Rabu, 1 September 2010

~10 Pesanan Imam Shafie~



SEBELUM IMAM SYAFIE WAFAT, BELIAU SEMPAT BERPESAN KEPADA MURIDNYA SERTA UMAT ISLAM UMUMNYA. BERIKUT ADALAH KANDUNGAN WASIAT TERSEBUT :


1. Hak kepada diri iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada

2. Hak kepada malaikat maut iaitu mengqadakan kewajipan-kewajipan yang tertinggal, mendapatkan kemaafan dari orang yang dizalimi, membuat persediaan untuk mati dan merasa cinta pada Allah

3. Hak kepada kubur iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, membuang tabiat kencing merata-rata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. Hak kepada munkar dan nakir iaitu tidak berdusta, berkata benar, meninggalkan maksiat dan nasihat-menasihati.

5. Hak kepada mizan (neraca timbangan amalan pada hari akhirat). iaitu menahan kemarahan, banyak berzikir, mengikhlaskan amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. Hak kepada sirat (titian yang merentangi neraka pada hari akhirat) membuang tabiat suka mengumpat, wara’, suka membantu orang beriman dan suka berjemaah.

7. Hak kepada malik (malaikat penjaga neraka) iaitu menangis lantaran takutkan Allah s.w.t, berbuat baik kepada ibu bapa, bersedekah ketika terang-terangan serta bersembunyi serta memperelokkan akhlak.

8. Hak kepada ridhwan (malaikat penjaga syurga)iaitu merasa redha kepada qadha’ Allah, bersabar menerima bala, bersyukur ke atas nikmat allah dan bertaubat dari melakukan maksiat.

9. Hak kepada nabi s.a.w. iaitu berselawat ke atasnya, berpegang dgn syariat, bergantung kepada al-sunnah (hadith), menyayangi para sahabat dan bersaing dalam mencari kelebihan dari Allah.

10. Hak kepada Allah s.w.t. iaitu mengajak manusia ke arah kebaikan, mencegah manusia dari kemungkaran, menyukai ketaatan dan membenci kemaksiatan



Renung-renungkan dan Selamat beramal








Tiada ulasan:

Catat Ulasan