Salam alaik,
Saya ada terima satu e-mail yang mana kandungannya saya rasakan cukup menarik dan patut dikongsikan bersama. Turut disertakan video2 saintifik untuk sahabat semua dalam membuktikan bahawa kemusnahan WTC adalah agenda tersembunyi agensi Kerajaan Amerika sendiri. Ia menjadi alasan untuk menyerang Iraq dan Afghanistan.
Sehingga kini ramai penduduk Amerika, terutama sekali cendiakawan, jurutera, profesional dan para scientists mempercayai bahawa Kerajaan Bush adalah dalang sebenar kemusnahan bangunan WTC. Hanya yang bodoh macam baghal sahaja yang jadi pak turut Bush.
Di New York, bukan Twin Towers sahaja musnah, malahan WTC Building 7 yang 47 tingkat turut musnah walaupun jaraknya jauh dan tidak dilanggar kapalterbang. Kemusnahan 3 bangunan ini adalah konsisten dengan Controlled Implosion menggunakan TNT. Bangunan WTC direkabentuk dengan arkitektur yang sememangnya mempunyai ketahanan pelanggaran oleh Kapalterbang jenis 707. Kebakaran berterusan di foundation bangunan selama hampir sebulan di tempat kejadian tidak munasabah dan tidak konsisten dengan kebakaran berpunca dari pelanggaran penerbangan. Banyak lagi bukti saintifk untuk dinilai sendiri.
Kebetulan pula, pada September 10, agensi keselamatan kerajaan Amerika telah menjalankan pilot run emergency di sisi WTC. Pada September 11, berlakunya tragedi. Tapi tiada langsung movement oleh pihak tentera maupun pangkalan airforce berhampiran yang hanya 2 minit sahaja boleh tiba. Pelik.
Pelbagai jenis analisa saintifik dibentangkan dengan cara mudah faham di dalam video ini. Hanya ia agak panjang dalam 1jam 44 minit. Jika bersabar, tengok dari mula kerana ia membuka fikiran. Kalau kurang sabar, terus tengok bermula minit 55.
Video di dalam bahasa Inggeris mudah dengan sarikata bahasa Perancis. Videonya di sini.
Selain daripada melaga-laga kaum dan negara-negara luar, pengkhianatan Amerika dan British terhadap rakyat mereka sendiri untuk mencapai agenda politik telah berlangsung berkali-kali di dalam sejarah. Hanya rupabentuknya berlainan. Ia sesuai dengan firman Allah dan nasihat RasulNya bahawa : KETUA YANG ZALIM UNTUK KAUM YANG ZALIM. JIKA MASIH DEGIL, AKAN DIDATANGI DENGAN KAUM YANG LEBIH ZALIM.
Jika gitu formulanya, berusahalah untuk memperbaiki diri kita sendiri, supaya kita mendapat kerajaan yang baik kelak. Bukan dengan bergaduh, berdebat, berpecah, memfitnah, menjatuh dan keji-mengeji di antara Muslim di Malaysia ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan