Sunat Berbuka dengan Kurma
Daripada Salman bin Amir Addabbi Assohaabi r.a daripada Nabi S.A.W bersabda, " Jika seseorang kamu berbuka, hendaklah ia berbuka dengan buah kurma. Sekiranya buah kurma tiada, bolehlah ia berbuka dengan air kosong. Sesungguhnya air itu bersih lagi suci". (HR Abu Daud dan At-Tirmidzi)
Huraian:
Orang yang berpuasa disunatkan berbuka dengan rutob atau kurma atau meminum air kosong biasa jika ketiadaan kurma. Inilah tertib yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W.
KONTEK SAINTIFIK...IBADAH PUASA
Di antara hal penting yang menguatkan adanya mukjizat rabbani dalam kewajipan puasa ialah apa yang ditulis sebuah koran Saudi Arabia edisi 4 Ramadhan 1425 H yang dikutip dari tulisan Andrea Wyler seorang ahli dietetics Amerika yang baru-baru ini menyatakan keislamannya. Sang ahli telah melakukan beberapa kali uji kaji yang akhirnya sampai kepada sebuah hasil, yaitu: " Berpuasa pada sepuluh hari pertama bulan Ramadhan mampu memperbaharui 10% sel-sel tubuh manusia, jumlah itu meningkat sampai 66% pada sepuluh hari berikutnya, dan sel-sel tubuh manusia akan diperbaharui secara keseluruhan (100%) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan