Jumaat, 24 September 2010

~Tahukah andA~

Sumber: Kosmo! Online.



  • Berdasarkan kajian pengambilan makanan dikalangan orang dewasa Malaysia 2002/2003, orang dewasa di Malaysia menambah 7 sudu teh gula sehari.

  • Gula hanya membekalkan Kalori tanpa Nutrien lain. Mengambil buah-buahan yang mengandungi vitamin dan mineral adalah lebih baik daripada kuih-muih yang ditambah gula.

  • Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (Natioanal Health & Morbidity Survey, NHMS) III, 2006 mendapati 29.1% orang dewasa di Malaysia berlebihan berat badan manakala 14.0% pula obes. Ini telah enunjukkan peningkatan berbanding NMHS II, 1996iaitu masing-masing 16.0% (berlebihan berat badan) dan 4.0% (obes).

  • Obesiti dan berlebihan berat badan meningkatkan risiko mendapatkan pelbagai jenis penyakit  kronik seperti Diabetis, Darah Tinggi dan Sakit Jantung.

  • Prevalen pesakit Diabetes dalam kalangan penduduk yang berumur lebih daripada 30 tahun telah meningkat daripada 8.3% pada tahun 1996 (NHMS II) kepada 14.9% pada tahun 2006 (NHMS III).

  • Gula juga boleh dikaitkan dengan pembentukan Karies Gigi (dental caries) dikalangan kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun adalah 76.5% (2005) dan 80.9% dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 6 tahun (1997).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan