Khamis, 9 September 2010

~1,322 saman sudah dikeluarkan setakat ini~

PERMAISURI: Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ) sudah mengeluarkan 1,322 saman kerana pelbagai kesalahan jalan raya sepanjang Ops Sikap ke-22 sehingga semalam sejak dilancarkan 4 September lalu.


Ketua Pengarahnya, Datuk Solah Mat Hassan berkata, purata saman dikeluarkan sehari sebanyak 260 membabitkan pelbagai kesalahan dan dalam tempoh itu, empat pemandu bas awam didapati positif dadah ketika pemeriksaan yang dijalankan di dua stesen bas di Johor dan masing-masing satu di Kota Bharu dan Alor Setar.

Katanya, antara kesalahan yang banyak dilakukan adalah tiada lesen memandu sah dan cukai jalan tamat tempoh.

Katanya, setakat semalam, hanya tujuh aduan bergambar diterima pihaknya menerusi emel dan MMS sekali gus menunjukkan pengurangan dan kurang sambutan berbanding lebih 26,000 rakaman bergambar diterima tahun lalu.

“Bantuan serta kerjasama orang awam diperlukan bagi membantu JPJ merakam dan melaporkan kesalahan lalu lintas.

“Bagi musim perayaan ini, JPJ tidak akan mengadakan sekatan jalan raya, sebaliknya menggunakan pendekatan lebih berkesan melalui aduan orang awam menggunakan MMS atau emel,” katanya.

Sumber: Mymetro Online.

P/S: Bagi yg memandu pulang ke kg....berhati2 laa dijalan raya. Jangan pulak berlumba atau buat "Drifting" kat highway sana nun...nanti terlanggar pulak lembu kerbau tengah melintas..susah nanti! :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan