1.Ketika di masjid, amat rajin membuat solat sunat. Tapi kalau kat rumah malas sgt nak buat solat sunat. Sedangkan Rasulullah SAW menganjurkan supaya memperbanyakkan solat sunat di rumah supaya tidak menimbulkan riak.
2.Apabila kita hendak berimamkan seseorang yg sedang bersembahyang, hendaklah kita takbiratul ihram terlebih dahulu, kemudian baru menepuk bahunya..bukannya menepuk bahu dahulu baru takbir…dua2 pun sah berimam, tapi apa bezanya?? Perbezaannya adalah kalau kita menepuk bahu terlebih dahulu sebelum takbir, bermakna perbuatan itu akan dikira sebagai perbuatan di luar solat, dan kita boleh mendapat dosa mengacau orang sembahyang..sebaliknya kalau kita takbir dahulu baru tepuk, perbuatan itu dikira sebagai perbuatan dalam sembahyang dan tak dikira sebagai dosa..
3.Ketika menghadiri majlis pemimpin negara, kita akan berpakaian serba cantik. tapi bila menghadap Allah, kita pakai lebih kurang sahaja…Tak kurang juga ada yang tak berbaju..Siapa yg lebih tinggi kedudukannya?
4.Dalam kes masbuk, apabila kita datang ke masjid terlalu lewat sehingga imam ketika itu sudah tahiyat akhir, tak perlulah kita berkejar utk masuk ke dalam saf jika jaraknya terlalu jauh dan jika rasanya seperti kita tak sempat sampai. Kerana jika tak sempat, kita akan kerugiaan pahala berjemaah secara beramai2..Cukuplah kita mengikut imam walaupun masih jauh dari belakang kerana tak wajib untuk masuk saf.
5.Kalau hadir ke kenduri kahwin, orang kerap ‘salam berisi’ (salam sambil menghulurkan duit), kalau xde duit segan nak pergi kenduri. Tapi bila pergi menziarahi orang mati, tak segan pulak salam tak berisi..padahal sepatutnya pergi menziarahi orang mati lah kena bersedekah. Kalau kenduri kahwin tak perlu sebab tuan rumah mengadakan kenduri bukan untuk menambah pendapatannya.
6.Yang ini khas untuk lelaki..pernah tak waktu khutbah jumaat yg kedua ketika khatib membaca doa & semua orang menadah tangan meng’amin’kan doa, tiba2 ada seorg pakcik sebelah kita buat tak tau je..angkat tangan pun tidak, apatah lagi meng’amin’kan doa tersebut..pastu kita pun cakap macam2 dlm hati..”apa la pakcik ni, harap pakai je jubah, tapi doa pun xnak tadah tangan..bla bla bla..” Cuba kita igt balik..kita angkat tadah tangan masa khutbah tu sebab ustaz suruh ke, atau sebab kita ikut orang lain?
Sebenarnya pakcik sebelah tu yg paling betul…kenapa?? Sebab doa dalam khutbah kedua jumaat tidak sunat pun di’amin’kan, malah DIKHUATIRI boleh mendatangkan mudarat kepada pahala jumaat kita. Sedangkan menyuruh “diam” pun adalah dilarang, samalah juga apabila kita menyebut “amin” kerana “amin” itu pun perkataan juga..Ini adalah kerana doa di dalam khutbah itu adalah rukun (doa wajib) dimana kita bukan sahaja tidak disunatkan menyebut “amin”, malah tidak sunat pun menadah tangan. Berlainan dengan doa2 biasa (doa sunat) dimana kita disunatkan menadah tangan dan menyebut “amin”. Jadi sepatutnya ketika khatib membaca doa kita cuma duduk diam seperti biasa sahaja, ataupun untuk mengelakkan orang sebelah pikir macam2 pasal kita, angkatlah tangan tapi tak perlu menyebut “amin”. [Ustaz Yazid]
7.Amalan masyarakat melayu iaitu kenduri arwah beberapa mlm yg diadakan oleh keluarga si mati (malam pertama, kedua, ketiga..dan seterusnya) adalah bertentangan dengan apa yang dianjurkan Rasulullah SAW di mana Rasullullah menganjurkan jiran2 memasak makanan untuk keluarga si mati untuk meringankan beban dan kesedihan. Ini tak, keluarga yg ditimpa kesedihan terpaksa pula mengadakan kenduri untuk mereka yang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir khuatir kalau2 termakan harta anak yatim yang ditinggalkan simati @ harta yang belum dibahagikan mengikut hukum syarak.
