Rabu, 1 September 2010

~Saintis Mendedahkan Bagaimana Rasanya Ketika Menemui Ajal!!!~

Sebahagian besar daripada kita mungkin bertanya-tanya bagaimana rasanya mati – jadi para saintis telah mencari jalan untuk menjawab persoalan itu dan akhirnya mendedahkan kebenaran yang agak mengerikan.

Majalah New Scientist telah mengkaji subjek ini dengan mendalam, membincangkan pelbagai cara riwayat seseorang itu boleh ditamatkan, dari dibakar hidup-hidup hinggalah tenggelam dan pemenggalan kepala.

Para pengkaji ini telah mengumpul bukti berdasarkan kemajuan dalam ilmu perubatan dan juga dari penceritaan mangsa-mangsa yang terselamat dari terkorban.

Apa pun ‘kaedah’ kematian, biasanya akibat kurangnya oksigen ke otak yang memberikan “death blow”, menurut laporan itu.

Tapi bagi anda yang masih tertanya-tanya bagaimana rasanya di saat-saat akhir sebelum menemui ajal, berikut adalah kesimpulan mereka:

Lemas:
Mangsa biasanya panik dan cuba menahan nafas mereka pada permulaannya, biasanya selama 30 hingga 90 saat. Mangsa yang terselamat melaporkan mereka merasa “tearing & burning” sensation sebaik sahaja air mula memasuki paru-paru – tetapi dengan cepat diikuti oleh sebuah perasaan yang tenang dan lali. Ketiadaan oksigen ketika itu akan menyebabkan kita pengsan, jantung berhenti berdegup dan mati otak..

Serangan jantung:
Merasakan sakit dada yang terlampau, atau merasa ditekan oleh sesuatu, merupakan simptom yang paling umum ketika otot jantung bergelut untuk mendapatkan oksigen. Gangguan kepada rentak degupan jantung akan serta-merta menghentikan degupan jantung. Kita akan hilang sedar pada sekitar 10 saat dan diikuti dengan kematian beberapa minit kemudian.

Kehilangan darah:
Dikesan oleh beberapa peringkat “haemorrhagic shock”. Sesiapapun yang kehilangan 1.5 liter darah akan merasa lemah, haus dan anxious. Ketika sudah dua liter darah hilang, orang itu akan mengalami pening2, confusion dan akhirnya pengsan.

Kejutan Elektrik (Electrocution):
Kejutan elektrik di rumah boleh mengakibatkan jantung berhenti, menyebabkan seseorang itu hilang kesedaran sekitar 10 saat. Arus yang lebih tinggi yang melalui jantung atau otak boleh mengakibatkan pengsan serta-merta. Namun, tahanan penjara yang dijatuhkan hukuman kerusi elektrik itu dikatakan mati akibat pemanasan otak atau tidak dapat bernafas.

Jatuh dari tempat tinggi:
Orang yang terselamat dari jatuh sering melaporkan perasaan seolah-olah waktu bergerak dengan perlahan ketika jatuh dari tempat tinggi. Sebuah kajian daripada 100 suicide jumps di Gate San Francisco’s Golden Bridge berketinggian 246 kaki menyimpulkan bahawa kebanyakan kes kematian melibatkan paru-paru runtuh, jantung meletup atau kerosakan organ akibat tulang rusuk yang patah.

Gantung diri:
Gantung bunuh diri atau hukuman gantung akan menyebabkan mangsa mati akibat tercekik. Ia boleh mengakibatkan hilang kesedaran dalam masa 10 saat, tetapi jika tali gantung itu salah posisi di leher boleh menyebabkan mangsa mengalami penderitaan selama beberapa minit. Gantung dengan cara “Long drop” dicipta bertujuan untuk mematahkan leher. Namun kajian dari mayat 34 tahanan yang dijatuhkan hukuman gantung mendapati bahawa empat perlima meninggal akibat dari sesak nafas.

Terbakar:
Kebakaran akan menyebabkan kesakitan yang melampau, dan meningkatkan sensitiviti kulit terhadap rasa sakit. Sebaik saja saraf-saraf musnah akibat terbakar, beberapa perasaan akan hilang – tetapi tidak banyak, menurut pakar. Walau bagaimanapun kebanyakan orang yang mati dalam kebakaran sebenarnya terbunuh akibat menghirup gas beracun dan sesak nafas.

Penggal Kepala:
Pemenggalan boleh berlaku dengan cepat dan tidak menyakitkan tetapi mangsa dipercayai akan terus sedar untuk tempoh waktu yang singkat selepas urat saraf tulang belakang terputus. Pakar telah membuat pengiraan bahawa otak boleh terus berfungsi selama tujuh saat. Laporan dari penghukum mati guillotine di Perancis menyatakan terdapat kes di mana gerakan mata dan mulut masih kelihatan hingga 30 saat selepas dipenggal.

Kredit Penuh Untuk: RON7.net




Tiada ulasan:

Catat Ulasan