerjakan solat sambil berkata kepada Bilal: “Berikan kerehatan kepada kami wahai Bilal.”

Jelas menunjukkan perasaan seorang ‘abid (hamba) yang mendapati solat itu pertemuan antaranya dengan Allah.

Ibadat zakat adalah penyempurnaan kepada matlamat solat iaitu mendapatkan kejayaan di dunia dan akhirat. Pada dasarnya zakat disyariatkan untuk menyucikan jiwa seseorang Muslim daripada segala akhlak yang keji. Jadi, dengan mengeluarkan zakat bermakna seseorang Muslim itu sudah membersihkan jiwa dan hartanya daripada kekotoran seterusnya sebagai tanda bersyukur atas kenikmatan rezeki dikurniakan Allah.

Selain itu, ibadat puasa dapat menumpukan usaha pembersihan dan pentarbiahan jiwa dengan menjauhi perkara mungkar semata-mata untuk mendekatkan diri kepada Allah. Pada Ramadan seseorang Muslim dapat merasakan keagungan nikmat Allah yang dianugerahkan kepada manusia, iaitu al-Quran yang diturunkan untuk mengeluarkan manusia daripada kejahilan kepada keimanan. Justeru, waktu malamnya dihabiskan untuk beribadat, merenungi serta bersyukur kepada Allah.

Dalam menunaikan ibadat haji pula, seseorang Muslim merasakan dirinya menjadi tetamu Allah serta merasai keagungan nikmat-Nya. Untuk menghadiri rumahnya yang mulia itu, kita seharusnya membersihkan rohani daripada segala kotoran dan menggunakan perbelanjaan harta yang bersih.

Begitulah didikan secara praktikal untuk menyintai Allah dan mendekati-Nya. Kesediaan jiwa meninggalkan perkara amat diingini dan disayanginya tanda kepatuhan dan ketaatan kepada Allah. Inilah dikatakan ihsan dan Rasulullah SAW sendiri pernah ditanya Malaikat Jibril mengenai maksud ihsan lalu Baginda menjawab: “Bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, jika engkau tidak melihat-Nya (sekalipun) sebenarnya Ia melihat engkau.” (Hadis Muttafaq ‘Alaih)

Sehubungan itu, beribadat perlu dalam keadaan hati merasai kehadiran Allah, membuang dan melupakan kesibukan dunia buat sementara waktu. Beribadat dalam keadaan seperti inilah yang dianjurkan Rasulullah SAW. Sabda Baginda SAW yang bermaksud: “Allah tidak memandang kepada solat seorang lelaki yang dikerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya.”

Al-Hasan al-Basri pula menjelaskan: “Setiap sembahyang yang tidak disertai kehadiran hati, maka ia lebih hampir kepada seksaan.”

Di samping itu, kita mestilah beribadat dalam keadaan sentiasa ingin menambahnya, tidak berasa cukup dan tidak pula terlalu mudah berpuas hati.

P/S: Semoga bermanafaat

~GAGAL..untuk berjaya...~

              

Jangan takut dengan kegagalan, penderitaan dan kesengsaraan. Selagi kita tidak berputus asa, maka kejayaan semakin menghampiri.

Kegagalan adalah satu proses pembelajaran yang sangat penting. Setiap kali gagal kita dirangsang untuk berusaha lebih kuat dan semakin hampir dengan kejayaan. Kejayaan dan kegagalan sentiasa silih berganti. Hari ini kita gagal dan kecewa, esok kita mungkin berjaya dan gembira.
Kegagalan adalah permulaan kejayaan sekiranya kita tidak berputus asa, kerana sejarah membuktikan kegagalan sebanyak tiga kali akan berubah menjadi kejayaan. Kita tidak gagal selagi tidak berputus asa. Melalui kegagalan, kita dapat membuat pertimbangan mengenai kekuatan dan kelemahan diri. Selepas itu, barulah kita menemui formula baru untuk meraih kejayaan.

Ramai orang yang kaya raya menjadikan penderitaan hidupnya sebagai perantaraan untuk mengecapi kekayaan. Oleh itu jangan kita takut dengan penderitaan dan kesengsaraan kerana ia memberi kekuatan dalam kehidupan.




Pengalaman hidup gagal

Hidup adalah satu proses pembelajaran. Untuk gagal dua atau tiga kali adalah lumrah. Gagal selama-lamanya adalah takdir. Apakah kita terlalu tua untuk berjaya? Mungkin tidak. Pengasas resipi KFC, Kolonel Sanders memulakan perniagaan semasa berusia 60 tahun. Menerima bantuan RM380 daripada Tabung Sosial, beliau menyedari perlu melakukan sesuatu.


Ketika mula memperkenalkan resipi ayam keluarganya, berapa banyak pintukah yang perlu diketuknya sebelum mendapat pesanan pertama? Lebih 100 buah restoran menolak kerana tidak yakin dengan resipinya. Hari ini anda dapat lihat restoran KFC di hadapan rumah anda.

Berapa ramai di antara kita yang berhenti selepas tiga percubaan, 10 percubaan, 100 percubaan, kemudiannya berhenti dan berkata, “Saya telah mencuba sedaya upaya tetapi gagal.”

Enggan mengalah adalah kuasa kejayaan. Sikap tidak berputus asa menjadikan orang yang gigih berusaha dapat mencapai kejayaan. Contohnya ialah tokoh-tokoh yang telah mencipta pelbagai peralatan moden yang dapat kita gunakan pada hari ini.

Alexander Graham Bell telah mencipta telefon. Walaupun ramai orang mentertawakannya, beliau tidak mempedulikan kritikan mereka. Akhirnya, telefon telah melalui revolusi yang sangat besar dalam sejarah hidup manusia.

Pada tahun 1956, Lars Magnus Ericsson memperkenalkan sistem telefon bimbit automatik penuh yang pertama di dunia, sekali gus menjadikannya sebagai penemuan terbaru yang merubah cara manusia berkomunikasi.

Dikenali sebagai Mobile Telephony A (MTA), beratnya adalah 40 kilogram dan dipasang dalam kenderaan. Pada tahun 1991, Ericsson melancarkan sistem telefon bimbit moden yang dikenali sebagai Nordic Mobile Telephony (NMT).

Kemudian GSM global diperkenalkan pada tahun 2001, standard rangkaian 3G dilancarkan sebagai evolusi kepada GSM untuk menyediakan perkhidmatan jalur lebar tanpa wayar yang menyediakan kelajuan sehingga 3.6 megabit sesaat.

Henry Ford telah mencipta kereta tetapi terlupa untuk meletakkan gear undur dalam kereta pertama yang dihasilkannya. Sebelum itu, beliau telah papa ketika berusia 40 tahun.

Editorial New York Times pada 10 Disember 1903 telah mempersoalkan keupayaan Wright Brothers mencipta kapal terbang. Mana mungkin sebuah jentera yang lebih berat daripada udara mampu terbang. Seminggu kemudian di Kitty Hawk, Wright Brothers tersenyum menaiki penerbangan pertama mereka.

Thomas Alva Edison pernah bermimpi lampu yang boleh menyala dengan menggunakan tenaga elektrik dan dengan usaha yang gigih, beliau melakukan sesuatu yang dianggap mustahil. Latar belakangnya? Thomas Edison seorang yang separa pekak dan hanya tiga bulan mempunyai pendidikan formal.


Sentiasa dan terus mencuba

Seorang pemuda dari kampung ingin mencuba nasib di bandar raya besar Tokyo, Jepun. Kelayakannya hanya sebagai buruh binaan untuk membuat bangunan dan kerja-kerja yang berkaitan. Satu malam pemuda ini berfikir panjang sambil meletakkan tangannya di atas dahi mengenangkan keadaan hidupnya.

Pemuda ini memasang azam dan impian untuk menjadi orang besar suatu hari nanti. Pagi dia bekerja, sementara pada waktu malam dia belajar dari peringkat menengah hingga berjaya ke universiti dan memperoleh ijazah yang diidamkannya.

Pemuda ini ingin melakukan sesuatu untuk negaranya. Lalu beliau menceburi bidang politik sebagai ahli biasa sebuah parti. Usaha dan setianya kepada parti telah menarik keyakinan ahli-ahli dalam parti untuk memberi penuh keyakinan kepada beliau menjadi presiden mereka.

Dalam satu pilihan raya yang disertai, partinya telah menang tetapi tidak dapat memerintah Jepun. Strategi seterusnya ialah mengumpulkan seluruh keyakinan dirinya untuk berjumpa dengan ketua parti-parti kecil dan meyakinkan mereka untuk bergabung. Usahanya berhasil. Akhirnya pemuda ini menjadi Perdana Menteri Jepun. Pemuda yang dimaksudkan ialah Kakuei Tanaka.

Pilih proaktif atau reaktif?

Anda juga boleh menjadikan impian hidup masa depan sebagai satu kenyataan. Malah lebih mudah kerana manusia di sekitar anda lebih bersifat terbuka dan sedia membantu. Tetapi anda harus memilih satu antara dua : proaktif dan reaktif.

Tindakan proaktif biasanya disusuli dengan sikap positif iaitu perasaan yakin boleh, sentiasa menilai dan membuat perbandingan seperti, “Orang lain buat, kenapa aku tidak boleh?”, sentiasa mencuba, menerima idea baru dan berfikiran terbuka.

Tindakan reaktif banyak dipengaruhi oleh sikap dan pemikiran reaktif seperti enggan menerima idea, selalu memberi alasan, takut kepada cabaran dan tidak bersedia berkorban untuk berjaya. Tidak ada sesiapa yang akan memberi tongkat sakti kepada anda kerana sememangnya ia tidak pernah wujud. Dunia menghargai orang yang menjadi pelaksana bukannya pemerhati, pemberi bukannya penerima.

Tanpa kerja keras dan keinginan untuk bangun kembali, tidak akan ada kejayaan. Ketabahan, keyakinan, kesungguhan, keberanian dan tidak takut gagal adalah resipi terbaik untuk anda kembali menyusun strategi dan membuktikan kepada dunia bahawa anda seorang yang hebat. Mental anda beribu-ribu kali ganda lebih hebat daripada fizikal anda. Oleh itu anda harus ingat anda orang yang hebat.

P/s: Semoga bermanafaat!