8.Semua orang tau kalau nak menyentuh al-Quran, kita memerlukan wuduk. Lantas terdapat sesetengah pihak yg malas nak ambil wuduk, melapik al-Quran dengan sesuatu supaya boleh membawa kitab suci tersebut dari satu tempat ke tempat yg lain. Bukankah itu mengelat namanya? Sebenarnya kita perlu dalam keadaan berwuduk apabila kita hendak MENYENTUH, MEMBACA & MEMBAWA al-Quran. [Ustazah Rafeah]
9.Bulan Ramadhan adalah bulan untuk mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan dan berjimat cermat. Tapi kebanyakan orang mempunyai perbelanjaan tahunan tertinggi pada bulan ramadhan.
10.Cara Rasulullah berbuka puasa adalah dengan membaca doa makan dahulu sebelum berbuka, kemudian setelah baginda makan sesuatu, barulah baginda mula membaca doa berbuka puasa. Bukan macam kita, baca doa makan sekali dengan doa berbuka puasa sekaligus sebelum makan. Memang tak salah, tapi alangkah ruginya kita tak ikut cara Rasulullah. [Ustaz Yazid]
11.Seorang isteri berhias sakan kalau nak keluar dari rumah, tapi bila di rumah, masyaAllah…sedangkan seorang wanita dituntut berhias untuk suaminya sahaja, bukan untuk orang awam. Perbuatan inilah yang slalu menyebabkan rumahtangga kurang bahagia.
12.Janganlah membuang buku-buku agama atau buku-buku yang mengandungi nama Allah dan ayat2 suci bersama-sama dengan sampah lain. Ia boleh menyebabkan terbatalnya iman kita. Kitab2 agama jika ingin dibuang, seharusnya dibakar dan dihanyutkan dalam sungai.
13.Kalau menghadiri jamuan rumah orang, segan nak menghabiskan makanan. Sedangkan yang dituntut adalah menghabiskan makanan supaya tuan rumah berasa gembira dan tidak membazir.
14.Ibu bapa risau kalau anak2 gagal exam, maka sanggup dihantar ke tuisyen yang belanjanya agak tinggi. Tapi tak risau kalau anak2 tidak boleh membaca Al-Quran, tidak pulak dihantar ke kelas2 agama. Kalau untuk tuisyen dibayar RM 20.00 untuk 8 kali sebulan, rasa murah tetapi kalau nak dibayar kepada tok guru agama RM15.00 sebulan untuk 20 kali mengaji pun menggeletar tangan. Sepatutnya kita lebih bimbangkan anak2 kita tidak boleh mengaji Al-Quran berbanding tidak lulus exam.
15.Kalau nak cari rezeki, tak kira hujan panas tetap diredah untuk mematuhi peraturan kerja. Tapi untuk ke masjid, tak hujan, tak panas pun tak pergi gak. Tak malu ke amik rezeki Allah tapi malas nak ke rumahNya?
16.Kalau sebelum mengerjakan haji, selalunya orang buat kenduri doa selamat sebelum berangkat, tetapi bila selamat pulang dari Mekah, tak buat kenduri pun.Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya kenduri selepas selamat bermusafir bukan untuk bermusafir. Tidakkah terbalik amalan kita @ kita punya niat lain??
Sebenarnya kita perlu lebih mengutamakan agama, bukannya adat… Sebarkanlah entry ini kalau korang rasa berguna....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan