mymetro.online2010/09/08
KEPALA BATAS: “Orang yang buang bayi ini bukan manusia, tapi binatang,” kata Norhaidah Abu Ahmad, 42, yang menemui bayi lelaki bersama anaknya di tepi tong sampah dekat Sungai Korok, di sini, semalam.
DI SINI..Norhaidah menunjukkan tempat bayi ditemui, semalam. |
Norhaidah berkata, dia memberhentikan motosikal untuk membuang bungkusan sampah dibawanya ke dalam tong di tepi jalan sebelum tiba-tiba terdengar bunyi tangisan bayi.
“Saya terkejut apabila anak saya mengatakan ada bayi dalam bungkusan plastik merah berbalut kain batik dengan uri masih bersamanya.
“Mulanya saya takut kalau orang salah sangka menuduh saya yang buang bayi itu. Oleh kerana kasihan melihat keadaannya, saya membawanya pulang ke rumah dan memberinya minum susu,” katanya yang menghantar bayi berkenaan ke Pondok Polis Kampung Selamat jam 12.30 tengah hari.
Sementara itu, Ketua Polis Seberang Prai Utara (SPU), Asisten Komisioner Zulkifli Alias, berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan seorang bayi lelaki dekat tong sampah sebelum diserahkan kepada polis di Kampung Selamat.
Katanya, bayi berkenaan seberat 2.9 kilogram dipercayai dilahirkan dalam tempoh satu jam sebelum dibuang dekat tong sampah.
“Dia dibawa ke Hospital Kepala Batas (HKB) untuk pemeriksaan sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) dan dilaporkan dalam keadaan baik,” katanya.
P/S: Akan sampai satu masa nanti dimana anak2 kesayangan mereka pulak yang akan membuang mereka dan menjadikan mereka tersisih..tidakkah mereka sedar??
Tiada ulasan:
Catat Ulasan